Antara dinar emas dan gold bar yang mana satukah pilihan anda ?
Apakah perbezaan antara dinar dan
gold bar ?
Mana satu yang lebih menguntungkan
?
……………………………………………………………………………………………………………..
Dari segi fizikal, perbezaan antara
dinar dan gold bar adalah hanya pada rupabentuk dan gandaan berat sahaja. Dinar
berbentuk bulat atau macam duit syiling manakala gold bar adalah berbentuk segi
empat tepat. Dinar mepunyai gandaan berat bermula dari ½ dinar = 2.125g, 1 dinar = 4.25g, 5 dinar = 21.25g dan 10 dinar = 42.5g. Untuk gold bar pula, gandaan berat bermula
dari 10g, 20g, 50g dan 100g.
Dari segi harga, ianya bergantung
kepada berat antara setiap jenis dinar dan gold bar yang mana harganya berbeza mengikut berate mas tersebut.
Namun dari segi potensi pelaburan,
dinar dan gold bar mempunyai potensi keuntungan yang sama kerana kedua-dua nya
mempunyai ketulenan yang sama, iaitu emas 999.9, harga per gram pun adalah sama
bersandarkan perubahan harga semasa dunia (rujuk laman web Public Gold untuk
harga terkini), serta susut nilai (spread) untuk kedua-duanya juga adalah sama.
Jika dilihat dari sudut Islamik,
lebih ramai umat islam memilih untuk meiliki set dinar. Ini kerana dinar emas
merupakan sistem matawang yang digunakan dalam jual beli muamalat semasa
pemerintahan islam pada zaman dahulu. Dinar juga selalu digunakan sebagai mas
kahwin (mahar).
Jadi yang manakah pilihan anda ??
Dinar atau Gold Bar? Atau keduanya…Jom simpan emas!
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai emas public gold, sila hubungi saya di link di bawah:
No comments:
Post a Comment