Friday, December 17, 2021
Thursday, December 16, 2021
Emas Begitu Berharga
Mengapa
emas begitu bernilai ???
Dari segi sifat semulajadi, emas merupakan logam yang tidak teroksida atau
berkarat, tidak larut malah tidak boleh
dimusnahkan. Emas jugak tidak boleh dicipta atau ditiru. Agak sukar untuk
dicari dan dilombong.
Emas juga
merupakan pengalir elektrik terbaik. Ianya banyak digunakan dalam komponen
utama pemprocess computer. Mudah ditempa dan dicampurkan dengan unsur logam
lain untuk dijadikan perhiasan.
Wednesday, December 15, 2021
Sedar sedar puluh2 gram dah
Berawal
dari FYP, bila susah lama semakin faham akan ilmu emas. Awal-awal terus
cepat-cepat daftar dan mula simpan 1g dahulu. Kalau ada apa-apa tak faham boleh
tanya dealer dan rujuk group. Kemudian terus belajar tambah ilmu berkaitan emas
dan kewangan. Terus konsisten simpan, sedar-sedar dah simpan puluh-puluh gram
dalam tahun ni….
Tuesday, December 14, 2021
Yang Penting Adalah consistent
Walaupun sedikit atau lambat, hasilnya tetap akan dituai kelak. Biar sedikit asalkan konsisten menyimpan. Yang Penting adalah Konsisten !!!
“Never underestimate the importance of small steps”
Emas asset mampu milik !!! Serendah serratus ringgit jer nak mula menyimpan emas. Kekayaan di tangan sendiri.
Monday, December 13, 2021
Specialnya Emas !!!
Emas adalah asset mudah cair dan laku dimana-mana. Emas asset yang mudah dibawa. Emas kalis inflasi. Emas asset mampu milik !!! Serendah serratus ringgit jer nak mula menyimpan emas. Kekayaan di tangan sendiri.
1 Dinar = 4.25g, 5 Dinar = 21.25g, 10 Dinar = 42.5g
Jom saya bantu anda. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peluang untuk memulakan simpanan dan pelaburan emas serendah RM100 ? sila hubungi saya atau click link di bawah: .
Whatsapp me .. untuk register Akaun
Emas .... (free jer)
http://wasap.my/+60126599945/Akaun_Emas_GAP
.
Sila click link di bawah :.
Sunday, December 12, 2021
Agen Kewangan
Robert Kiyosaki menyatakan agen produk kewangan sebagai broker. Menyerahkan duit bulat-bulat kepada broker akan menyebabkan kewangan kita menjadi broke.
Agen bagi mana-mana pelaburan mempunyai matlamat untuk mengejar komisyen bagi setiap jualan. Sebarang risiko terhadap pelaburan sama ada untung atau rugi bukan menjadi tangggungjawab mereka.
Ramai di kalangan kita apabila membuat pelaburan akan menyerah dan mempercayai sepenuhnya kepada pihak agen mengendalikan pengurusan kewangan tersebut. Sering berlaku kebocoran duit kerana kebergantungan sepenuhnya kepada pihak agen untuk mengawal dan memastikan keuntungan bagi pelaburan itu, tanpa ada usaha daripada diri kita untuk belajar menguruskan pelaburan tersebut.
Begitu juga dengan pelaburan emas, pelabur perlu ada
inisiatif untuk belajar dan mempunyai ilmu tentang pelaburan emas yang dibuat
mengikut kesesuaian bajet dan target dalam mencapai matlamat.
Pelabur emas perlu mengetahui asas pelaburan emas yang dibuat dengan mencari ilmu melalui membaca buku, melayar laman web dan blog-blog pelaburan, tengok klip video melalui Tik Tok, Youtube tentang emas dan kewangan atau menghadiri seminar emas. Pelabur tidak boleh menyerah bulat-bulat pada dealer emas untuk pelaburan sendiri. Sebenarnya, lagi banyak ilmu yang perolehi, lagi banyak untung yang boleh kita buat dalam mana-mana pelaburan sekalipun.
Jika tiada inisiatif untuk belajar dan memahami asas pelaburan dan hanya ikut-ikutan biasanya anda tidak akan konsisten dalam menyimpan emas. Dan akhirnya anda akan merasa kecewa dan beranggapan emas tidak memberi keuntungan dan terus berhenti menyimpan emas.
Beli Emas Dapat Emas
Emas adalah asset mudah cair dan laku dimana-mana.
Emas asset yang mudah dibawa.
Emas kalis
inflasi.
Emas asset mampu milik !!! Serendah serratus ringgit jer nak mula menyimpan emas. Kekayaan di tangan sendiri.
1 Dinar = 4.25g, 5 Dinar = 21.25g, 10 Dinar = 42.5g
Saturday, December 11, 2021
Duit Ringgit Malaysia Jatuh
Kejatuhan nilai matawang Malaysia semenjak 2014 yang semakin parah boleh memberi kesan kepada ekonomi negara dan kesan kepada rakyat Malaysia. Adakah kejatuhan nilai wang akan memberikan impak negatif kepada kehidupan kita? Kejatuhan nilai wang ringgit Malaysia adalah di sebabkan oleh nilai matawang dolar Amerika Syarikat yang mengukuh. Mata wang dolar AS digunakan sebagai pengukur matawang negara lain ataupun mengukur harga komoditi seperti harga emas dan harga minyak. Kelemahan harga minyak mentah global juga adalah penyebab kepada kejatuhan ringgit Malaysia.
