Tuesday, January 4, 2022

Bila nak dapat untung ???

Pelaburan emas bukanlah pelaburan jangka pendek. Pelaburan emas adalah pelaburan jangka masa panjang dan mengambil masa sekurang-kurangnya tiga tahun ke atas bagi menampakkan hasil keuntungannya. Setiap pelaburan memerlukan ilmu dan pengalaman untuk mendapat keuntungan yang maksima.

 


Kebanyakan pelabur emas membeli emas kerana ikut-ikut atau setelah mendengar khabar tentang keuntungan pelaburan emas. Apabila harga emas turun mereka menjadi tidak senang kerana tidak mendapat untung. Inilah yang dikatakan simpan emas tanpa ilmu. Bagi penyimpan emas yang berilmu, bila harga rendah mereka mengambil peluang untuk menambahkan lebih gram emas. Mereka dapat barang mahal, pada harga rendah. Menguntungkan bukan? 

Bagi penyimpan yang tak sabar ketika menabung emas, ramai pelabur yang telah terjebak dengan menyertai skim pelaburan emas haram atau skim cepat kaya. Skim ini menjanjikan pendapatan lumayan, cepat, tetap setiap bulan. Disebabkan tiada ilmu dan tamak menyebabkan kerugian atau bebanan bayar hutang tanpa ada emas. 

Perlu diingatkan pelaburan emas adalah pelaburan yang menguntungkan jika kita mempunyai ilmu yang cukup. Beli emas mesti dapat emas. Tiada istilah beli emas dapat pulangan wang bulanan. Jadi buat tindakan yang bijak dengan mencari ilmu terlebih dahulu. 



Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peluang untuk memulakan simpanan dan pelaburan emas serendah RM100 ?  sila hubungi saya atau click link di bawah :..

WhatsappMe@0126599945  .. untuk register Akaun Emas .... (free jer)

Nak Register Public Gold Sendiri ? Click Here (Free Jer) - Lepas register, wasap saya ...

Jom Shopping di PGMALL -  Best!!! ...boleh buat duit sambil shopping ..

Telegram Channel - Info menarik pasal Emas & Kewangan 

Tiktok - Jom Follow, komen &  like ramai-ramai yer ...

Facebook@Asya.PublicGold  - Jom like FB Page saya ...
Instagram@Asya.PublicGold - Mai follow ramai-ramai ...
Youtube Channel@Asya.PublicGold - Tambah Ilmu Emas & Kewangan


Monday, January 3, 2022

Apa yang membuatkan kita Kaya ???

Pesanan Robert T. Kiyosaki’ “bukan emas yang membuatkan kita kaya, tetapi yang membuatkan kita kaya ialah ILMU  tentang emas itu sendiri”. Dalam apa jua cabang pelaburan sekali pun, paling penting adalah ilmu. Jika kita menabung dengan berharap kepada nasib, itu bukanlah pelaburan tetapi perjudian.

 


Untuk emas, mulakan belian pertama dengan bajet yang kecil. Dapatkan pengalaman pertama membeli emas dan dapatkan feel memiliki emas sendiri. Jangan fikir buat untung lagi. Untung akan datang kemudian apabila sudah ada ilmu dan pengalaman. 

Sekiranya berminat mengikuti perkembangan pasaran emas dunia, boleh membaca berita berita terkini tentang emas di www.kitco.com atau website  World Gold Council (WGC) di www.gold.org (http://www.gold.org/). Informasi di laman web tersebut sangat penting bagi sesiapa yang berada di posisi gold investor. 

Kita juga boleh hadir ke seminar tentang ilmu emas supaya kita dapat berguru dan dibimbing tentang simpanan emas. Syarikat yang paling aktif mendidik masyarakat tentang emas sejak 2008 ialah Public Gold Marketing Sdn. Bhd ( www.publicgold.com.my (http://www.publicgold.com.my/)) . Untuk melihat update mengenai aktiviti Public Gold, kitab oleh ikuti mereka di Facebook, Page, Instagram dan website Public Gold itu sendiri. 

Jika saranan diatas dilaksanakan dengan baik, kita semua akan dapat memanfaatkan keuntungan yang maksimum daripada simpanan dan pelaburan emas. Emas ini akan memberi impak positif terhadap kewangan kita secara keseluruhannya jika memiliki ilmu yang betul.



Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peluang untuk memulakan simpanan dan pelaburan emas serendah RM100 ?  sila hubungi saya atau click link di bawah :..

WhatsappMe@0126599945  .. untuk register Akaun Emas .... (free jer)

Nak Register Public Gold Sendiri ? Click Here (Free Jer) - Lepas register, wasap saya ...

