Negara Greece telah mengalami kemerosotan ekonomi
sehingga memaksa kerajaan mereka melaksanakan dasar penjimatan negara yang
menyebabkan:
• Peningkatan nilai hartanah dan kadar cukai yang
tinggi
• Pengeluaran wang dari bank dikawal ketat
• Penetapan had pengeluaran duit sebulan bagi pekerja
awam
• Pemotongan elaun dan pemansuhan bonus bagi pekerja
awam
Jatuhnya ekonomi negara Greece adalah kerana sistem pentadbiran yang tidak efisien, salah urus tadbir negara dan tipu angka ekonomi di dalam laporan kewangan.
Selain itu, isu yang lebih menyedihkan bila nilai matawang Greece jatuh. Golongan pesara di Greece terpaksa kembali bekerja kerana kerajaan Greece telah menghadkan pengeluaran wang persaraan mereka setiap bulan.
Disinilah pentingnya kita mempelbagaikan simpanan kita dan tidak hanya bergantung pada wang fiat semata – mata. Wang fiat hakikatnya tidak bernilai. Nilainya ditentukan oleh jaminan kerajaan dan kuasa ekonomi ketika itu.
Emas pula nilainya berdiri dengan sendiri. Tidak kira
ekonomi dan negara mana kita berada, emas akan kekal relevan dan bernilai.
Sekirany kita secara berdikit mengeluarkan kekayaan di dalam bentuk simpanan
emas, keadaan mungkin akan menjadi berbeza bukan?
No comments:
Post a Comment