Kejatuhan nilai ringgit terburuk dalam tempoh lima tahun sebenarnya adalah fenomena antarabangsa berikutan hampir semua matawang negara pesat membangun mengalami kejatuhan berbanding dolar. Kejatuhan nilai matawang adalah disebabkan krisis ekonomi dunia dimana 174 matawang dunia mengalami kesan kejatuhan matawang dimana hanya 18 matawang sahaja yang mengukuh berbanding dolar. Namun matawang Malaysia adalah matawang yang paling banyak mengalami kejatuhan nilai wang berbanding dikalangan negara Asia.
Friday, December 10, 2021
Duit mana nak guna untuk simpan emas ???
Melabur emas seharusnya dilakukan dengan duit simpanan gaji bulanan, pendapatan daripada bisnes dan bonus tahunan, bukannya duit pinjaman. Pelaburan sebenarnya untuk orang yang ada duit lebih. Duit jika dibiarkan disimpan dalam bank akan dimakan inflasi. Jadi ada baiknya ditukar kepada emas.
Pinjaman bank ada komitmen bulanan. Kalau melabur emas guna duit pinjaman, kita terpaksa menambah komitmen sedia ada. Kita juga meletakkan risiko terhadap pelaburan emas dengan harapan harga akan naik dan terus naik. Sedangkan sifat emas harganya adalah turun naik dalam jangka masa pendek.
Jadi ,untuk mengelakkan anda berhutang membeli emas, Public Gold telah menyediakan platform pembelian emas secara Syariah Easy Purchase Payment (SEPP) atau pembelian emas dengan bayaran tetap mengikut jadual selama 6 bulan. Lepas habis bayar, Public Gold hantarkan melalui pengeposan berinsuran GIT ke alamat penyimpan emas.
Dapatkan bantuan rakan dealer Public Gold untuk lock harga terlebih dahulu. Dalam tempoh pembelian itu, jika harga emas turun atau naik anda tidak terjejas kerana harga dikira pada waktu awal belian tersebut. Pembelian ini adalah patuh syariah dan bila selesai pembayaran anda akan dapat emas tersebut, Public Gold akan hantar melalui pos berinsurans terus ke rumah anda melalui service yang dinamakan Gold In Transit (GIT).
Thursday, December 9, 2021
Sekarang semua di hujung jari
Tips mudah untuk menabung emas di atas talian (online) :
1. Beli Menggunakan Trusted Platform E-Commerce
Elak membeli emas di medium media sosial yang tidak dipercayai dan meragukan kerana semua review boleh direka dan dibeli. Sebaliknya, anda digalakan membeli barang kemas menggunakan platform marketplace yang dipercayai seperti di PG MALL dan Public Gold Marketing.
2. Tahu Harga Emas Semasa
Scammer biasanya menipu dengan menjual harga luar biasa murah yang tidak masuk akal berbanding harga emas semasa. Contohnya, 50 gm emas dijual dengan harga RM100. Tawaran harga yang tidak logik ini adalah petanda ianya berisiko ada unsur penipuan. Ketahui harga emas semasa dan harga yang dijual oleh penyedia perkhidmatan. Ia sepatutnya berkadar logik.
3. Jangan Tunggu Harga Murah
Jangan terpedaya dengan tawaran emas lelong harga murah kerana secara amnya harga emas tidak pernah murah. Yang penting pilih jenama yang diakui ketulenannya. Harga emas turun naik dalam jangka masa pendek. Tapi emas confirm naik dalam jangka masa panjang. Secara purata, kenaikan harga emas adalah sekitar 10% - 11% setahun.
4. Tahu Saiz Sesuai, Berat & Bajet
Sebelum membeli kita perlu mengetahui saiz dan berat emas yang diingini. Selain bajet yang hendak dikeluarkan dan buat pengiraan dahulu. Jika ada yang menjual terlalu rendah di bawah harga pasaran kemungkinan besar itu bukan emas tulen.
5. Ada Perkhidmatan Pos Berinsurans
Musim PKP ini barang kemas yang dibeli melalui Public Gold akan dihantar dengan pos berinsurans iaitu Gold In Transit (GIT). Emas akan dihantar terus ke rumah anda dengan selamat. Jika emas didapati hilang dalam proses penghantaran, pihak insurans dan Public Gold akan menanggung kos kehilangan tersebut.
Mudah sebenarnya untuk membeli emas yang betul jika berilmu.
Kenaikan harga emas
Harga emas sekarang mahal la kan. Ya, Betul. Tapi harga sekarang ni akan lebih murah berbanding beberapa tahun akan datang. Jom mula menab...
-
Jom belajar simpan emas untuk elak dari kebocoran wang dan dari dimakan inflasi... Nak tahu lebih lanjut, tekan link di bawah - kemudian tek...
-
Ingin memiliki Gold Bar? Jom saya bantu! Terdapat pelbagai jenis emas di Public Gold. Anda boleh memilikinya sama ada secara fizikal, atau...
-
“Jangan..jangan simpan emas jika anda belum ada cash savings……kerana emas adalah simpanan jangka masa panjang (minimum 2 tahun) “ Siapa ...