Jom Shopping di PGMALL -  Best!!! ...boleh buat duit sambil shopping ..

Telegram Channel - Info menarik pasal Emas & Kewangan 

Tiktok - Jom Follow, komen &  like ramai-ramai yer ...

Facebook@Asya.PublicGold  - Jom like FB Page saya ...
Instagram@Asya.PublicGold - Mai follow ramai-ramai ...
Youtube Channel@Asya.PublicGold - Tambah Ilmu Emas & Kewangan


Sunday, January 2, 2022

3 Strategi Jana keuntungan dengan Emas

 


Dalam jual beli emas, ada tiga strategi paling asas jana keuntungan dengan emas. 

1) Beli dan Simpan (Gold Saver)

Beli emas dan simpan dalam jangka masa panjang dan jual balik apabila hendak mengambil keuntungan. Kita dapat keuntungan hasil kenaikan harga emas.

Sementara menunggu harga emas naik, emas itu kita boleh manfaatkan untuk perkara lain  seperti dijadikan modal pusingan bisnes dengan cara gadaian Ah Rahnu 

2) Beli, Jual, Beli, Jual (Gold Investor )

Strategi kedua dipanggil trading, iaitu beli harga rendah, jual apabila harganya tinggi secara kerap. Kaedah ini memerlukan kemahiran ilmu asas Analisis Teknikal Harga Emas. Ketepatan bacaan graf dan kepantasan membuat keputusan bakal menentukan hasilnya. 

3) Berniaga Emas ( Gold Dealer)

Strategi ini adalah yang paling senang untuk melihat hasil yang terpantas iaitu melalui cara menjadi ejen syarikat emas.  Kemudian ejen ini memberikan kesedarandan ilmu kepada orang ramai tentang kepentingan simpan emas. Setiap orang yang menabung emas melalui ejen tersebut, ejen akan mendapat keuntungan sama ada dalam bentuk insentif atau margin jualan.


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peluang untuk memulakan simpanan dan pelaburan emas serendah RM100 ?  sila hubungi saya atau click link di bawah :..

WhatsappMe@0126599945  .. untuk register Akaun Emas .... (free jer)

Nak Register Public Gold Sendiri ? Click Here (Free Jer) - Lepas register, wasap saya ...

Jom Shopping di PGMALL -  Best!!! ...boleh buat duit sambil shopping ..

Telegram Channel - Info menarik pasal Emas & Kewangan 

Tiktok - Jom Follow, komen &  like ramai-ramai yer ...

Facebook@Asya.PublicGold  - Jom like FB Page saya ...
Instagram@Asya.PublicGold - Mai follow ramai-ramai ...
Youtube Channel@Asya.PublicGold - Tambah Ilmu Emas & Kewangan


Kad emas 1 gram welcome 2022


Kad emas 1 gram welcome 2022 .
Emas 999.9   Public Gold

Selamat Datang tahun 2022. Semoga tahun baru ini menjadi tahun
yang lebih baik buat kita. Moga kita semua dilindungi dan
dirahmati Allah selalu...

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peluang untuk memulakan simpanan dan pelaburan emas serendah RM100 ?  sila hubungi saya atau click link di bawah :..

WhatsappMe@0126599945  .. untuk register Akaun Emas .... (free jer)

Nak Register Public Gold Sendiri ? Click Here (Free Jer) - Lepas register, wasap saya ...

Jom Shopping di PGMALL -  Best!!! ...boleh buat duit sambil shopping ..

Telegram Channel - Info menarik pasal Emas & Kewangan 

Tiktok - Jom Follow, komen &  like ramai-ramai yer ...

Facebook@Asya.PublicGold  - Jom like FB Page saya ...
Instagram@Asya.PublicGold - Mai follow ramai-ramai ...
Youtube Channel@Asya.PublicGold - Tambah Ilmu Emas & Kewangan


Saturday, January 1, 2022

Bye bye 2021


Bye Bye 2021 .... 
2021 tahun yang amat bermakna. penuh suka dan duka... 
Ujian silih berganti. 
Syukur di atas semuanya... Padanya pasti ada hikmah.
Banyak perkara yang dipelajari tahun 2021 ni ... Dunia dan Akhirat.
Selamat Datang tahun 2022. Semoga tahun baru ini menjadi tahun
yang lebih baik buat kita. Moga kita semua dilindungi dan
dirahmati Allah selalu...

Sila click link di bawah :. 

https://linktr.ee/syha3110


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peluang untuk memulakan simpanan dan pelaburan emas serendah RM100 ?  sila hubungi saya atau click link di bawah :..

