Usia Ringgit Malaysia masih baru sekitar 54 tahun. Ringgit Malaysia hanya diperkenalkan selepas 10 tahun merdeka. Walaupun hanya dalam masa 54 tahun ini, kita telah melihat terlalu banyak jenis matawang kertas Ringgit Malaysia yang ditamatkan dari penggunaan. Walaupun wang kertas Ringgit berwarna warni dan Nampak cantik tapi hakikatnya fungsi wang kertas itu sendiri tertakluk kepada nilai yang diberi oleh kerajaan pada waktu tu.
Kita nak juga miliki wang yang kekal berharga sampai bila – bila kan? Wang sebenar yang mudah dicairkan, laku di seluruh dunia dan berfungsi dalam semua keadaan adalah emas. Wang emas berbeza dengan wang kertas. Wang emas berdiri dengan sendirinya berdasarkan ketulenan dan berat emas itu sendiri.
Ada emas? Kita tidak akan kaya dengan tiba-tiba namun pasti tidak akan mudah jatuh miskin dengan tiba-tiba.
No comments:
Post a Comment