Sunday, November 21, 2021
Saturday, November 20, 2021
Menabung Secara EPP
Jika anda seorang yang boros dan mahu konsisten menabung emas secara konsisten saya sarankan guna kaedah Easy Payment Purchase (Syariah EPP). Kaedah ini salah satu kaedah yang boleh menyelamatkan wang kita dari terus dibelanja habis.
EPP bermaksud kita lock harga hari ini untuk kita bayar bulan dengan harga yang sama pada masa hadapan. Harga emas yang di beli kekal dan tetap tanpa dipengaruhi kenaikkan atau penurunan harga emas selepas membuat belian. EPP boleh dilakukan selama enam bulan. Setelah bayaran habis dilakukan emas boleh diambil dicawangan atau dilakukan GIT dipos ke alamat rumah.
Kaedah ini mempunyai banyak kelebihan terutama bagi penyimpan emas modal rendah atau pekerja yang mendapat gaji secara bulanan. Cara ini dapat paksa diri untuk menabung.
Kita juga boleh membeli emas secara runcit bermula dengan 1 gram gold bar di cawangan Public Gold yang berhampiran untuk simpanan sendiri. Kaedah ini boleh sangat cepat dan segala kos caj telah dimasukan didalam harga runcit tersebut.
Mudah kan? - Disiplinkan diri menggunakan kaedah ini untuk selamatkan wang dari dibelanja. Elak boros!
Friday, November 19, 2021
Apa Kata Pakar Kewangan ?
Public Gold menawarkan dealership tanpa modal kepada sesiapa yang berminat menjana pendapatan pasif sehingga RM5,000 sebulan. Dengan menjadi dealer Public Gold bukan hanya dapat membantu memberi manfaat kepada masyarakat malah dapat meningkatkan pendapatan melalui insentif yang diberikan oleh Public Gold.
Ambil peluang menjadi dealer untuk menambah pendapatan
pasif anda selain anda berpeluang belajar ilmu emas yang unlimited untuk
disumbangkan kepada masyarakat.
1. Promosi Bulanan
Public Gold selalu mengadakan promosi menjadi dealer. Boleh semak pengumuman promosi terkini di website Public Gold, atau di FB Public Gold International Bhd.
2. Promosi Ketika Seminar
Public Gold mengadakan lebih 100 seminar setiap bulan secara PERCUMA samada seminar Asas Pelaburan Emas atau Business Opportunity Preview (BOP). Selalunya, Public Gold mengadakan promosi khas sempena seminar untuk menjadi dealer dengan pembelian yang lebih rendah daripada biasa.
Thursday, November 18, 2021
Kenapa barang kemas tidak sesuai untuk pelaburan ?
1) Harga per gram lebih mahal : Harga barang kemas yang ditetapkan oleh persatuan kedai emas rata rata 10 hingga 15 peratus lebih mahal berbanding harga emas pelaburan.
2) Kadar spread lebih tinggi : Kadar susut nilai akan menentukan berapa banyak dan berapa cepat kita dapat menjana keuntungan daripada emas yang kita beli itu kalau kenaikan harga emas. Spread barang kemas rata ratanya sekitar 25-40% berbanding emas pelaburan kurang dari 10%.
3) Kos upah yang dimanipulasi : Kos upah bergantung kepada kehalusan reka bentuk barang kemas. Lagi halus dan lagi seni cantik seni buatannya, lagi mahal kos upah yang dikenakan. Jika harga emas mahal, mereka boleh rendahkan kos upah, manakala jika harga emas turun rendah, mereka boleh naikkan caj ini. Maksudnya kalau harga emas sedang rendah kita tetap membayarnya pada harga yang tinggi.
4) Update harga lambat : Biasanya, harga emas dunia naik, harga barang kemas terus naik! Tetapi jika harga emas turun, biasanya pekedai emas lambat semak harga dan mungkin kekalkan harga tinggi sampai beberapa minggu. Hanya jika berlaku perubahan harga ketara emas dunia barulah disemak.
Tak salah pun beli emas perhiasan 916. Cuma, cukuplah untuk setakat pakai sahaja. Selebihnya? Simpan emas 999. Takut nak simpan di tangan? Boleh menabung di akaun emas GAP yang patuh syariah.
Wednesday, November 17, 2021
Emas Palsu
Pada tahun 2018, ada seorang peniaga wanita kerugian RM219,000 selepas terpedaya membeli emas palsu daripada dua lelaki yang mendakwa kononnya memiliki kilang emas. Mangsa yang berasal dari Perak telah membeli jongkong emas seberat 12.7 kilogram (kg) dengan harga RM273,000.
Lebih suku juta kerugian yang perlu ditanggung oleh mangsa. Menurut mangsa, pembelian emas berkenaan tidak mempunyai resit bayaran atau dokumen perjanjian, tetapi hanya melalui serahan tangan dan bersaksikan rakan sekampung mangsa. Perghhhh berani betul beli benda mahal tanpa sebarang dokumen?
