Tuesday, July 6, 2021

Sediakan Payung sebelum hujan


Sediakan payung sebelum hujan!

Jom semak dan baiki tahap kewangan kita dengan membaca buku Misi Bebas Hutang, tulisan mentor saya, Tuan Mohd Zulkifli Shafie. Semoga bermanfaat..

Antara isi penting yang perlu diberi perhatian adalah mengenai 7 prinsip penting menyimpan wang :

1)    Potong 10% Daripada Pendapatan Setiap Bulan

2)    Sulitkan Kaedah Pengeluaran Simpanan

3)    Mulakan Sekarang Walaupun Sedikit

4)    Asingkan Segera Bahagian Simpanan

5)    Cukupkan Dana Kecemasan

6)    Laburkan Semula Keuntungan Simpanan

7)    Ambil Takaful Yang Betul

Kalau tunggu duit lebih, sampai bila-bila pun kita tidak akan menyimpan. Sampai bila-bila pun tidak akan ada lebih sebab bila gaji meningkat, keinginan untuk berbelanja pun turut sama meningkat.



Nak simpan emas bersama saya..

Jom saya bantu anda..

Masa itu emas. Maka, bersegeralah!

Sekarang masa untuk emas... 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peluang untuk memulakan simpanan dan pelaburan emas serendah RM100 ringgit, anda boleh hubungi :

Monday, July 5, 2021

Mulakan dulu walau 1 gram


Mulakan dulu walau 1 gram :

 

Mulakan dulu walau satu gram. Jangan tunggu harga terbaik. Harga emas takkan pernah murah selagi anda tak mulakan satu gram pertama anda. Jadikan benchmark harga.

Bila kita dah mulakan simpan 1 gram, kita dah ada benchmark harga. Kita akan cepat faham tentang emas. Ia juga boleh memotivasikan kita untuk terus menyimpan.

Ingin gandakan simpanan dan pelaburan anda dalam emas ? 

 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peluang untuk memulakan simpanan dan pelaburan emas serendah RM100 ringgit, anda boleh hubungi :


Saturday, July 3, 2021

Alat Membina Kekayaan


Alat membina kekayaan.

 

Emas adalah salah satu alat untuk membina kekayaan. Emas bukanlah segala-galanya, tetapi ianya adalah salah satu daripada portfolio kewangan yang kita mesti ada.

Pakar kewangan Azizi Ali menyarankan 10% daripada kekayaan kita perlu disimpan dalam bentuk emas. Sebagai contoh mudah, jika anda mempunya harta kekayaan bernilai RM500 Ribu – maka nilai RM50 Ribu (10%) perlu disimpan dalam bentuk emas.

Ingin gandakan simpanan dan pelaburan anda dalam emas ?  

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peluang untuk memulakan simpanan dan pelaburan emas serendah RM100 ringgit, anda boleh hubungi :

Friday, July 2, 2021

Mulakan Habit Simpanan Emas


Mulakan Habit Simpanan Emas

Boleh mulakan habit simpan emas 1 gram sebagai simpanan dilupakan.  Simpan dan lupa. Jangan di ingat - ingat. Kalau ingat, NAHAS!!!.

Kekayaan ditentukan ok Tabiat.

Jadikan menyimpan sebagai satu tabiat yang boleh memberi kekayaan kepada anda pada masa depan
Ingin gandakan simpanan dan pelaburan anda dalam emas ? 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peluang untuk memulakan simpanan dan pelaburan emas serendah RM100 ringgit, anda boleh hubungi :

Monday, June 28, 2021

Tips Elakkan Kebocoran

 

Elakkan “Kebocoran”

Seringkali berlaku apabila hujung bulan jer, duit dah kering, gaji lambat lagi. Dan bila gaji masuk, cepat jer habis. Tak sampai seminggu gaji masuk, dah tengok kalendar untuk tunggu bila gaji bulan depan nak masuk. Duit gaji seolah-olah “lalu” jer dalam akaun bank. Selain dari habis untuk bayar bil-bil bulanan, ada jer terasa nak beli itu ini jika ada lebihan dari gaji. Lebih parah lagi, belum masuk gaji, dah berkira-kira untuk beli itu ini. Belum masuk duit, tapi dah habis. Inilah yang dinamakan “kebocoran”.

