GAP Auto Debit
Bagi yang baru bermula menyimpan emas, saya cadangkan memilih potongan secara Auto Debit. Tetapkan pemotongan RM200 setiap bulan. Sistem akan update gram emas selepas pemotongan dibuat. Auto Debit untuk tempoh minimum setahun dan lebih.
Auto Debit adalah salah satu kaedah yang boleh digunakan untuk menambah simpanan gram emas di Akaun Emas GAP.
Kenapa pilih Auto Debit?
1. Kita sendiri tetapkan jumlah yang sesuai dengan kemampuan, duit lebihan daripada gaji kita asingkan dalam bentuk gram emas. Jumlah ini boleh diubah bila-bila masa, terutama bila ada kenaikan gaji setiap tahun.
2. Disiplin membeli emas. Manusia memang pantang berduit. Jadi sebelum wang melayang maka seeloknya dibuat pemotongan untuk belian emas.
3. Elak lupa dan bertangguh. Menyimpan emas adalah salah satu kaedah membuat tabungan dan simpanan. Konsisten adalah kuncinya.
4. Menetap matlamat. Jika buat potongan RM200 sebulan bermakna kita telah membeli +-0.5gram emas. Setahun terkumpul 6gram. Penyimpan boleh keluarkan emas fizikal Gold bar 5 gram atau keluarkan 1 Dinar seberat 4.25 gram. Yang penting 1gram perlu kekal di akaun dan teruskan menabung untuk matlamat seterusnya.
5. Peluang untuk menang 10gram Gold Bar dalam kempen GAP Auto Debit. Tiasa siapa tahu tuah manusia. Tak rugi mencuba. Mana tau rezeki dapat tambah gram emas sedia ada.
Nak mulakan simpanan emas; klik sini

No comments:
Post a Comment