Melabur emas seharusnya dilakukan dengan duit simpanan gaji bulanan, pendapatan daripada bisnes dan bonus tahunan, bukannya duit pinjaman. Pelaburan sebenarnya untuk orang yang ada duit lebih. Duit jika dibiarkan disimpan dalam bank akan dimakan inflasi. Jadi ada baiknya ditukar kepada emas.
Pinjaman bank ada komitmen bulanan. Kalau melabur emas guna duit pinjaman, kita terpaksa menambah komitmen sedia ada. Kita juga meletakkan risiko terhadap pelaburan emas dengan harapan harga akan naik dan terus naik. Sedangkan sifat emas harganya adalah turun naik dalam jangka masa pendek.
Jadi ,untuk mengelakkan anda berhutang membeli emas, Public Gold telah menyediakan platform pembelian emas secara Syariah Easy Purchase Payment (SEPP) atau pembelian emas dengan bayaran tetap mengikut jadual selama 6 bulan. Lepas habis bayar, Public Gold hantarkan melalui pengeposan berinsuran GIT ke alamat penyimpan emas.
Dapatkan bantuan rakan dealer Public Gold untuk lock harga terlebih dahulu. Dalam tempoh pembelian itu, jika harga emas turun atau naik anda tidak terjejas kerana harga dikira pada waktu awal belian tersebut. Pembelian ini adalah patuh syariah dan bila selesai pembayaran anda akan dapat emas tersebut, Public Gold akan hantar melalui pos berinsurans terus ke rumah anda melalui service yang dinamakan Gold In Transit (GIT).
No comments:
Post a Comment