Sekiranya ini terus berlaku, sampai bila-bila kita tidak akan ada simpanan untuk kecemasan. Lagi banyak duit dalam akaun bank, lagi tinggi keinginan untuk berbelanja. Ada saja benda yang nak beli.

Jadi untuk elakkan kebocoran ini dari terus menerus berlaku, kita perlu “Selamatkan” duit cepat-cepat sebelum ianya sampai ke tangan. Salah satu cara berkesan untuk elak masalah ini ialah dengan membuat potongan siap siap untuk simpanan secara tetap setiap bulan.



Potong siap-siap dan Simpan

Kita boleh membuat potongan sama ada melalui potongan gaji terus ke Tabung Haji atau ASB. Ataupun membuat Auto-debit dari akaun bank terus ke akaun simpanan yang lain. Sekiranya menggunakan akaun maybank – disediakan kelebihan untuk setkan “Goal” dan duit akan ditolak secara automatik ke akaun Goal mengikut tarikh yang ditetapkan.

Duit simpanan itu sepatutnya tidak disentuh atau dikeluarkan melainkan jika ada hal kecemasan  ataupun keperluan yang betul-betul mendesak untuk guna duit.

Pelbagaikan akaun simpanan atau pelaburan

Kebanyakkan pakar menyarankan untuk pelbagaikan instrumen simpanan berbentuk pelaburan. Ini kerana disamping menggalakkan kita untuk menyimpan, duit itu juga akan berkembang sama ada dalam bentuk dividen ataupun nilai kuasa beli yang kekal.

Selain dari Tabung Haji, ASB, Unit Trust/ Saham, pakar kewangan juga menyarankan kita untuk membuat simpanan dalam bentuk Emas. Ini kerana emas dapat mengekalkan nilai kekayaan/nilai kuasa beli berbanding duit kertas. Seperti yang kita ketahui, nilai duit kertas sentiasa dikikis oleh inflasi dari tahun ke tahun. Adalah tidak digalakkan menyimpan duit kertas dalam amaun yang tinggi untuk jangkamasa yang lama kerana nilainya sentiasa menyusut.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peluang untuk memulakan simpanan dan pelaburan emas serendah RM100 ringgit, anda boleh hubungi :

Thursday, June 24, 2021

Prinsip Penting menyimpan emas


Simpan Dahulu Baru Belanja

Ramai yang gagal menyimpan kerana menggunakan prinsip yang salah. Kebanyakkan yang selalu kita dengar adalah berbelanja dahulu, kalau ada lebih baru simpan. Malangnya tiada baki yang dapat disimpan. Inilah yang selalu terjadi.

Jika tunggu duit lebih baru nak menyimpan, sampai bila bila pun kita tidak akan mempunyai simpanan. Ini adalah reality kebanyakkan rakyat Malaysia. Bila gaji meningkat, keinginan untuk berbelanja pun turut meningkat.

Simpan 10% untuk diri sendiri

Banyak buku kewangan menyarankan kita untuk untuk menyimpan 10% daripada pendapatan kita. Bagi mereka yang tidak pernah mengamalkan kaedah ini, Mungkin agak sukar untuk mula menyimpan 10% dari pendapatan tidak kira sama ad dari duit gaji atau pendapatan dari perniagaan. Ini kerana kebiasaanya duit akan habis dibelanjakan sebelum sempat di potong untuk simpanan.

Anda perlu mulakan sekarang kerana ia akan membawa anda kepada bebas kewangan pada masa akan datang. Sekiranya tidak mampu untuk simpan sebanyak 10% - mulakan dahulu dengan 1% ataupun seberapa banyak yg anda mampu. Yang penting adalah konsisten menyimpan. Anda akan nampak hasilnya kemudian hari.

Potong dahulu , belanjakan selebihnya.

Letakkan matlamat untuk menyimpan minimun 10% daripada pendapatan anda setiap bulan. Sebelum anda membayar segala bil-bil atau belanja lain, anda perlu potong dahulu untuk simpanan anda. Sama ada dalam bentuk tabung kecemasan, tabung haji, ASB ataupun dalam bentuk emas.

