Sunday, January 2, 2022
Kad emas 1 gram welcome 2022
Saturday, January 1, 2022
Bye bye 2021
Emas Sebagai Sumber Pendapatan ???
Secara amnya emas tidak ada pendapatan. Kalau simpan duit dalam akaun Tabung Haji atau ASB, akan ada pendapatan tahunan yang dipanggil dividen. Kalau pelaburan hartanah ada pendapatan bulanan melalui sewa rumah. Sebaliknya emas tiada pendapatan.
Sekiranya ada sesiapa yang memberi jaminan emas menjana pendapatan bulanan atau tahunan, itu adalah “Scammer”. Segeralah angkat kaki jauhkan diri dengan segera. Sudah banyak syarikat yang menawarkan skim emas semuanya lingkup. Emas tidak dapat, duit pun lesap bergitu sahaja.
Tuan Syukor Hashim, Mahaguru Emas Malaysia, selalu memberi petua emas gold bar lima gram untuk meletakkan emas di dalam dompet. Emas memberi kita rasa seperti berduit dan terjamin apabila sentiasa di bawa bersama.
Keunikan emas adalah, walaupun nilainya melebihi RM 1,000 tetapi tiada risiko untuk dibelanjakan langsung sebagaimana kita meletakkan duit ringgit di dalam dompet. Bahkan aura ema situ sendiri telah memberikan semangat kepada pemiliknya untuk terus menambahkan simpanan emas.
Asasnya, untung dalam pelaburan emas adalah “buy low sell high”. Selain dengan memiliki emas, kekayaan kita lebih stabil dan berdiri dengan sendiri. Kalau hendak jana pendapatan dari emas, hanya ada satu sahaja caranya iaitu berniaga emas. Sekarang dah ada cara yang termudah, termurah dan terpantas untuk menjana pendapatan melalui emas iaitu menjadi ejen syarikat emas.
Friday, December 31, 2021
5 Rahsia Pelabur dan Penyimpan Emas Berjaya
Harga emas naik dia senyum, harga emas turun pun dia senyum. Kenapa ye ?
1) Penyimpan emas yang berilmu telah mengasingkan duit
kecemasan jangkapendek.
Penimpan emas menyediakan duit simpanan kecemasan minimum 3 bulan pendapatan. Ini kerana apabila berlaku kecemasan, penyimpan akan guna dana kecemasan yang disediakan tanpa perlu menjual emas. Emas? Sebolehnya penyimpan nak peram minima 3 tahun ke atas.
2) Penyimpan Emas Membeli emas dengan duit lebihan,
bukan duit pinjaman
Penyimpan emas tahu, harga emas bergerak naik turun setiap masa. Maka.. Emas tak sesuai simpan hari ni, jual bulan depan. Maka… Penyimpan akan menabung emas menggunakan hasil duit bisnes, duit simpanan gaji bulanan dan bonus tahunan yang ada lebihan.
3) Penyimpan emas membeli emas untuk “Pelindung
Kekayaan”
Penyimpan emas tahu, emas adalah duit dalam bentuk yang sukar bocor, bertahan lama dan bernilai sepanjang hayat. Jadi, penyimpan emas menukarkan sebahagian wang tunai untuk melindungi duit simpanan daripada dibelanjakan oleh diri sendiri, melindungi dari kesan inflasi dan melindungi kekayaan daripada kesan keruntuhan sistem mata wang.
4) Pantau harga emas jika perlu sahaja.
Bagi penyimpan emas yang berilmu - harga tak penting. Yang penting adalah melihat pertambahan gram emas. Pantau harga emas setiap hari memang boleh menganggu emosi dan agak memenatkan. Pelabur dan penyimpan hanya melihat harga emas bila nak beli/jual sahaja.
5) Menabung emas cuma perlu konsisten
Penyimpan emas yang berjaya sebenarnya tak perlu modal
yang besar. Mereka cuma perlu konsisten menabung dan berterusan. Mana-mana
penyimpan emas yang bersikap konsisten dalam membina tabungan, akan nampak
hasilnya. Biar sikit sikit – tapi berterusan menyimpan. Anda akan lihat
hasilnya nanti.
Thursday, December 30, 2021
Emas tidak akan menjadi kosong nilainya !!!
Kenapa emas di katakan logam yang bernilai ?
Kenapa manusia sukakan emas?
Emas adalah satu satunya aset kewangan yang berdiri sendiri. Ia tidak perlu jaminan sesiapa, ia tidak berkait dengan mana-mana sistem atau rekod kewangan.
Emas telah digunapakai sebagai alat penyimpan nilai yang paling ampuh dalam sejarah manusia disebabkan sifatnya yang tidak boleh dicipta, dan tidak boleh dibinasakan dengan menggunakan apa cara sekalipun. Emas disebut berkali-kali di dalam Al-Quran malah Allah memberikan jaminan bahawa emas akan kekal bernilai sehingga kiamat.
