Simpan
Dahulu Baru Belanja
Ramai yang
gagal menyimpan kerana menggunakan prinsip yang salah. Kebanyakkan yang selalu
kita dengar adalah berbelanja dahulu, kalau ada lebih baru simpan. Malangnya
tiada baki yang dapat disimpan. Inilah yang selalu terjadi.
Jika tunggu
duit lebih baru nak menyimpan, sampai bila bila pun kita tidak akan mempunyai
simpanan. Ini adalah reality kebanyakkan rakyat Malaysia. Bila gaji meningkat,
keinginan untuk berbelanja pun turut meningkat.
Simpan 10% untuk diri sendiri
Banyak buku
kewangan menyarankan kita untuk untuk menyimpan 10% daripada pendapatan kita.
Bagi mereka yang tidak pernah mengamalkan kaedah ini, Mungkin agak sukar untuk
mula menyimpan 10% dari pendapatan tidak kira sama ad dari duit gaji atau
pendapatan dari perniagaan. Ini kerana kebiasaanya duit akan habis dibelanjakan
sebelum sempat di potong untuk simpanan.
Anda perlu
mulakan sekarang kerana ia akan membawa anda kepada bebas kewangan pada masa
akan datang. Sekiranya tidak mampu untuk simpan sebanyak 10% - mulakan dahulu
dengan 1% ataupun seberapa banyak yg anda mampu. Yang penting adalah konsisten
menyimpan. Anda akan nampak hasilnya kemudian hari.
Potong dahulu , belanjakan selebihnya.
Letakkan
matlamat untuk menyimpan minimun 10%
daripada pendapatan anda setiap bulan. Sebelum anda membayar segala bil-bil
atau belanja lain, anda perlu potong dahulu untuk simpanan anda. Sama ada dalam
bentuk tabung kecemasan, tabung haji, ASB ataupun dalam bentuk emas.
Duit baki
selebihnya barulah digunakan untuk perbelanjaan lain. Menyimpan sebahagian
daripada pendapatan adalah asas dalam membina kekayaan.
Ubah tabiat boros berbelanja kepada tabiat suka
menyimpan.
Amalkan
ilmu kewangan ini secara berterusan. Anda pasti akan dapat melihat perbezaan
kepada tabiat kewangan anda. Jadikan menyimpan sebagai satu tabiat yang boleh
memberi kekayaan kepada anda pada masa depan.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peluang untuk memulakan simpanan dan pelaburan emas serendah RM100 ringgit sebulan, sila hubungi :
No comments:
Post a Comment