Kenapa perlu simpan emas sebagai alternative Tabung
Pendidikan ?
Terdapat
banyak instrument simpanan yang boleh kita gunakan sebagai alternative tabung
Pendidikan anak-anak.
Namun perlu
diambil kira kadar kenaikan tahunan dan juga risiko untuk setiap instrument.
Sekiranya kita hanya menyimpan dalam bentuk wang kertas, ianya tidak mampu
untuk mengatasi kadar inflasi tahunan.
Memandangkan
Emas adalah kalis inflasi, Simpanan yang disarankan untuk Tabung Pendidikan
Anak adalah dalam bentuk Simpanan Emas. Simpanan emas untuk anak adalah pilihan
yang bijak. Ini kerana purata kenaikan harga emas adalah sekitar 10% setahun
sejak 20 tahun yang lalu. Ianya dapat mengatasi kadar inflasi tahunan.
Sekiranya kita menyimpan 1 gram
emas sebulan untuk anak bermula dari kelahirannya, pada umur anak anda 18
tahun, setiap anak akan memiliki sekurang-kurangnya 216 gram (12 bulan x 18
tahun dengan anggaran 1 gram konsisten setiap bulan). Nilai 216 gram emas
pada harga terkini adalah sekitar RM58,752 ( berdasarkan harga semasa RM272 x
216 gram) . Ianya cukup untuk menampung sebahagian besar kos pengajian di
universiti tempatan.
Mulakanlah
simpanan emas seawal mungkin sebagai alternative terbaik untuk tabung
Pendidikan anak anak anda.
No comments:
Post a Comment