Jumlah emas di mukabumi adalah terhad, jika Tuhan takdirkan sebanyak 100,000 tan emas tertanam di dalam perut bumi, maka jumlah tersebut itu sahaja yang akan wujud dan bertukar tangan di antara manusia. Ini adalah kerana emas tidak boleh diciptakan dan emas merupakan matawang yang paling bertahan sejak beribu-ribu tahun lalu.
Disebabkan faktor nilai emas itu sendiri yang luar biasa, emas adalah satu satunya aset kewangan yang tidak sekali- kali akan jatuh nilai nya kepada kosong. Ia dianggap duit sebenar sejak zaman berzaman. Jika anda ada emas, anda mempunyain duit yang sebenar !!!
Wednesday, December 29, 2021
Emas adalah talian hayat yang terakhir
Pakar sejarah mata wang Michael Maloney berkata, emas dan perak merupakan satu-satunya aset kewangan yang tidak berada di dalam sistem kewangan. Pendek kata tiada siapa yang tahu berapa banyak kekayaan kita ada kalau disimpan dalam bentuk emas. Kecuali kita sendiri yang beritahu.
Begitu juga bagi seseorang yang disahkan bankrap, hartanya dalam bentuk emas itu (Jika ada) tidak boleh dibekukan oleh kerajaan kerana emas tidak terikat dengan sistem kewangan. Sebab itulah, dengan adanya simpanan emas, hampir mustahil untuk menjadi sehelai sepinggan jika diisytiharkan bankrap sekalipun.
Menyimpan emas tidak memerlukan geran atau surat pemilikan yang disahkan daripada mana-mana institusi. Ini adalah fakta. Emas hanya terikat dengan ketulenan dan beratnya.
Secara amnya, emas berfungsi sebagai pelindung kekayaan. Emas adalah talian hayat terakhir bukan sahaja apabila keruntuhan sistem kewangan dunia, tetapi boleh dijadikan talian hayat jika berlaku perubahan besar seperti perubahan kerajaan, kegawatan ekonomi, penurunan nilai matawang, penularan wabak penyakit dan sebagainya.
Sekarang ini kita memiliki platform yang patuh Syariah, ringkas dan mudah untuk menabung emas. Menabung sahaja serendah 1g pertama hingga capai matlamat simpanan anda.
Tuesday, December 28, 2021
Semakin Banyak Duit - Semakin tinggi keinginan untuk berbelanja
Simpan sikit-sikit lama kelamaan, masih lagi sikit. Ini menjadi kebiasaan jika tidak berdisiplin dalam menyimpan. Hujung bulan asyik korek jer. Adakah anda mengalami masalah yang sama ?
Kalau biasa bulanan gaji kita simpan RM500, semak semula di bulan ke 10, adakah simpanan kita sudah mencapai RM 5000? Kebanyakannya simpanan kurang dari RM 5000 kan?
Ini kerana fitrahnya manusia bila berduit ingin berbelanja. Semakin banyak duit di akaun bank semakin tinggi kemahuan kita untuk berbelanja. Naluri ini jauh berbeza dengan simpanan emas. Semakin kita kerap pandang simpanan emas kita, naluri semakin bersemangat untuk tambahkan gram.
Bila anda tukarkan kepada bentuk emas bermakna anda dah selamatkan kekayaan anda dari terbelanja kepada benda yang tak sepatutnya. Emas juga membuatkan penyimpannya memiliki tempoh untuk bertenang sebelum berbelanja.
Emas perlu dipajak atau dijual dahulu untuk dapatkan duit tunai. Jadi penyimpan emas tidak akan sewenang wenangnya menjual emas semata mata nak tukar sport rim atau menukar langsir. bukankah ini sesuatu yang bagus ? Semakin simpan emas semakin tamak dan berdisiplin nak tambahkan kekayaan. Jom kita sama-sama menambahkan simpanan dalam bentuk emas !!!
Monday, December 27, 2021
Matlamat Simpan Emas
Bank negara menyarankan simpanan kecemasan minimum RM1,000 bagi setiap individu. Namun kebanyakkan pakar kewangan menyarankan agar selepas cukup RM 1,000 atau sekurang-kurangnya 3 bulan pendapatan, simpanan duit kita dah boleh ditukarkan kepada logam yang bernilai iaitu emas. Tujuan simpanan kecemasan adalah untuk digunakan semasa kecemasan seperti hilang punca pendapatan, hilang perkerjaan, kemalangan dan lain lain.
