Semakin lama semakin kaya. Dulu kerja bertahun-tahun, tapi simpanan tak ada. Jangan kata simpanan untuk pendidikan anak-anak, simpanan paling asas sebanyak 3 bulan gaji pun belum ada! Tapi sejak mula menyimpan emas, jumlah simpanan makin lama makin bertambah. Sekejap sahaja dapat cukupkan simpanan kecemasan 3 bulan gaji. Bahkan ada yang mampu simpan cukup 6 bulan gaji sejak mula menyimpan emas.
Itulah pengalaman saya mendapat banyak feedback setelah membimbing lebih 5,000 penyimpan emas sejak 2010 di Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapore. Dan inilah memotivasikan saya untuk terus mendidik masyarakat simpan emas melalui platform yang disediakan oleh Public Gold, iaitu syarikat (perusahaan) pengeluar emas pelaburan (investasi) terbesar di Malaysia. Siapa beli emas, maksudnya dia simpan duit. Bukan habiskan duit. Duit itu ditukarkan kepada bentuk yang lebih baik, iaitu emas.
Semakin lama semakin kaya. Dulu kerja bertahun-tahun, tapi
simpanan tak ada. Jangan kata simpanan untuk pendidikan anak-anak, simpanan
paling asas sebanyak 3 bulan gaji pun belum ada! Tapi sejak mula menyimpan
emas, jumlah simpanan makin lama makin bertambah. Sekejap sahaja dapat cukupkan
simpanan kecemasan 3 bulan gaji. Bahkan ada yang mampu simpan cukup 6 bulan
gaji sejak mula menyimpan emas.
Itulah pengalaman saya mendapat banyak feedback setelah
membimbing lebih 5,000 penyimpan emas sejak 2010 di Malaysia, Brunei, Indonesia
dan Singapore. Dan inilah memotivasikan saya untuk terus mendidik masyarakat
simpan emas melalui platform yang disediakan oleh Public Gold, iaitu syarikat
(perusahaan) pengeluar emas pelaburan (investasi) terbesar di Malaysia. Siapa
beli emas, maksudnya dia simpan duit. Bukan habiskan duit. Duit itu ditukarkan
kepada bentuk yang lebih baik, iaitu emas.
Cara Berkesan Kawal Naluri
Memang terbukti, emas membuatkan penyimpannya bertambah
kaya. Bukan sebab harga emas naik melambung-lambung (bahkan ada juga harga emas
turun dalam jangka pendek), tetapi disebabkan NALURI kita pada emas sangat
berbeza berbanding naluri kita terhadap wang kertas.
Naluri kita pada emas; sentiasa rasa nak simpan, nak kumpul
lebih banyak, dan tak nak dibelanjakan. Bila simpan emas, tak akan terlintas
dalam fikiran kita untuk berbelanja dengan emas itu. Bah bila sudah ada emas
(terutamanya emas bersaiz besar), kita mula ‘ketagih’ untuk simpan lebih banyak
emas. Emas itu sangat cantik. Lagi dipandang, lagi kuat keinginan untuk beli
lebih banyak emas!
kita tambah simpanan emas.
Itulah sebab kenapa ramai penyimpan emas tak banyak simpan
duit tunai, termasuk saya. Bila ada sahaja duit, automatik fikir nak beli emas.
Tapi tak perlu khuatir, emas itu pun adalah duit tunai juga. Kalau nak pakai
duit, boleh jual atau gadai sahaja emas itu di ar-rahnu. Kita boleh dapat duit
on the spot.
Berbeza dengan simpan duit kertas.
Tangan kita akan ‘gatal’ bila pegang duit banyak. Gatal
untuk berbelanja. Lagi diingat duit itu, lagi kuat keinginan untuk berbelanja,
dan lagi cepat duit itu habis! Naluri kita pada duit kertas memang untuk
berbelanja. Bahkah duit kertas itupun sebenarnya dicipta supaya kita
berbelanja! Itulah puncanya kenapa banyak orang ada masalah, “simpan
sedikit-sedikit, lama-lama masih sedikit”! Kerja bertahun-tahun, tapi simpanan
kecemasan 3 bulan gaji pun belum ada!
Cuba tukar cara menyimpan pulak.
Duit yang nak digunakan dalam masa terdekat dan untuk
hal-hal kecemasan, simpan dalam Tabung Haji atau ASB. Bagi simpanan jangka
panjang, simpan dalam bentuk emas. Tengok kesan dan perbezaanya nanti. Pasti
berbeza, insyaAllah.
Bagi yang baru nak mula simpan emas, saya boleh cadangkan
mula dengan tabiat menyimpan emas #1gram1bulan melalui #AkaunEmasGAP dulu. Itu
cara paling mudah, dan paling murah untuk simpan emas yang disediakan oleh
Public Gold. Disiplinkan yang itu dulu.
####Credit to owner asal for this post : Inilah Rahsia Penyimpan Emas Bertambah Kaya
Ingin gandakan simpanan dan pelaburan anda dalam emas ? Anda boleh refer link di bawah :..


No comments:
Post a Comment