Emas bukan barang murah. Mana boleh lakukan sebarang transaksi emas tanpa disertakan invois dan dokumen. Anda perlu berhati-hati dan sentiasa memastikan setiap jual beli mempunyai rekod.
Ada banyak lagi syarikat atau perseorangan di luar
sana yang menipu dan memperdayakan mangsa. Justeru, selaku penguna yang bijak, wang
kertas perlu pandai memilih. Di Public Gold, semua transaksi disertakan invois
dan ada hitam putih. Dan kesemua emas Public Gold mempunyai sijil
ketulenan.Nahhhhh, benda boleh beli yang asli, kenapa nak beli yang tiruan,
kan?
Tuesday, November 16, 2021
Sejarah Kejatuhan Watawang Venezuela
Nilai wang kertas Venezuela jatuh dan menjadi sangat rendah. Orang ramai membuang wang kertas kertas merata – rata. Ini kerana tidak ada kedai yang menerima wang kertas Bolivar lagi. Kejatuhan nilai matawang Bolivar telah menjadikan 5 keping wang Bolivar - nak beli cakelat pun tak lepas.
Kejatuhan ekonomi Venezuela berpunca dari kerakusan pemerintah yang mencetak wang kertas kertas sewenang – wenangnya, maka berlakulah ‘hyperinflation’. Ini bukan sahaja menyebabkan ekonomi Venuezela merundum, tapi kesihatan rakyat turut terjejas. Kebanyakan rakyat terpaksa menahan lapar berhari – hari hingga menyebabkan penurunan berat badan. Aktiviti jenayah setempat turut meningkat.
Ini adalah bukti bahawa, wang kertas kertas ini ‘intrinsic value’ hingga boleh menyebabkan kejatuhan nilai mata wang.
Berlainan dengan emas, nilai emas berdiri dengan sendiri berdasarkan berat dan ketulenanya. Tak kira apa yang terjadi pada kerajaan semasa, nilai emas dalam simpanan kita tetap bernilai. Hatta di serata dunia, emas memang berharga.
Monday, November 15, 2021
Duit Daun Pisang
Pada zaman pemerintahan Jepun dulu (1942 – 1945) , kerajaan Jepun telah memperkenalkan matawang pokok pisang di Tanah Melayu. Zaman tu, tentera Jepun dengan sewenang – wenangnya cetak wang kertas tanpa had, hingga menyebabkan kadar inflasi yang tinggi. Disebabkan inflasi yang tinggi, penduduk Tanah Melayu tak mampu membeli barang – barang asas.
Lepas Jepun kalah, duit pokok pisang ni telah
digugurkan dari udara sebagai tanda kekalahan Jepun.
Apa jadi pada semua duit pokok pisang dalam simpanan penduduk Tanah Melayu?
Ini menjadikan ada penduduk Tanah Melayu memiliki berguni – guni duit matawang pokok yang nilainya sifar. Sejak itulah, sebahagian besar nenek moyang kita mula menabung sebahagian di dalam bentuk emas. Supaya, tidak lagi mengalami musibah begini.
Dalam kebanyakan masa, emas penyelamat harta ketika musibah.
Sekarang ini dengan duit 100 ringgit pun kita boleh simpan emas.
Sunday, November 14, 2021
Melabur tanpa ilmu - banyak yang lebur
Dah banyak sangat news pasal scammer emas. setiap tahun ada jer berita pasal penipuan emas, scammer emas, mangsa sindiket pelaburan. Walaupun dah banyak berita pasal scammer emas ni, tapi masih ramai lagi yang terjebak dengan skim emas yang menawarkan pendapatan bulanan terbukti kesemuanya lingkup dan ke laut. Tidak sampai tiga tahun semuanya berkubur. Emas yang dijanjikan entah ke mana, duit pun lesap begitu sahaja .
Satu fakta yang nyata adalah emas tidak ada pendapatan berbentuk dividen.T IDAK ADA! Asasnya, untung dalam pelaburan emas hanya beli harga rendah, dan jual bila harga tinggi. Kena faham tu. Kalau hendak jana pendapatan daripada emas, caranya cuma ada satu sahaja iaitu berniaga emas dengan menjadi ejen syarikat emas.
Jika ada sesiapa yang cakap dengan simpan emas anda boleh menjana pendapatan bulanan atau tahunan, Itu pasti skim cepat kaya bertopengkan emas.
Kalau betul-betul nak menjana pendapatan yang besar mesti berniaga emas. Jadilah ejen syarikat emas yang mempunyai track rekod dan reputasi yang baik. Sebab apa? Sebab sambil simpan dan melabur dalam emas, kita boleh juga menjana pendapatan sampingan! Maknanya keuntungan pasti lebih baik dan lebih cepat daripada menunggu kenaikan harga emas.
