Adakah Emas Kalis Inflasi ?
Emas dikatakan asset kalis inflasi. Emas berupaya melindungi
kekayaan anda dari inflasi.
Inflasi secara umumnya bermaksud penurunan kuasa beli duit kertas
dalam jangka masa panjang. Dengan kata lain, kuasa beli matawang kita semakin
susut. Sekiranya kadar inflasi tahun ini adalah 5%, bermakna kuasa beli duit
kita susut sebanyak 10% berbanding tahun sebelumnya.
Contohnya, dengan menyimpan RM1 juta di dalam almari selama
10 tahun, apa yang akan berlaku kepada nilai RM1 juta tersebut? Jawapannya: Ia
masih RM1 juta.
Apa yang berbeza adalah kuasa beli RM1 juta tersebut. Kuasa
belinya lebih rendah berbanding RM1 juta 10 tahun yang lalu.
Kurang bijak untuk menyimpan duit tanpa melabur. Sebab
inflasi makan nilai duit anda.
Namun, emas yang disimpan 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun mempunyai
kuasa beli yang sama (constant). Ini dibuktikan melalui buku Prof. Roy W. Jastram "The Golden
Constant: The English and American Experience, 1560-2007"
Pada zaman Nabi S.A.W – pada lebih 1400 tahun dahulu, 1
Dinar boleh membeli seekor kambing. Pada hari ini, dengan 1 Dinar juga, masih
boleh membeli seekor kambing. Ini menunjukkan nilai EMAS terbukti terjamin
dalam jangkamasa panjang. EMAS kalis inflasi dan mampu mengekalkan kuasa beli
berbanding duit kertas.
Emas terlindung nilainya sebab kuantiti emas tidak boleh
ditambah sesuka hati. Ia perlu dicari, dilombong dan ditulenkan. Jadi ia sukar
dispekulasikan.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peluang untuk memulakan simpanan dan pelaburan emas serendah RM100 sebulan, sila hubungi :
No comments:
Post a Comment