Disebabkan mahu cepat kaya, kurang ilmu, tamak haloba,
impikan pulangan bulanan tetap dibayar dan tinggi serta terpedaya dengan
janji-janji manis kononnya akan hidup senang tanpa bekerja, ramai yang gelap
mata terpengaruh dengan skim – skim cepat kaya.
Bagi mengelakkan anda menjadi mangsa; Kenali Ciri-ciri Skim Cepat Kaya Emas:
1. Keuntungan Tidak Masuk Akal
Menjanjikan keuntungan mencecah 70% - 100% dalam tempoh setahun. Kalau difikirkan secara logik, memang tak masuk akal. Jika dibandingkan pulangan dengan skim Amanah Saham Bumiputera (ASB), Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) dan Hibah Tabung Haji (TH) pun tidak setinggi itu. Ramai di kalangan masyarakat tewas dengan tawaran untung besar ini.
2. Terma Pelaburan Sentiasa Berubah-ubah
Terma dan syarat untuk menyertai skim pelaburan emas sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan semasa. Perjanjian berat sebelah dan lebih berpihak kepada penganjur berbanding pelabur itu sendiri.
3. Produk Bukan Subjek Penting
Produk bukan subjek penting dalam skim pelaburan emas tersebut. Yang penting letak duit, akan dapat pendapatan tetap setiap bulan. Laba yang diperolehi tiada kaitan dengan turun naik harga emas di pasaran dan jumlah kuantiti emas.
4. Punca Keuntungan Kabur
Hampir kesemua penganjur skim cepat kaya mengelak untuk mendedahkan sumber keuntungan lumayan yang diperolehi dan dijanjikan itu. Yang pasti jawapannya, kabur dan sukar difahami. Beza dengan pelaburan yang sah anda akan diketahui punca sumber keuntungan yang diperolehi berdasarkan laporan kewangan yang diaudit dan sebagainya.
5. Kaedah Marketing Meragukan
Kaedah pemasaran yang digunakan untuk menarik dan memancing masyarakat menyertai skim pelaburan adalah dengan penampilan imej yang stailo dan life style mewah yang luar biasa. Kereta mewah dan kekayaan yang dipamerkan sekadar umpan untuk menarik orang ramai melabur dalam skim tersebut.
Hanya ilmu sahaja boleh mencegah risiko kehilangan duit kita daripada ditipu dengan skim cepat lingkup ini. Nak selamat? Pilih saja emas jenama yang diyakini seperti emas Public Gold.
No comments:
Post a Comment