Dah banyak sangat news pasal scammer emas. setiap tahun ada jer berita pasal penipuan emas, scammer emas, mangsa sindiket pelaburan. Walaupun dah banyak berita pasal scammer emas ni, tapi masih ramai lagi yang terjebak dengan skim emas yang menawarkan pendapatan bulanan terbukti kesemuanya lingkup dan ke laut. Tidak sampai tiga tahun semuanya berkubur. Emas yang dijanjikan entah ke mana, duit pun lesap begitu sahaja .
Satu fakta yang nyata adalah emas tidak ada pendapatan berbentuk dividen.T IDAK ADA! Asasnya, untung dalam pelaburan emas hanya beli harga rendah, dan jual bila harga tinggi. Kena faham tu. Kalau hendak jana pendapatan daripada emas, caranya cuma ada satu sahaja iaitu berniaga emas dengan menjadi ejen syarikat emas.
Jika ada sesiapa yang cakap dengan simpan emas anda boleh menjana pendapatan bulanan atau tahunan, Itu pasti skim cepat kaya bertopengkan emas.
Kalau betul-betul nak menjana pendapatan yang besar mesti berniaga emas. Jadilah ejen syarikat emas yang mempunyai track rekod dan reputasi yang baik. Sebab apa? Sebab sambil simpan dan melabur dalam emas, kita boleh juga menjana pendapatan sampingan! Maknanya keuntungan pasti lebih baik dan lebih cepat daripada menunggu kenaikan harga emas.
Tapi kena ingat, sebaiknya kita perlu menjadi peniaga emas yang berilmu. Bukan setakat ‘tangkap muat’ sahaja. Dan mendapatkan ilmu ini memerlukan proses. Dan proses memerlukan masa. Dan mengorbankan masa adalah satu perjuangan!
No comments:
Post a Comment