WhatsappMe@0126599945  .. untuk register Akaun Emas .... (free jer)

Nak Register Public Gold Sendiri ? Click Here (Free Jer) - Lepas register, wasap saya ...

Jom Shopping di PGMALL -  Best!!! ...boleh buat duit sambil shopping ..

Telegram Channel - Info menarik pasal Emas & Kewangan 

Tiktok - Jom Follow, komen &  like ramai-ramai yer ...

Facebook@Asya.PublicGold  - Jom like FB Page saya ...
Instagram@Asya.PublicGold - Mai follow ramai-ramai ...
Youtube Channel@Asya.PublicGold - Tambah Ilmu Emas & Kewangan


Emas Sebagai Sumber Pendapatan ???

Secara amnya emas tidak ada pendapatan. Kalau simpan duit dalam akaun Tabung Haji atau ASB, akan ada pendapatan tahunan yang dipanggil dividen. Kalau pelaburan hartanah ada pendapatan bulanan melalui sewa rumah. Sebaliknya emas tiada pendapatan.


Sekiranya ada sesiapa yang memberi jaminan emas menjana pendapatan bulanan atau tahunan, itu adalah “Scammer”. Segeralah angkat kaki jauhkan diri dengan segera.  Sudah banyak syarikat yang menawarkan skim emas semuanya lingkup. Emas tidak dapat, duit pun lesap bergitu sahaja. 

Tuan Syukor Hashim, Mahaguru Emas Malaysia, selalu memberi petua emas gold bar lima gram untuk meletakkan emas di dalam dompet. Emas memberi kita rasa seperti berduit dan terjamin apabila sentiasa di bawa bersama. 

Keunikan emas adalah, walaupun nilainya melebihi RM 1,000 tetapi tiada risiko untuk dibelanjakan langsung sebagaimana kita meletakkan duit ringgit di dalam dompet. Bahkan aura ema situ sendiri telah memberikan semangat kepada pemiliknya untuk terus menambahkan simpanan emas. 

Asasnya, untung dalam pelaburan emas adalah “buy low sell high”. Selain dengan memiliki emas, kekayaan kita lebih stabil dan berdiri dengan sendiri. Kalau hendak jana pendapatan dari emas, hanya ada  satu sahaja caranya iaitu berniaga emas. Sekarang dah ada cara yang termudah, termurah dan terpantas untuk menjana pendapatan melalui emas iaitu menjadi ejen syarikat emas.



Jom saya bantu anda. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peluang untuk memulakan simpanan dan pelaburan emas serendah RM100 ?  sila hubungi saya atau click link di bawah :..

WhatsappMe@0126599945  .. untuk register Akaun Emas .... (free jer)

Nak Register Public Gold Sendiri ? Click Here (Free Jer) - Lepas register, wasap saya ...

Jom Shopping di PGMALL -  Best!!! ...boleh buat duit sambil shopping ..

Telegram Channel - Info menarik pasal Emas & Kewangan 

Tiktok - Jom Follow, komen &  like ramai-ramai yer ...

Facebook@Asya.PublicGold  - Jom like FB Page saya ...
Instagram@Asya.PublicGold - Mai follow ramai-ramai ...
Youtube Channel@Asya.PublicGold - Tambah Ilmu Emas & Kewangan


Friday, December 31, 2021

5 Rahsia Pelabur dan Penyimpan Emas Berjaya

 


Harga emas naik dia senyum, harga emas turun pun dia senyum. Kenapa ye ? 

1) Penyimpan emas yang berilmu telah mengasingkan duit kecemasan jangkapendek.

Penimpan emas menyediakan duit simpanan kecemasan minimum 3 bulan pendapatan. Ini kerana apabila berlaku kecemasan, penyimpan akan guna dana kecemasan yang disediakan tanpa perlu menjual emas. Emas? Sebolehnya penyimpan nak peram minima 3 tahun ke atas. 

2) Penyimpan Emas Membeli emas dengan duit lebihan, bukan duit pinjaman

Penyimpan emas tahu, harga emas bergerak naik turun setiap masa. Maka.. Emas tak sesuai simpan hari ni, jual bulan depan. Maka… Penyimpan akan menabung emas menggunakan hasil duit bisnes, duit simpanan gaji bulanan dan bonus tahunan yang ada lebihan. 