Tapi kena ingat, sebaiknya kita perlu menjadi peniaga emas yang berilmu. Bukan setakat ‘tangkap muat’ sahaja. Dan mendapatkan ilmu ini memerlukan proses. Dan proses memerlukan masa. Dan mengorbankan masa adalah satu perjuangan!
Saturday, November 13, 2021
Tips dan Trick Pilih Ar-rahnu
Dalam kes Arrahnu, secara asasnya kita tutup hutang bank dengan mencagarkan emas di Arrahnu. Duit dari Arrahnu -> bayar baki hutang bank -> kumpul duit untuk tebus Arrahnu + kos upah.
Kelebihannya ? Kita dapat beli ‘masa’ iaitu setelkan hutang bank dengan cepat dalam masa yang sama kumpul duit untuk tebus emas kita. Di akhir semuanya, kita ada emas yang boleh dirollingkan semula untuk tujuan lain. Dan, kebiasaanya kita akan mendapat rebate (penjimatan) bila kita setelkan hutang kita lebih awal dari tempoh matang.
Tips dan trick pilih Arrahnu:-
1) Pilih Arrahnu berdasarkan pajak gadai Islam yang tak masuk CCRIS. General rules – Arrahnu Kooperasi, Pos Arrahnu, pajak melalui akaun GAP Public Gold dan senang cerita bukan Arrahnu dengan Bank. Kenapa nak kena jaga rekod CCRIS? Apa tu CCRIS? CCRIS report ni dalam bahasa mudah nak faham adalah report card kesihatan kewangan kita. Mestilah kena jaga, supaya tiptop agar memudahkan kita mendapat pembiayaan bank.
2) Pilih Arrahnu yang memberikan pinjaman maksima mungkin. Ada sesetengah Arrahnu mengenakan caj upah dari marhun. Ada sesetengah pulak mengenakan caj upah berdasarkan nilai pinjaman. Marhun ni adalah total gram yang dicagarkan darab dengan harga emas semasa. Pinjaman dikira dari 70% ke 80% bergantung pada tempat. Nilai pinjaman adalah 70% ke 80% dari nilai marhun.
3) Pecahkan kepada beberapa surat pajak. Contoh nilai pinjaman RM7500, kita buat 3 surat. Surat pertama RM3000, surat kedua RM2500, surat ketiga RM2000. Total kos upah sama jek walaupun dalam tiga surat pajak. Kelebihnya, kita dapat tebus secara berasingan mengikut kemampuan kita rolling modal. Ada sesetengah Arrahnu kenakan RM1 untuk satu surat pajak (which sangat minimum!). Again- carilah Arrahnu yang tak masuk CCRIS. Sebab kalau Arrahnu yang masuk CCRIS, 10 surat pajak, kita akan ada 10 rekod dalam CCRIS!
4) Survey caj upah paling rendah. Setiap Arrahnu mengenakan caj berbeza-beza dan cajnya juga disemak dari semasa ke semasa. Jadi sebelum kita pajak emas, survey-lah dulu Arahnu mana yang kenakan caj paling rendah dengan margin pinjaman paling tinggi. Macam Public Gold ni senang, sebab kita ada akaun emas fizikal GAP kan – maknanya tak perlu keluar rumah, just klik saja semua online. Duit akan masuk akaun dalam 3 hingga 5 hari bekerja. Mudah bangat, bukan?
5) Tebus emas kita secepat mungkin. Biasanya tempoh
pinjaman selama 6 bulan, tapi kalau dapat tebus cepat-cepat lebih
menguntungakn. Kalau sebulan dah settle, terus tebus dan caj “upah simpan”
dikenakan hanya untuk sebulan sahaja. Jangan tunggu tempoh matang 6 bulan baru
tebus. Kita dapat jimat duit dari bayar kos “upah simpan” yang tak sepatutnya.
Best kan simpan emas? Bukan setakat jual dan beli. Siap boleh ar rahnu kan emas lagi tu. Ada emas, modal tak mati.
Kenaikan harga emas
Harga emas sekarang mahal la kan. Ya, Betul. Tapi harga sekarang ni akan lebih murah berbanding beberapa tahun akan datang. Jom mula menab...
-
Jom belajar simpan emas untuk elak dari kebocoran wang dan dari dimakan inflasi... Nak tahu lebih lanjut, tekan link di bawah - kemudian tek...
-
Ingin memiliki Gold Bar? Jom saya bantu! Terdapat pelbagai jenis emas di Public Gold. Anda boleh memilikinya sama ada secara fizikal, atau...
-
“Jangan..jangan simpan emas jika anda belum ada cash savings……kerana emas adalah simpanan jangka masa panjang (minimum 2 tahun) “ Siapa ...