Sejarah dunia memang telah membuktikan bahawa matawang kertas berisiko jatuh kepada nilai kosong pada bila-bila masa. Bahkan, ramai pakar kewangan dunia mengatakan kadar penurunan nilai mata wang akan berlaku tanpa henti saban tahun. Adalah penting untuk kita mula membuat perlindungan kepada kekayaan kita hari ini dengan membeli aset kalis inflasi seperti emas. Nilai emas terbukti kekal dari zaman dulu sehingga kini.
Jangka Hayat Wang Kertas
Purata jangka hayat matawang adalah 27 tahun dengan jangka hayat terpendek adalah 1 bulan. Menurut hasil kajian yang dibuat oleh DollarDaze.org, sebanyak 775 mata wang kertas telah dicipta setakat ini. Di seluruh dunia.
20% daripada matawang ini gagal disebabkan hiperinflasi, 21% dihapuskan melalui peperangan, 12% terhapus semasa proses kemerdekaan, 24% mengalami proses reformasi dan hanya 23% yang masih digunakan dan bakal menghampiri salah satu daripada beberapa musibah yang dinyatakan.
Jadi, tukarkan wang anda kepada aset yang boleh mengekalkan nilainya dalam jangka masa panjang seperti Emas dan Hartanah. Menabung emas tidak akan menjadikan kita kaya segera tapi akan memastikan kita untuk tidak jatuh miskin dengan tiba-tiba.
No comments:
Post a Comment