Saturday, April 17, 2021

Kekayaan ditentukan oleh Tabiat


Kebanyakkan pakar kewangan menyarankan kita untuk menyimpan 10% daripada pendapatan kita. Namun 10% itu adalah permulaan sahaja. Sebaik-baiknya , apabila pendapatan bertambah, peratusan simpanan juga perlu ditambah untuk anda simpan sendiri.

Ada yang memberi alasan tidak mampu untuk mulakan simpanan 10% daripada pendapatan setiap bulan. Sekiranya anda memang tidak mampu memperuntukkan 10% - cuba setkan berapa nilai yang anda mampu. Tak kisah berapa nilainya. Yang paling penting adalah anda konsisten menyimpan setiap bulan.

Pernah dengar kisah Arnab dan Kura-Kura?

Ia ibarat kisah perlumbnaan arnab dengan kura-kura. Walaupun kura-kura bergerak dengan sangat perlahan berbanding arnab, akhirnya kura-kura juga yang menang, Bukan kerana laju tetapi kerana KONSISTEN!!!

Jadikan ianya sebagai satu tabiat yang mana ianya boleh memberi kekayaan kepada anda pada masa depan.

Dalam simpanan emas, mereka yang simpan 1 gram sebulan secara konsiten – ianya ibarat kura-kura. Memang Nampak perlahan tetapi akhirnya dia akan menang. Sedar sedar nanti, cukup setahun sudah ada minimum 12 gram.

5 Tip berkesan simpan emas 1gram 1 bulan.

1.       Letak matlamat simpan emas 1 gram sebulan sebagai simpanan untuk dilupakan.

2.       Setiap kali dapat gaji, terus peruntukkan sebahagian dari gaji untuk beli satu gram emas atau lebih bergantung kepada kemampuan masing. Jangan tunggu duit lebih kerana sampai bila-bila tidak aka nada duit lebih. Simpan dahulu baru belanja, bukannya belanja dulu, selebihnya baru simpan.

3.       Jangan tunggu harga terbaik. Takut-takut nanti bila harga harga rendah, duit pula yang habis

4.       Beli emas melalui Akaun emas GAP (Gold Accumulation Program) yang ditawarkan oleh syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia buat masa ini iaitu Public Gold. Itu kaedah termudah dan termurah di Malaysia buat masa ini.

5.       Setelah cukup enam gram, keluarkan gold bar 5 gram sekeping dan simpan dalm dompet. Supaya terasa aura dan keseronokan simpan emas. Emas mempengaruhi minda separa sedar supaya kumpul lebih banyak kepingan emas.

 Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai emas public gold, sila hubungi saya di link di bawah:

No comments:

Post a Comment

Kenaikan harga emas

  Harga emas sekarang mahal la kan. Ya, Betul. Tapi harga sekarang ni akan lebih murah berbanding beberapa tahun akan datang. Jom mula menab...