Sunday, June 19, 2022

Perlu ke menjana wang? Okay ke usia muda dengan hanya satu cabang pendapatan?

 


Perlu ke menjana wang? Okay ke usia muda dengan hanya satu cabang pendapatan?

Sememangnya usia 20-an dinanti-nantikan ramai remaja. Apa tidaknya, di usia inilah kita berdikari sepenuhnya apabila mula mendapat pendapatan sendiri. Banyak yang hendak diteroka dan dilakukan di usia ini. Hendak mengembara ke sana sini,  mahu beli gajet yang sudah lama diingini dan membeli kereta idaman hati.

Sememangnya pada usia ini banyak dugaanya apabila mula memegang duit sendiri. 
Namun, ia semua bergantung pada diri sendiri untuk menentukan bagaimana situasi kewangan kita pada masa hadapan  dengan cara kita menguruskannya hari ini. Mereka yang pandai menguruskan kewangan peribadi pada usia muda, rata-rata, cenderung untuk mengembangkan kekayaan mereka, menjadi bebas dari segi kewangan dan akan segera bersara.

Berbalik kepada persoalan, adakah perlu untuk menjana pendapatan sampingan pada usia muda ?
ianya bergantung kepada perancangan kewangan masing-masing. sebagai contoh, golongan muda dan bujang pasti mempunyai keinginan untuk berkeluarga suatu hari nanti.

Untuk menempuh alam perkahwinan sudah semestinya memerlukan kewangan yang stabil bagi mengelakkan masalah dikemudian hari. Golongan Muda perlu ada kewangan yang stabil dan simpanan yang cukup kerana perkahwinan itu sendiri memerlukan kos yang agak tinggi.

Apabila sudah berkahwin, mesti ada keinginan untuk ada memiliki rumah sendiri. bagi menampung kos untuk memiliki rumah, anda seharusnya ada sumber kewangan yang kukuh dan simpanan khas untuk pembelian rumah.

Bila ahli keluarga dah bertambah, pasti inginkan keselesaan dan perlukan kereta untuk ke mana-mana. ini juga memerlukan kos. Dan anda juga perlu mempunyai sumber kewangan yang kukuh untuk membiayai kos perbelanjaan harian keluarga anda. pendek kata semuanya memerlukan duit.

Jadi, masa muda inilah - masa yang sangat sesuai untuk menguruskan kewangan bagi kegunaan masa akan datang. Pada masa muda inilah perlunya bekerja lebih masa dan mencari pendapatan sampingan untuk memenuhi tabung-tabung simpanan, pelaburan demi kesenangan masa depan.

Uruskan perbelanjaan harian secara berhemah, dalami ilmu-ilmu pengurusan kewangan dan bekerja keras untuk menambahkan kekayaan anda, bukannya menambahkan hutang.


No comments:

Post a Comment

Kenaikan harga emas

  Harga emas sekarang mahal la kan. Ya, Betul. Tapi harga sekarang ni akan lebih murah berbanding beberapa tahun akan datang. Jom mula menab...