Friday, December 24, 2021

Menyimpan emas dengan Ilmu

 


Sebenarnya, bukan emas itu membuatkan kita kaya tapi ilmu tentang emas itu yang menjadikan kita kaya dan berjaya. Jika membeli emas tanpa ilmu dan hanya ikut-ikut, biasanya akan gagal untuk konsisten di dalam menyimpan emas. Beli sekali selepas itu senyap. Sentiasa berfikiran negatif, resah dan merasa rugi bila harga emas turun naik. Berbeza dengan individu yang bermula dengan ilmu, harga emas naik atau turun mereka sentiasa cool kerana tahu apa tindakan yang perlu dibuat.    

 Bagaimana nak menambahkan ilmu tentang emas ?

 1 - Membaca Buku

Membaca buku mempunyai banyak manfaat kerana ia adalah jendela dunia. Bacalah sekurang-kurangnya sebuah buku untuk mengetahui asas pelaburan emas yang telah kita buat. Boleh juga melayari laman web dan blog-blog pelaburan emas bagi meningkatkan kefahaman anda berkaitan emas. Cuba hadirkan diri untuk menyertai seminar pelaburan emas yang diadakan oleh pakar tentang emas. Lagi banyak ilmu yang perolehi lagi banyak untung yang boleh kita buat dalam mana-mana pelaburan sekalipun.   

2 – Perlu Terima Kenyataan - Harga Emas Naik Dalam Jangka Masa Panjang

Wang kertas atau wang fiat tidak dapat mengekalkan kuasa beli kerana nilainya akan jatuh saban tahun. Setiap tahun nilai matawnag akan menurun dimakan inflasi. Emas memang ada naik turun dalam jangka masa pendek tapi jangka masa panjang nilainya semakin tinggi. Penyimpan yang berilmu tidak akan melabur kesemua duitnya pada emas. Pakar kewangan, Azizi Ali menyarankan simpanan emas 10% daripada pendapatan. Ataupun membeli emas menggunakan duit simpanan jangka panjang yang tidak digunakan dalam tempoh masa 2 hingga 5 tahun. 

3 - Kenaikan Harga Barang Selari Dengan Emas

Kadar inflasi di Malaysia naik 4.4% pada Mei 2021. Jika kita ada simpanan sebanyak RM100,000 kuasa beli duit hanya tinggal RM95,600 sahaja. Kita kehilangan RM4,400 kuasa beli akibat inflasi. Harga barang naik, kuasa beli duit menurun. Kita perlu bayar duit yang lebih untuk dapat barang yang sama. Beza simpan emas kenaikannya selari dengan kenaikan harga barang namun nilai kekayaannya selamat dari dimakan inflasi.  

4 - Emas Adalah Duit

Jika perlukan duit tunai segera, emas yang kita miliki boleh dipajak atau digadai di Ar-Rahnu dan institusi kewangan yang lain. Stigma mengatakan orang pajak emas seolah-olah terdesak nak pakai duit, kini sudah tidak relevan lagi kerana hanya orang berduit sahaja boleh pajak emas. Kecairan nak jual emas hanya ambil masa 3 hingga 5 hari sahaja. 

5 - Emas Pelaburan Yang Tiada Risiko

Emas adalah satu-satunya aset yang nilainya tak akan jatuh kosong seperti pelaburan saham, unit amanah dan sebagainya. Emas adalah aset yang tiada dalam sistem kewangan. Tiada siapa tahu berapa banyak simpanan emas kita. Beza dengan pelaburan lain, jika kita diisytiharkan bankrap semua aset akan dibekukan. Belum pernah orang bankrap sebab simpan emas tapi terlalu banyak orang bankrap sebab simpan duit kertas.


Jom saya bantu anda. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peluang untuk memulakan simpanan dan pelaburan emas serendah RM100 ?  sila hubungi saya atau click link di bawah :..

WhatsappMe@0126599945  .. untuk register Akaun Emas .... (free jer)

Nak Register Public Gold Sendiri ? Click Here (Free Jer) - Lepas register, wasap saya ...

Jom Shopping di PGMALL -  Best!!! ...boleh buat duit sambil shopping ..

Telegram Channel - Info menarik pasal Emas & Kewangan 

Tiktok - Jom Follow, komen &  like ramai-ramai yer ...

Facebook@Asya.PublicGold  - Jom like FB Page saya ...
Instagram@Asya.PublicGold - Mai follow ramai-ramai ...
Youtube Channel@Asya.PublicGold - Tambah Ilmu Emas & Kewangan


No comments:

Post a Comment

Kenaikan harga emas

  Harga emas sekarang mahal la kan. Ya, Betul. Tapi harga sekarang ni akan lebih murah berbanding beberapa tahun akan datang. Jom mula menab...