Simpan Emas - Adalah ubat penyakit Boros.
Wednesday, February 9, 2022
Simpan Emas sebagai Ubat ???
Tuesday, February 8, 2022
Nak Seronok Menyimpan ???
Nak Seronok Menyimpan, Perlu ada matlamat yang jelas ...
Asas nak berjaya dalam menyimpan Emas perlu ada ILMU & MATLAMAT yang jelas...InSyaALLAH kita mampu capai apa yang kita impikan.Contoh matlamat simpan Emas adalah:
- Emas sebagai Dana Kecemasan
- Emas sebagai Dana Pendidikan Anak²
-Emas sebagai Dana Persaraan
-Emas sebagai Dana Haji & Umrah
-Emas sebagai Dana Perkahwinan
-Emas sebagai Dana Pembelian Rumah
-Emas sebagai Dana Back-up Business
Dan bermacam-macam lagi matlamat yang kita boleh letak dalam simpanan Emas ini...Bila kita sudah set matlamat, tugas kita hanya terus fokus dan istiqamah simpan gram Emas sehingga capai jumlah yang kita impikan...
Fokus Gram Emas saja !!
Sebab harga Emas pasti akan naik dalam tempoh jangka masa panjang...
Nak simpan Emas tak perlu modal yang besar pun. Kita boleh mula simpan Emas dengan 𝗺𝗼𝗱𝗮𝗹 𝘀𝗲𝗿𝗲𝗻𝗱𝗮𝗵 𝗥𝗠𝟭𝟬𝟬 𝘀𝗮𝗵𝗮𝗷𝗮 melalui Akaun Simpanan Emas GAP Public Gold...
Monday, February 7, 2022
Yang Manakah Pilihan Anda ???
𝗘𝗠𝗔𝗦 𝗔𝗗𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗗𝗨𝗜𝗧 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗡𝗔𝗥 !!!
Kita bukan beli EMAS sebenarnya... Tetapi kita tukar duit kertas kepada duit sebenar iaitu DUIT EMAS yang nilainya kekal utuh sepanjang zaman sejak zaman firaun lagi...
Duit Ringgit dibuat daripada sekeping kertas yang diberi jaminan oleh sesebuah kerajaan dan ia boleh dicetak sesuka hati...
Duit Ringgit tiada beza dengan sekeping vaucher yang dikeluarkan oleh mana-mana organizasi. Contoh vaucher TESCO, ia sah diperakui oleh TESCO sahaja dan TESCO boleh sesuka hati mereka nak print berapa helai...
Tetapi EMAS adalah DUIT SEBENAR dan tiada sesiapa di dunia ini boleh mencipta atau melupuskan EMAS ini...
EMAS adalah logam mulia yang diciptakan oleh ALLAH SWT yang nilainya kekal berharga sepanjang zaman. Malah kekal bernilai dan berharga hingga ke syurga...
Sebab itu ISLAM meletakan DINAR (Emas) dan DIRHAM (Perak) sebagai matawang tunggal sejak zaman Rasulullah saw...
Jom kita sama-sama renungkan samada nak simpan duit EMAS (REAL MONEY) atau duit kertas yang hanya sekadar sekeping vaucher...
Sunday, February 6, 2022
Berfikiran Lebih Jauh...
Simpan emas buatkan kita berfikiran lebih jauh.
1. Baru mula simpan dah nak ambil tahu tentang zakat emas.
2. Baru mula simpan dah fikir macam mana waris uruskan harta bila meninggal kelak.
Ini petanda yang bagus. Kalau simpan duit di bank, tak pernah terfikir dan tak pernah terlintas pun nak ambil tahu. Bagus cara fikir macam ini.
Sebenarnya dua-dua sama je. Simpan emas kena zakat, tak simpan emas(simpan duit di bank) pun kena zakat.
Nisab dan haul zakat kedua-dua jenis simpanan pun sama. Dua-dua di bawah kategori zakat simpanan.
Bila emas cukup 85 gram, atau bila simpanan duit dalam akaun bank cukup nilai 85 gram emas(sekitar rm20k), dan tak usik lebih setahun, kena zakat sebanyak 2.5% atas jumlah simpanan itu.
Cara waris nak uruskan simpanan di akaun emas dan simpanan di akaun bank pun sama.
Kalau berlaku kematian, waris cuma perlu bawa surat kematian dan surat kuasa pentadbir harta pusaka.
Jom simpan emas. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peluang untuk memulakan simpanan dan pelaburan emas serendah RM100 ? sila hubungi saya atau click link di bawah :..
Saturday, February 5, 2022
Kata Mentor - Emas Adalah Penyelamat Simpanan Ketika Bankrupt ???
Tadi ada seorang pembeli emas yang baru sahaja diistiharkan bangkrap oleh mahkamah. Katanya, habis semua aset tunai lain kena beku termasuk saham, unit trust, akaun bank, tabung haji dan duit KWSP.
Biasanya orang bangkrap simpan duit dalam akaun isteri tapi sedihnya isteri beliau dah pun meninggal dunia beberapa tahun lepas...
Sekarang dia tak ada cara lain untuk simpan duit-duit dia melainkan beli emas dan simpan dalam safe deposit box je.
Bila saya jumpa kes sebenar macam ni, saya teringat kata Mike Maloney, katanya, precious metal (emas & perak) satu-satunya aset kewangan yang tak berada dalam sistem kewangan. Pendek kata, tak siapa boleh tahu berapa banyak kekayaan yang kita ada kalau simpan dalam bentuk emas & perak. Kerajaan nak bekukan pun tak boleh bila dah bangkrap. Kita jer tahu berapa banyak emas yang kita ada...
Maka memang benarlah, emas adalah tali hayat terakhir bila runtuhnya kewangan, samada kewangan peribadi, kewangan negara mahupun kewangan dunia...
