Monday, June 20, 2022

Apa Untungnya Simpan Emas ??

 


Apa untungnya simpanan emas?

Sejak harga emas turun. ramai yang bercadang untuk membeli emas untuk simpanan. Namun harga emas walaupun turun harganya tetap mahal.
Bagi yang mempunyai lebihan wang, tidak salah membuat keputusan menyimpan dalam bentuk emas.
Ramai juga yang masih tidak memahami apakah jenis emas untuk dipilih untuk dijadikan sebagai pelaburan jangka panjang yang menguntungkan.

Bagi sesetengah orang yang belum melabur dalam emas dan belum sedar tentang kelebihan emas, pasti akan tanya apa untungnya simpan emas ?  Mengikut fakta, emas mencatatkan kenaikan sebanyak 20-28% setiap tahun. Nilai emas itu sendiri terjamin sepanjang zaman. Sudah semestinya
emas boleh memberi keuntungan jangka panjang. Terdapat banyak lagi kelebihan dalam menyimpan emas.

Antara kelebihan emas adalah:

#1. Emas telah digunakan sebagai mata wang sejak ribuan tahun lalu. Emas diiktiraf dan mempunyai nilai yang tinggi berkurun-kurun lamanya dan penerimaannya begitu menyeluruh di seluruh dunia.

#2. Nilai Jangka panjang terjamin - Zaman Nabi 1,400 tahun dulu, 1 dinar (emas 4.25 gram) boleh beli seekor kambing. Sekarang ini, harga 1 dinar sekitar RM670 – RM780. Secara relatifnya, ia masih mampu beli seekor kambing. Ia berbeza dengan duit kertas (wang fiat).

#3. Aset Mudah Cair - Senang Ditukar Kepada Tunai. Emas itu boleh dijual pada bila-bila masa, dan di mana sahaja.

#4. Aset Mudah Alih - Emas ialah aset fizikal yang paling mudah alih. Boleh dibawa ke mana-mana. 

#5. Aset Mampu milik - Emas (dan perak) ialah aset fizikal mampu milik. Kalau tanah dan hartanah, kita perlukan modal yang besar untuk beli. Ia tak boleh dibeli mengikut kaki per segi. Berbeza dengan emas, kita boleh beli dengan bajet serendah 1 gram, bahkan item 0.5 gram pun sudah ada sekarang. Ada duit lebih sahaja boleh terus beli dan kumpul sedikit-sedikit

Masa itu emas. Kita tak dapat nak undurkan masa. Harga emas tidak akan kembali kepada harga sepuluh tahun yang lepas.  Jadi mulakan simpanan emas sekarang. Harga emas akan sentiasa naik dalam jangka panjang. Anda akan mendapat banyak manfaat dalam menyimpan emas.

Sila hubungi saya atau click link di bawah :..
 
Whatsapp me .. untuk register Akaun Emas .... (free jer)


#turunnaikhargaemas #emas  #publicgold  #FinanceGuru #jombelajar #emas999 #jongkongemas #akaunemasgap #jongkongemas


No comments:

Post a Comment

Kenaikan harga emas

  Harga emas sekarang mahal la kan. Ya, Betul. Tapi harga sekarang ni akan lebih murah berbanding beberapa tahun akan datang. Jom mula menab...