Pada tahun 1980an, semasa Zimbabwe memperolehi kemerdekaan, nilai mata wang baru Zimbabwe bernilai USD 1.25. Tapi pada tahun 2008, wang Zimbabwe 50 Juta cuma bernilai USD 1.20. Semuanya berlaku sebab kerajaan Zimbabwe mencetak duit kertas dengan berlebihan disebabkan:
• Hutang negara yang meningkat
• Penurunan output ekonomi dan pendapatan eksport
• Kegawatan politik dan kepercayaan terhadap
pemerintah
• Isu korupsi dan perebutan kuasa di kalangan
pemerintah.
Ye, situasi ini memang betul – betul berlaku di Zimbabwe. Walaupun rakyat Zimbabwe memiliki wang berjuta -juta, tapi masih tak mampu membeli makanan yang berkhasiat untuk seluruh keluarga. Kerana harga sebiji pisang pun sudah mencecah 5 Billion Dollar Zimbabwe.
Jangan simpan semua kekayaan pada duit kertas semata –
mata. Tukarlah antara 10% hingga 50% daripada jumlah kekayaan ke dalam bentuk
emas. Kerana emas nilainya berdiri
sendiri, kekal sampai kiamat tanpa perlu risau campur tangan politik dan status
ekonomi negara.
No comments:
Post a Comment