Pesanan Robert T. Kiyosaki’ bukan emas yang menjadikan kita kaya, tetapi ILMU emas itu sendiri. Dalam apa jua cabang pelaburan sekali pun, yang paling penting ialah ilmu. Jika kita hanya mengharapkan nasib, itu bukanlah cabang pelaburan sebenar tetapi perjudian.
Mulakan belian pertama dengan bajet yang kecil. Dapatkan pengalaman pertama membeli emas dan dapatkan feel memiliki emas sendiri. Jangan fikir buat untung lagi. Untung akan datang kemudian apabila sudah ada ilmu dan pengalaman.
Dapatkan rujukan tambahan melalui pembacaan buku penulisan tentang emas kerana setiap penulis mempunyai pengalaman dan perspektif yang berbeza tentang emas. Anda boleh juga follow Mike Maloney untuk mendapatkan ilmu emas dari masa ke semasa.
Jika saranan diatas dilaksanakan dengan baik, saya percaya anda akan dapat manfaatkan maksimum daripada simpanan dan pelaburan emas. Emas ini akan memberi impak positif terhadap kewangan kita asalkan kita berilmu.
No comments:
Post a Comment