3) Penyimpan emas membeli emas untuk “Pelindung Kekayaan”

Penyimpan emas tahu, emas adalah duit dalam bentuk yang sukar bocor, bertahan lama dan bernilai sepanjang hayat. Jadi, penyimpan emas menukarkan sebahagian wang tunai untuk melindungi duit simpanan daripada dibelanjakan oleh diri sendiri, melindungi dari kesan inflasi dan melindungi kekayaan daripada kesan keruntuhan sistem mata wang. 

4) Pantau harga emas jika perlu sahaja.

Bagi penyimpan emas yang berilmu - harga tak penting. Yang penting adalah melihat pertambahan gram emas.  Pantau harga emas setiap hari memang boleh menganggu emosi dan agak memenatkan. Pelabur dan penyimpan hanya melihat harga emas  bila nak beli/jual sahaja. 

5) Menabung emas cuma perlu konsisten

Penyimpan emas yang berjaya sebenarnya tak perlu modal yang besar. Mereka cuma perlu konsisten menabung dan berterusan. Mana-mana penyimpan emas yang bersikap konsisten dalam membina tabungan, akan nampak hasilnya. Biar sikit sikit – tapi berterusan menyimpan. Anda akan lihat hasilnya nanti.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peluang untuk memulakan simpanan dan pelaburan emas serendah RM100 ?  sila hubungi saya atau click link di bawah :..

WhatsappMe@0126599945  .. untuk register Akaun Emas .... (free jer)

Nak Register Public Gold Sendiri ? Click Here (Free Jer) - Lepas register, wasap saya ...

Jom Shopping di PGMALL -  Best!!! ...boleh buat duit sambil shopping ..

Telegram Channel - Info menarik pasal Emas & Kewangan 

Tiktok - Jom Follow, komen &  like ramai-ramai yer ...

Facebook@Asya.PublicGold  - Jom like FB Page saya ...
Instagram@Asya.PublicGold - Mai follow ramai-ramai ...
Youtube Channel@Asya.PublicGold - Tambah Ilmu Emas & Kewangan


Thursday, December 30, 2021

Emas tidak akan menjadi kosong nilainya !!!

 


Kenapa emas di katakan logam yang bernilai ?

Kenapa manusia sukakan emas? 

Emas adalah satu satunya aset kewangan yang berdiri sendiri. Ia tidak perlu jaminan sesiapa, ia tidak berkait dengan mana-mana sistem atau rekod kewangan. 

Emas telah digunapakai sebagai alat penyimpan nilai yang paling ampuh dalam sejarah manusia disebabkan sifatnya yang tidak boleh dicipta, dan tidak boleh dibinasakan dengan menggunakan apa cara sekalipun. Emas disebut berkali-kali di dalam Al-Quran malah Allah memberikan jaminan bahawa emas akan kekal bernilai sehingga kiamat. 

Jumlah emas di mukabumi adalah terhad, jika Tuhan takdirkan sebanyak 100,000 tan emas tertanam di dalam perut bumi, maka jumlah tersebut itu sahaja yang akan wujud dan bertukar tangan di antara manusia. Ini adalah kerana emas tidak boleh diciptakan dan emas merupakan matawang yang paling bertahan sejak beribu-ribu tahun lalu. 

Disebabkan faktor nilai emas itu sendiri yang luar biasa, emas adalah satu satunya aset kewangan yang tidak sekali- kali akan jatuh nilai nya kepada kosong. Ia dianggap duit sebenar sejak zaman berzaman. Jika anda ada emas, anda mempunyain duit yang sebenar !!! 



Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peluang untuk memulakan simpanan dan pelaburan emas serendah RM100 ?  sila hubungi saya atau click link di bawah :..

WhatsappMe@0126599945  .. untuk register Akaun Emas .... (free jer)

Nak Register Public Gold Sendiri ? Click Here (Free Jer) - Lepas register, wasap saya ...

Jom Shopping di PGMALL -  Best!!! ...boleh buat duit sambil shopping ..

Telegram Channel - Info menarik pasal Emas & Kewangan 

Tiktok - Jom Follow, komen &  like ramai-ramai yer ...

Facebook@Asya.PublicGold  - Jom like FB Page saya ...
Instagram@Asya.PublicGold - Mai follow ramai-ramai ...
Youtube Channel@Asya.PublicGold - Tambah Ilmu Emas & Kewangan


Wednesday, December 29, 2021

Emas adalah talian hayat yang terakhir

 


Pakar sejarah mata wang Michael Maloney berkata, emas dan perak merupakan satu-satunya aset kewangan yang tidak berada di dalam sistem kewangan. Pendek kata tiada siapa yang tahu berapa banyak kekayaan kita ada kalau disimpan dalam bentuk emas. Kecuali kita sendiri yang beritahu. 

