Kenapa emas di katakan logam yang bernilai ?
Kenapa manusia sukakan emas?
Emas adalah satu satunya aset kewangan yang berdiri sendiri. Ia tidak perlu jaminan sesiapa, ia tidak berkait dengan mana-mana sistem atau rekod kewangan.
Emas telah digunapakai sebagai alat penyimpan nilai yang paling ampuh dalam sejarah manusia disebabkan sifatnya yang tidak boleh dicipta, dan tidak boleh dibinasakan dengan menggunakan apa cara sekalipun. Emas disebut berkali-kali di dalam Al-Quran malah Allah memberikan jaminan bahawa emas akan kekal bernilai sehingga kiamat.
Jumlah emas di mukabumi adalah terhad, jika Tuhan takdirkan sebanyak 100,000 tan emas tertanam di dalam perut bumi, maka jumlah tersebut itu sahaja yang akan wujud dan bertukar tangan di antara manusia. Ini adalah kerana emas tidak boleh diciptakan dan emas merupakan matawang yang paling bertahan sejak beribu-ribu tahun lalu.
Disebabkan faktor nilai emas itu sendiri yang luar biasa, emas adalah satu satunya aset kewangan yang tidak sekali- kali akan jatuh nilai nya kepada kosong. Ia dianggap duit sebenar sejak zaman berzaman. Jika anda ada emas, anda mempunyain duit yang sebenar !!!
No comments:
Post a Comment