Friday, February 4, 2022
Alternatif Tabung Persaraan
Thursday, February 3, 2022
Jangan Bazirkan Emosi
Pesan Mentor :- Jangan Bazir Emosi
---------------------------------
Saya selalu pesan, masa harga emas rendah, beli jer. Jangan tunggu harga paling rendah sebab tak siapa tahu bila harga paling rendah. Lepas beli, tak perlu cek harga emas setiap hari, setiap jam, setiap minit! Harga naik rasa happy, harga turun rasa kecewa. Membazir emosi....
Monitor harga hanya bila; (1) nak beli lagi, atau (2) nak jual emas tu. Itu jer....
Semalam ada orang nak beli harga 1 dinar RM532, lepas tu dia tengok harga turun RM529 terus nak cancel! Takut nak beli katanya..
Jadi saya nasihatkan beliau, harga emas turun naik tu normal. Kalau lepas beli, harga emas terus naik, naik, dan tak turun-turun, itu tak normal. Itu mustahil..
Jadi asalnya nak beli 4 dinar, dia buat keputusan beli cuma 1 dinar. Sekarang harga emas dah naik RM549! Saya rasa dia menyesal tak beli 4 dinar terus!.
Sebab tu saya pesan, jangan bazirkan emosi dengan harga emas. Masa harga masih diparas rendah, beli jer kalau ada duit untuk simpan jangka panjang. Yang paling penting, berapa banyak GRAM yang kita dapat beli!
Wednesday, February 2, 2022
6 Sebab Kenapa Perlu Simpan Emas Sekarang
Antara sebab-sebab emas sesuai dijadikan simpanan ialah:
#1 Perlindungan
Setiap rungutan kita mengenai kenaikan harga barang dan perkhidmatan selama ni, sebenarnya berpunca dari INFLASI.
Inflasi maksudnya kuasa beli duit kita semakin susut. Jadi untuk melindungi simpanan yang semestinya untuk kegunaan masa depan, kita mesti backup simpanan kita dengan sesuatu yang KALIS INFLASI.
Emas terkenal sebagai medium kalis inflasi kerana nilainya yang stabil dapat mengekalkan kuasa beli dalam jangka panjang.
#2 MudahDicairkan
Menyimpan dalam bentuk emas secara tak langsung mengajar kita untuk menyimpan secara bermatlamat. Apabila matlamat simpanan kita tercapai, emas tadi mudah dicairkan (ditukar) kepada bentuk wang tunai dan digunakan.
Kenapa mudah? Kerana permintaan terhadap emas sentiasa tinggi terutamanya di kedai-kedai emas, kedai pajak gadai dan peminat emas.
#3 BolehDijadikanModalPusingan
Bagi peniaga, emas ni boleh dijadikan modal pusingan. Bila perlukan duit untuk rolling, pajak sahaja emas itu di ar-rahnu untuk dapatkan pinjaman.
Bila dah selesai urusniaga, tebus balik emas tu. Akhir sekali, kita masih ada emas (yang dijadikan modal pusingan) dan keuntungan tunai (hasil bisnes).
Dan yang paling penting, duit modal kita tak akan bocor. Jadi modal bisnes kita tu akan lebih selamat dalam bentuk emas.
#4 AsetMampuMilikdanMudahAlih
Emas juga dikategorikan sebagai aset mudah alih. Ini kerana kemampuannya untuk bertahan lebih lama dan mudah dialihkan berbanding aset-aset besar yang lain (tanah, rumah) jika berlaku bencana alam.
Selain itu, pemilikannya pada harga yang berpatutan (dari serendah harga 1gram ataupun RM 100) dan mudah juga menjadikan ia aset mampu milik.
#5 SendiriPunyaSendiriUruskan
Beli sendiri, simpan sendiri dan urus sendiri simpanan / aset kita. Tentu lebih meyakinkan berbanding diurus oleh pihak lain atau pihak ketiga.
Sama ada anda menyimpannya di rumah atau di peti simpanan (safety deposit), anda boleh mengambil dan menggunakannya bila perlu.
Pendek kata, dengan menyimpan emas, kekayaan kita adalah ditangan kita.
#6 EmasTahanLebihLamaDariSimpanDuit
Simpanan dalam bentuk emas terbukti bertahan lebih lama daripada simpanan dalam bentuk duit. Ini kerana secara fitrahnya emas dicipta supaya kita suka nak simpan dan duit pula sememangnya untuk dibelanjakan.
Bila dah selalu tengok emas yang ada dalam simpanan, nafsu belanja kepada yang tak perlu akan automatik tertutup. Maka simpanan kita akan bertambah dan bertahan lebih lama.
Maka kesimpulannya, mulakanlah simpanan emas SEKARANG demi masa depan kita sekeluarga.
Tuesday, February 1, 2022
Wanita dan Emas
Mengapa Wanita Perlu Simpan Emas ?
Monday, January 31, 2022
5 lombong emas terbesar dunia
Sunday, January 30, 2022
Emas Kalis Inflasi - Apa maksudnya tu ???
Saturday, January 29, 2022
Dulu vs Kini !!!
Friday, January 28, 2022
Kalau lah... !!!
Thursday, January 27, 2022
Kenapa Wajib ambil tahu pasal ni ???
Wednesday, January 26, 2022
Peluang Buat Duit dengan PGMall !!!
Kenaikan harga emas
Harga emas sekarang mahal la kan. Ya, Betul. Tapi harga sekarang ni akan lebih murah berbanding beberapa tahun akan datang. Jom mula menab...
-
Jom belajar simpan emas untuk elak dari kebocoran wang dan dari dimakan inflasi... Nak tahu lebih lanjut, tekan link di bawah - kemudian tek...
-
Ingin memiliki Gold Bar? Jom saya bantu! Terdapat pelbagai jenis emas di Public Gold. Anda boleh memilikinya sama ada secara fizikal, atau...
-
“Jangan..jangan simpan emas jika anda belum ada cash savings……kerana emas adalah simpanan jangka masa panjang (minimum 2 tahun) “ Siapa ...