Begitu juga bagi seseorang yang disahkan bankrap, hartanya dalam bentuk emas itu (Jika ada) tidak boleh dibekukan oleh kerajaan kerana emas tidak terikat dengan sistem kewangan. Sebab itulah, dengan adanya simpanan emas, hampir mustahil untuk menjadi sehelai sepinggan jika diisytiharkan bankrap sekalipun. 

Menyimpan emas tidak memerlukan geran atau surat pemilikan yang disahkan daripada mana-mana institusi. Ini adalah fakta. Emas hanya terikat dengan ketulenan dan beratnya. 

Secara amnya, emas berfungsi sebagai pelindung kekayaan. Emas adalah talian hayat terakhir bukan sahaja apabila keruntuhan sistem kewangan dunia, tetapi boleh dijadikan talian hayat jika berlaku perubahan besar seperti perubahan kerajaan, kegawatan ekonomi, penurunan nilai matawang, penularan wabak penyakit dan sebagainya. 

Sekarang ini kita memiliki platform yang patuh Syariah, ringkas dan mudah untuk menabung emas. Menabung sahaja serendah 1g pertama hingga capai matlamat simpanan anda.



Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peluang untuk memulakan simpanan dan pelaburan emas serendah RM100 ?  sila hubungi saya atau click link di bawah :..

WhatsappMe@0126599945  .. untuk register Akaun Emas .... (free jer)

Nak Register Public Gold Sendiri ? Click Here (Free Jer) - Lepas register, wasap saya ...

Jom Shopping di PGMALL -  Best!!! ...boleh buat duit sambil shopping ..

Telegram Channel - Info menarik pasal Emas & Kewangan 

Tiktok - Jom Follow, komen &  like ramai-ramai yer ...

Facebook@Asya.PublicGold  - Jom like FB Page saya ...
Instagram@Asya.PublicGold - Mai follow ramai-ramai ...
Youtube Channel@Asya.PublicGold - Tambah Ilmu Emas & Kewangan


Tuesday, December 28, 2021

Semakin Banyak Duit - Semakin tinggi keinginan untuk berbelanja

 


Simpan sikit-sikit lama kelamaan, masih lagi sikit. Ini menjadi kebiasaan jika tidak berdisiplin dalam menyimpan. Hujung bulan asyik korek jer. Adakah anda mengalami masalah yang sama ? 

Kalau biasa bulanan gaji kita simpan RM500, semak semula di bulan ke 10, adakah simpanan kita sudah mencapai RM 5000? Kebanyakannya simpanan kurang dari RM 5000 kan? 

Ini kerana fitrahnya manusia bila berduit ingin berbelanja. Semakin banyak duit di akaun bank semakin tinggi kemahuan kita untuk berbelanja. Naluri ini jauh berbeza dengan simpanan emas. Semakin kita kerap pandang simpanan emas kita, naluri semakin bersemangat untuk tambahkan gram. 

Bila anda tukarkan kepada bentuk emas bermakna anda dah selamatkan kekayaan anda dari terbelanja kepada benda yang tak sepatutnya. Emas juga membuatkan penyimpannya memiliki tempoh untuk bertenang sebelum berbelanja. 

Emas perlu dipajak atau  dijual  dahulu untuk dapatkan duit tunai. Jadi penyimpan emas tidak akan sewenang wenangnya menjual emas semata mata nak tukar sport rim atau menukar langsir. bukankah ini sesuatu yang bagus ? Semakin simpan emas semakin tamak dan berdisiplin nak tambahkan kekayaan. Jom kita sama-sama menambahkan simpanan dalam bentuk emas !!! 


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peluang untuk memulakan simpanan dan pelaburan emas serendah RM100 ?  sila hubungi saya atau click link di bawah :..

WhatsappMe@0126599945  .. untuk register Akaun Emas .... (free jer)

Nak Register Public Gold Sendiri ? Click Here (Free Jer) - Lepas register, wasap saya ...

Jom Shopping di PGMALL -  Best!!! ...boleh buat duit sambil shopping ..

Telegram Channel - Info menarik pasal Emas & Kewangan 

Tiktok - Jom Follow, komen &  like ramai-ramai yer ...

Facebook@Asya.PublicGold  - Jom like FB Page saya ...
Instagram@Asya.PublicGold - Mai follow ramai-ramai ...
Youtube Channel@Asya.PublicGold - Tambah Ilmu Emas & Kewangan


Kenaikan harga emas

  Harga emas sekarang mahal la kan. Ya, Betul. Tapi harga sekarang ni akan lebih murah berbanding beberapa tahun akan datang. Jom mula menab...