Bilakah masa terbaik beli Emas ?
Tak perlu untuk tunggu
harga emas jatuh baru nak beli dan tak perlu juga nak tengok harga emas semasa
setiap hari. Tiada siapa yang boleh tahu dengan tepat bila harga emas akan naik
atau turun. Biasanya kalau harga turun, tapi duit dah tak ada untuk beli emas – kita hanya mampu tengok
saja. Jadi, sebaik-baiknya ada jer duit lebih terus beli emas, jangan tangguh –
tangguh.
Maksud beli emas di sini
bukannya habiskan duit untuk emas – tapi ianya sebenarnya adalah kita menyimpan
duit dalam bentuk emas. Kita hanya menukar duit kertas kepada bentuk emas yang
mana nilainya akan semakin tinggi. Tak rugi pun kalau kita beli emas
banyak-banyak. malah ianya boleh memberi keuntungan untuk jangka masa panjang.
Bila kita mula simpan emas,
kita akan lebih faham tentang ilmu emas dan wang simpanan kita juga akan semakin
bertambah di luar jangkaan. Secara tak langsung, ianya dapat mendisiplinkan
kita untuk terus menyimpan. Jika terdesak nak pakai duit masa akan datang, kita
boleh gadai simpanan emas untuk dapatkan duit.
No comments:
Post a Comment