Thursday, April 15, 2021

Tip Memulakan Simpanan Emas !!!

 



Perkara yang paling sukar adalah belian yang pertama. Tidak perlu modal besar untuk mulakan pelaburan emas. Kita perlu set target mulakan dengan 1 gram sebulan. Bila dah mula, anda akan lebih faham mengenai simpanan dan pelaburan emas, and akan menjadi sukar untuk berhenti and simpanan anda akan menjadi berkembang.

Mulakan dulu simpanan emas walaupun RM100 ataupun 1 gram. Anda hanya perlu tukar duit kepada emas, dan anggap ianya sebagai process untuk belajar. Biar sedikit, yang penting konsisten dalam menyimpan emas. Lama kelamaan anda akan dapati simpanan emas anda akan berkembang.

Asas membina kekayaan ialah dengan menyimpan sebahagian pendapatan secara berdisiplin setiap bulan. Sesiapa yang tidak menyimpan, sampai bila-bila puna dia tidak akan kaya. Emas boleh dijadikan salah satu cara berkesan untuk mendisiplinkan  diri untuk menyimpan. Dan mengelakkan simpanan itu daripada bocor dibelanjakan dengan mudah. Emas bukan sekadar kalis inflasi, ianya adalah kalis boros.

Jom ambik aura emas 999 ni, mulakan 1g dahulu letak dalam dompet. Cara paling mudah dan murah membeli emas 1 gram ialah dengan melalui akaun GAP. Kaedah ini lebih murah berbanding membeli secara retail (harga runcit). Anda boleh kumpul emas dalam akaun GAP serendah RM100 sahaja, tiada upah simpan dikenankan. Rasa nak pegang emas sendiri, boleh keluarkan emas tersebut dari akaun…1g ke, 1dinar ke, 10g ke, 100 gram pun boleh!

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai emas public gold, sila hubungi saya di link di bawah:



No comments:

Post a Comment

Kenaikan harga emas

  Harga emas sekarang mahal la kan. Ya, Betul. Tapi harga sekarang ni akan lebih murah berbanding beberapa tahun akan datang. Jom mula menab...