Dana kecemasan yang baik perlulah sesuatu mudah cair tetapi sukar nak dikeluarkan untuk memastikan ia lebih bertahan lama. Dengan itu, kekayaan lebih sukar bocor.
Betul, emas lebih sukar bocor jika dibandingkan dengan wang tunai.
Wang tunai hari ni kalau kita nak guna, kita boleh pilih nak cucuk kat ATM, online transfer, ewallet dan sebagainya. Sangat-sangat mudah dan cepat kecairannya. Sebab itulah wang cepat habis.
Emas pula kalau nak jual, ambil masa sedikit untuk dapatkan tunai lebih kurang dalam masa 15 minit sehingga tiga hari. Bergantung kepada emas di tangan atau emas di dalam akaun. Pilihlah jenama emas yang senang beli, senang pajak dan senang jual.
Emas masih lagi alat kewangan yang baik kerana paling lama nak dicairkan pun hanya 3 hari maksimum. Berbanding jual rumah/ tanah/ dusun yang kecairannya perlukan 3 bulan hingga setahun malah adakalanya melebihi setahun.
Benar, dana cemas dalam bentuk wang tunai perlu. Untuk kegunaan short term contohnya kereta rosak dan sebagainya. Selebihnya, dana cemas lebih baik disimpan dalam bentuk emas. Su[aya bertahan lebih lama.
Dana cemas yang baik perlulah sesuatu mudah cair tetapi sukar nak dikeluarkan untuk memastikan ia lebih bertahan lama. Dengan itu, kekayaan lebih sukar bocor.
No comments:
Post a Comment