Kita biasanya teruja untuk ada banyak rumah pelaburan, simpanan tunai, melabur dalam unit amanah dan saham. Tetapi kita perlu ingat yang setiap pelaburan dan simpanan ada risikonya.
Maka kita juga perlu ada pertahanan kekayaan sekiranya berlaku kegagalan dalam sistem kewangan. Sifat emas yang kalis inflasi dan nilainya yang terbukti dapat bertahan selama ribuan tahun menjadikan emas sebagai aset terbaik untuk melindungi kekayaan.
Jika jumlah kekayaan kita hari ini adalah sebanyak
RM1,000,000, jumlah simpanan emas yang ideal dicadangkan oleh;
1. Tuan Azizi Ali sekitar 10% atau RM100,000.
2. Robert Kiyosaki sekitar 25% atau RM250,000.
3. Michael Maloney sekitar 50% atau RM500,000.
Yang menariknya, kita tak perlu tunggu simpanan empat angka baru nak mula. Boleh simpan serendah RM100 saja. Tak perlu ambil masa berbulan-bulan. Hari ni dengan RM100 pun dah boleh mula simpan.
Dimana? Di akaun GAP. Ia disimpan percuma dan boleh dikeluarkan bila-bila saja terpulang kepada kita.
No comments:
Post a Comment