Friday, February 4, 2022
Alternatif Tabung Persaraan
Thursday, February 3, 2022
Jangan Bazirkan Emosi
Pesan Mentor :- Jangan Bazir Emosi
---------------------------------
Saya selalu pesan, masa harga emas rendah, beli jer. Jangan tunggu harga paling rendah sebab tak siapa tahu bila harga paling rendah. Lepas beli, tak perlu cek harga emas setiap hari, setiap jam, setiap minit! Harga naik rasa happy, harga turun rasa kecewa. Membazir emosi....
Monitor harga hanya bila; (1) nak beli lagi, atau (2) nak jual emas tu. Itu jer....
Semalam ada orang nak beli harga 1 dinar RM532, lepas tu dia tengok harga turun RM529 terus nak cancel! Takut nak beli katanya..
Jadi saya nasihatkan beliau, harga emas turun naik tu normal. Kalau lepas beli, harga emas terus naik, naik, dan tak turun-turun, itu tak normal. Itu mustahil..
Jadi asalnya nak beli 4 dinar, dia buat keputusan beli cuma 1 dinar. Sekarang harga emas dah naik RM549! Saya rasa dia menyesal tak beli 4 dinar terus!.
Sebab tu saya pesan, jangan bazirkan emosi dengan harga emas. Masa harga masih diparas rendah, beli jer kalau ada duit untuk simpan jangka panjang. Yang paling penting, berapa banyak GRAM yang kita dapat beli!
Wednesday, February 2, 2022
6 Sebab Kenapa Perlu Simpan Emas Sekarang
Antara sebab-sebab emas sesuai dijadikan simpanan ialah:
#1 Perlindungan
Setiap rungutan kita mengenai kenaikan harga barang dan perkhidmatan selama ni, sebenarnya berpunca dari INFLASI.
Inflasi maksudnya kuasa beli duit kita semakin susut. Jadi untuk melindungi simpanan yang semestinya untuk kegunaan masa depan, kita mesti backup simpanan kita dengan sesuatu yang KALIS INFLASI.
Emas terkenal sebagai medium kalis inflasi kerana nilainya yang stabil dapat mengekalkan kuasa beli dalam jangka panjang.
#2 MudahDicairkan
Menyimpan dalam bentuk emas secara tak langsung mengajar kita untuk menyimpan secara bermatlamat. Apabila matlamat simpanan kita tercapai, emas tadi mudah dicairkan (ditukar) kepada bentuk wang tunai dan digunakan.
Kenapa mudah? Kerana permintaan terhadap emas sentiasa tinggi terutamanya di kedai-kedai emas, kedai pajak gadai dan peminat emas.
#3 BolehDijadikanModalPusingan
Bagi peniaga, emas ni boleh dijadikan modal pusingan. Bila perlukan duit untuk rolling, pajak sahaja emas itu di ar-rahnu untuk dapatkan pinjaman.
Bila dah selesai urusniaga, tebus balik emas tu. Akhir sekali, kita masih ada emas (yang dijadikan modal pusingan) dan keuntungan tunai (hasil bisnes).
Dan yang paling penting, duit modal kita tak akan bocor. Jadi modal bisnes kita tu akan lebih selamat dalam bentuk emas.
#4 AsetMampuMilikdanMudahAlih
Emas juga dikategorikan sebagai aset mudah alih. Ini kerana kemampuannya untuk bertahan lebih lama dan mudah dialihkan berbanding aset-aset besar yang lain (tanah, rumah) jika berlaku bencana alam.
Selain itu, pemilikannya pada harga yang berpatutan (dari serendah harga 1gram ataupun RM 100) dan mudah juga menjadikan ia aset mampu milik.
#5 SendiriPunyaSendiriUruskan
Beli sendiri, simpan sendiri dan urus sendiri simpanan / aset kita. Tentu lebih meyakinkan berbanding diurus oleh pihak lain atau pihak ketiga.
Sama ada anda menyimpannya di rumah atau di peti simpanan (safety deposit), anda boleh mengambil dan menggunakannya bila perlu.
Pendek kata, dengan menyimpan emas, kekayaan kita adalah ditangan kita.
#6 EmasTahanLebihLamaDariSimpanDuit
Simpanan dalam bentuk emas terbukti bertahan lebih lama daripada simpanan dalam bentuk duit. Ini kerana secara fitrahnya emas dicipta supaya kita suka nak simpan dan duit pula sememangnya untuk dibelanjakan.
Bila dah selalu tengok emas yang ada dalam simpanan, nafsu belanja kepada yang tak perlu akan automatik tertutup. Maka simpanan kita akan bertambah dan bertahan lebih lama.
Maka kesimpulannya, mulakanlah simpanan emas SEKARANG demi masa depan kita sekeluarga.
Tuesday, February 1, 2022
Wanita dan Emas
Mengapa Wanita Perlu Simpan Emas ?
Monday, January 31, 2022
5 lombong emas terbesar dunia
Kenaikan harga emas
Harga emas sekarang mahal la kan. Ya, Betul. Tapi harga sekarang ni akan lebih murah berbanding beberapa tahun akan datang. Jom mula menab...
-
Jom belajar simpan emas untuk elak dari kebocoran wang dan dari dimakan inflasi... Nak tahu lebih lanjut, tekan link di bawah - kemudian tek...
-
Ingin memiliki Gold Bar? Jom saya bantu! Terdapat pelbagai jenis emas di Public Gold. Anda boleh memilikinya sama ada secara fizikal, atau...
-
“Jangan..jangan simpan emas jika anda belum ada cash savings……kerana emas adalah simpanan jangka masa panjang (minimum 2 tahun) “ Siapa ...