Majlis kahwin, deposit rumah, deposit kereta, adalah dilarang menggunakan dana kecemasan sebab itu bukan kecemasan. Dana tersebut boleh dirancang dari awal lagi. Jangan gunakan dana kecemasan untuk tujuan yang bukan kecemasan.
Sebelum memulakan apa apa pelaburan, pastikan dana kecemasan mencukupi. Kebanyakan orang terus melakukan pelaburan tanpa ada simpanan kecemasan.
Susah sangat simpan duit kecemasan ?
Kumpul-kumpul masih tidak cukup?
Tak boleh Nampak wang mula gatal tangan nak berbelanja?
Jika anda mempunyai symptom diatas , disarankan agar duit kecemasan dikumpul dalam bentuk emas. Dengan emas sebagai simpanan kecemasan, gram emas lebih mudah terkumpul dan bertahan dengan lama.
Emas dapat mengelakkan kita tarik sikit sikit duit simpanan kecemasan. Aura dan fitrah semulajadi manusia sukakan emas menyebabkan kita ketagih mengumpul emas dan ini mempercepatkan lagi dana emas kita terkumpul.
Sunday, December 26, 2021
Formula Kekayaan
Dalam pelaburan sikit-sikit lama-lama masih sikit. Jadi ini bukanlah formula kekayaan. Formula kekayaan adalah banyak-banyak jadi lebih banyak. Dalam kata lain, kita mesti simpan dan melabur emas dalam jumlah yang besar.
Minima belian emas untuk bergelar sebagai pelabur emas adalah 100 gram ke atas. Jika kurang dari jumlah itu, kita masih berada pada tahap penyimpan emas.
Kenapa 100 gram?
Sebab susutnilai 100 gram adalah rendah , sekitar 7%.
Jadi kita hanya perlu tunggu kenaikan emas 7% saja untuk mendapat keuntungan.
Spread emas Public Gold adalah antara yang terendah di pasaran iaitu 6% - 9% berbanding jika jual di kedai emas lain, susut nilai adalah 25%, ini merugikan.
Lagi rendah atau nipis spreadnya lebih baik. Spread itu akan menentukan berapa cepat dan berapa banyak keuntungan yang akan diperolehi apabila harga emas naik. Lagi nipis spread, lagi cepat dan lagi besar kadar keuntungannya.
Dalam pelaburan emas, lagi besar gram emas yang kita beli, lagi rendah spread dan lagi tinggi keuntungan yang bakal diperolehi. Tak mampu menabung banyak-banyak? Jangan risau.. Mulakan sikit-sikit, peram di akaun GAP hingga capai 100g pertama. Mudah kan?
Saturday, December 25, 2021
Perbezaan barang kemas vs Jongkong emas
Barang kemas direka untuk tujuan perhiasan dan menambahkan seri kepada pemakainya. Maka rekaan dan pembuatannya dibuat dengan begitu teliti dan menarik. Lagi rumit reka bentuk barang kemas, lagi mahal kos upah yang dibayar.
Dan lagi banyak batu perhiasan, lagi mahal harganya.
Barang kemas khusus untuk emas perhiasan memiliki beberapa kriteria :
# Merupakan Emas 916 atau 22k
# Susutnilai 25% - 40%
# Kos Upah Tinggi/Dimanipulasi Oleh Pekedai
# Sesuai Untuk Perhiasan Perempuan
Sekiranya anda mahu menabung dan melabur di cabang emas, anda ada pilihan yang lebih menarik iaitu jongkong atau dinar.
Emas jongking dan dinar dikeluarkan khas dengan kriteria
bagi tujuan pelaburan. Ciri-cirinya adalah :
# Emas tulen
999 atau 24K
# Spread rendah
6% sehingga 9%
# Kos Premium
yang Rendah
# Berbentuk
ringkas
# Sesuai Untuk Lelaki dan Perempuan
Hari ini, menabung emas 999 dalam bentuk jongkong ataupun dinar bukan lagi untuk orang kaya. Kita ada platform akaun Emas GAP yang membolehkan kita menabung emas secara sikit-sikit sehingga kekayaan kita dapat diselamatkan daripada inflasi.
Kenaikan harga emas
Harga emas sekarang mahal la kan. Ya, Betul. Tapi harga sekarang ni akan lebih murah berbanding beberapa tahun akan datang. Jom mula menab...
-
Jom belajar simpan emas untuk elak dari kebocoran wang dan dari dimakan inflasi... Nak tahu lebih lanjut, tekan link di bawah - kemudian tek...
-
Ingin memiliki Gold Bar? Jom saya bantu! Terdapat pelbagai jenis emas di Public Gold. Anda boleh memilikinya sama ada secara fizikal, atau...
-
“Jangan..jangan simpan emas jika anda belum ada cash savings……kerana emas adalah simpanan jangka masa panjang (minimum 2 tahun) “ Siapa ...