Tahukah anda?
Simpan emas secara amnya tak ada dividen. Ini adalah fakta … Keuntungan penyimpan emas adalah apabila harga emas meningkat dalam jangka masa Panjang, sifatnya yang kalis inflasi dan keunikannya yang menjadikan penyimpan semakin berdisiplin dalam tabungan.
Jika jumpa sesiapa yang menawarkan dividen atau pulangan mingguan, bulanan, tahunan dalam pelaburan emas, berkemungkinan besar itu adalah scammer emas yang sedang menghidu kekayaan anda. Sila lari jauh-jauh.
Asas dalam pelaburan emas ini mudah sahaja. Simpan emas, dapat emas. Walaupun simpan emas tak ada dividen, tetapi nilai emas sentiasa naik di dalam jangka masa panjang. Bila kita tengok sejarah harga emas pada tahun-tahun sebelum ini, harga emas sentiasa berubah atau volatile dalam jangka masa pendek, tapi dalam jangka masa panjang, harganya memang terbukti akan naik!
Namun bukan semua dari kita yang mampu nak beli emas banyak-banyak sekaligus kan? tapi… Kita boleh menabung sikit-sikit sehingga banyak di akaun emas GAP.
No comments:
Post a Comment