Analogi mudah:- kita ambil contoh antara pekebun durian vs penjual durian
Penyimpan emas ni ibarat macam pekebun durian. Hujan ke panas ke, kita tetap tanam dan semai pokok-pokok durian. Yang penting, kuantiti dan kualiti durian ni mesti bertambah dari tahun ke tahun. Sebab pekebun durian ni tahu sampai satu masa nanti, durian-durian ni akan dijual untuk pulangan yang lazat. Orang yang tanam durian, mana ada tanam arini jual esok, kan? Sekurang-kurangnya lebih lima tahun. Fokus penanam durian adalah KUANTITI DAN TEMPOH MASA.
Pelabur emas ni pulak macam penjual durian. Soal kuantiti dan tempoh masa berada di nombor dua. Bagi mereka yang penting adalah HARGA. Kalau supplier A jual mahal, peniaga durian akan pergi kat supplier B. Beli harga rendah, kemudian jual harga tinggi. Pelabur melihat keuntungan dari sudut nilai matawang. Bagi peniaga, kalau dah habis musim durian atau banyak sangat dah penjual durian (sebab keuntungan nipis dan tak boleh nak main harga), peniaga akan beralih kepada jual rambutan ke, manggis ke, mata kucing ke…
Simpanan emas bermaksud kita upgrade duit menjadi emas. Objektif
penyimpan emas adalah memperbanyakkan gram emas. Makin banyak gram emas, makin
dia suka. Soal harga adalah nombor dua, yang penting kuantiti emas semakin
bertambah. Penyimpan emas mempunyai time frame yang panjang (3 tahun ke atas).
Penyimpan emas cuma aktif membeli emas dan sangat tidak aktif
menjual. Hanya jual bila dah capai matlamat simpanan, ketika kecemasan atau nak
upgrade kepada asset fizikal yang lain (Contoh rumah, tanah, rumah kedai, dsb).
Datang la ribut taufan ke, puting beliung ke, kucing bertukar jadi harimau ke,
gajah boleh terbang kat udara ke, penyimpan emas tak kisah apa jadi. Janji
fokus nya adalah KUANTITI EMAS BERTAMBAH.
Strategi pelabur emas pulak adalah orang yang membeli emas
dengan matlamat utama untuk dapat keuntungan dari kenaikan harga emas. Pelabur
emas aktif dengan aktiviti beli-jual. Secara am nya, pelabur emas faham tentang
analisis teknikal harga emas (contoh macam support, resistance, trend dan
momentum). Dia aktif membandingkan kenaikan harga emas dengan % keuntungan jika
letak duit kat instrumen pelaburan yang lain (contoh macam ASB, Tabung Haji,
unit amanah, saham, property dan lain-lain). Kalau trend emas jatuh, pelabur
emas akan exit gold dan pergi lepak kat investment lain.
Tak kisah pun sebenarnya anda penyimpan atau pelabur, jom
bermula di cabang emas!
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peluang untuk memulakan simpanan dan pelaburan emas serendah RM100 ringgit sebulan, sila hubungi :

No comments:
Post a Comment