“Elehhhh 1gram ja.
Bila nak kaya?”
Sebelum kita mula dan celik tentang emas, kita anggap
simpanan emas perlu bermula dengan yang besar-besar. Ramai yang perlekehkan berat 1 gram emas. Ramai
yang perkecilkan berat 1 gram emas.
Pengalaman saya melihat :
Contoh #Pertama,
Dengan hanya bermula 1gram emas, ada pelanggan saya yang
telah capai simpanan 50gram emas dalam tempoh 10bulan. Nilai 50gram tersebut
sekitar RM13,000. Kata beliau, seolah-olah tidak percaya kerana dulunya nak
simpan RM13 pun susah apatah lagi RM13,000. Cuma sekarang simpanan dibekukan
dalam bentuk emas.
Contoh #Kedua
Dengan hanya bermula 1gram emas, ada pelanggan saya yang
sedar dari tidur yang panjang. Bayangkan sepanjang tempoh 10tahun bekerja,
simpanan Zero. Masuk tahun ke 11, beliau mula risau dan mencuba menyimpan emas.
Pada tiga (3) bulan pertama sahaja menyimpan emas, beliau dapat capai simpanan
melebihi 30gram emas. Nilai 30gram sekitar RM8,000.
Anehnya 10 tahun bekerja, setiap sen yang ada dalam bank
semua dirembat. Beliau tinggalkan minima sahaja dalam bank. Jika bank benarkan
keluarkan semua, pasti akan dikeluarkan semua. Kini beliau sungguh-sungguh
menyesal dan kembali menyusun langkah.
Dengan hanya bermula 1gram emas, atau serendah RM100, sesiapa
sahaja mampu menyimpan emas. Simpan serendah RM 3.50 sehari, anda mampu
istiqomah menyimpan rm100 sebulan.
1 gram memang kecil tetapi ketahuilah ianya permulaan untuk
kita membina semangat dan impian kita dalam dunia emas.
Biar simpanan kita kecil asalkan kita ada matlamat yang
besar.
Biar simpanan kita kecil asalkan kita ada impian yang besar.
Biar simpanan kita kecil asalkan kita ada usaha yang besar.
Biar simpanan kita kecil asalkan kita ada semangat yang
besar.
Teruskan melangkah, berlari dan konsisten. Jangan pedulikan
apa yang orang kata tetapi fikir tentang masa hadapan kita.
Ingat ni!
1gram permulaan kepada 10gram.
1gram permulaan kepada 50gram.
1gram permulaan kepada 100gram.
1gram permulaan kepada 1kilo.
Jadikan menyimpan sebagai satu tabiat yang boleh memberi
kekayaan kepada anda pada masa depan. Bermulalah…….demi kebaikan kita di masa
hadapan. Jom saya bantu.
Hubungi saya di :
No comments:
Post a Comment