Secara fakta pelaburan emas hanya ada peningkatan harga emas setiap tahun. Kenaikan harga emas antara 10% sehingga 15 % berbanding dividen tahunan pelaburan yang lain. Emas adalah sangat istimewa, unik dan matawang logam yang pasti bernilai sepanjang hayat.
Emas tidak seperti ASB, Tabung Haji, Unit Trust, KWSP yang memberikan dividen setiap tahun. Jika ada yang tawaran untuk membeli emas dengan pulangan dividen, kemungkinan besar itu adalah scammer emas. Modus operandi scammer biasanya untuk rolling wang kita ke cabang “operasi rahsia” mereka.
Secara jujurnya emas tidak menjanjikan pulangan tahunan berbentuk dividen. Emas secara asasnya bergantung naik turun harga emas. Beli murah, jual harga lebih tinggi. Itu sahaja. Itu cara paling selamat dan lambat kaya, tapi jika berlaku apa pun dalam dunia ini, emas pasti kekal bernilai dan penyelamat ketika gawat.
No comments:
Post a Comment