Duit baki selebihnya barulah digunakan untuk perbelanjaan lain. Menyimpan sebahagian daripada pendapatan adalah asas dalam membina kekayaan.

Ubah tabiat boros berbelanja kepada tabiat suka menyimpan.

Amalkan ilmu kewangan ini secara berterusan. Anda pasti akan dapat melihat perbezaan kepada tabiat kewangan anda. Jadikan menyimpan sebagai satu tabiat yang boleh memberi kekayaan kepada anda pada masa depan.

 Pelbagaikan instrument kewangan anda anda,simpan min 10% dalam bentuk emas sebagai ‘insurans’ kekayaan anda. Jika anda susah simpan cash, jom mula simpan emas.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peluang untuk memulakan simpanan dan pelaburan emas serendah RM100 ringgit sebulan, sila hubungi :

Monday, June 21, 2021

Menyimpan Secara Konsisten


“Elehhhh 1gram ja. Bila nak kaya?”

Sebelum kita mula dan celik tentang emas, kita anggap simpanan emas perlu bermula dengan yang besar-besar.  Ramai yang perlekehkan berat 1 gram emas. Ramai yang perkecilkan berat 1 gram emas.

Pengalaman saya melihat :

Contoh #Pertama,

Dengan hanya bermula 1gram emas, ada pelanggan saya yang telah capai simpanan 50gram emas dalam tempoh 10bulan. Nilai 50gram tersebut sekitar RM13,000. Kata beliau, seolah-olah tidak percaya kerana dulunya nak simpan RM13 pun susah apatah lagi RM13,000. Cuma sekarang simpanan dibekukan dalam bentuk emas.

Contoh #Kedua

Dengan hanya bermula 1gram emas, ada pelanggan saya yang sedar dari tidur yang panjang. Bayangkan sepanjang tempoh 10tahun bekerja, simpanan Zero. Masuk tahun ke 11, beliau mula risau dan mencuba menyimpan emas. Pada tiga (3) bulan pertama sahaja menyimpan emas, beliau dapat capai simpanan melebihi 30gram emas. Nilai 30gram sekitar RM8,000.

Anehnya 10 tahun bekerja, setiap sen yang ada dalam bank semua dirembat. Beliau tinggalkan minima sahaja dalam bank. Jika bank benarkan keluarkan semua, pasti akan dikeluarkan semua. Kini beliau sungguh-sungguh menyesal dan kembali menyusun langkah.

Dengan hanya bermula 1gram emas, atau serendah RM100, sesiapa sahaja mampu menyimpan emas. Simpan serendah RM 3.50 sehari, anda mampu istiqomah menyimpan rm100 sebulan.

1 gram memang kecil tetapi ketahuilah ianya permulaan untuk kita membina semangat dan impian kita dalam dunia emas.

Biar simpanan kita kecil asalkan kita ada matlamat yang besar.

Biar simpanan kita kecil asalkan kita ada impian yang besar.

Biar simpanan kita kecil asalkan kita ada usaha yang besar.

Biar simpanan kita kecil asalkan kita ada semangat yang besar.

Teruskan melangkah, berlari dan konsisten. Jangan pedulikan apa yang orang kata tetapi fikir tentang masa hadapan kita.

Ingat ni!

1gram permulaan kepada 10gram.

1gram permulaan kepada 50gram.

1gram permulaan kepada 100gram.

1gram permulaan kepada 1kilo.

Jadikan menyimpan sebagai satu tabiat yang boleh memberi kekayaan kepada anda pada masa depan. Bermulalah…….demi kebaikan kita di masa hadapan. Jom saya bantu.

Hubungi saya di :

Sunday, June 20, 2021

Rahsia Pelabur Emas yg sentiasa tersenyum


5 Rahsia Pelabur Emas Sentiasa Tersenyum

 

1)      Asing kan duit kecemasan

-          Sebelum belie mas, asingkan dulu duit simpanan kecemasan. Terbaiknya simpan sebanyak 3 bulan pendapatan anda. Jika mampu lebih, boleh simpan lebih lagi.

 

2)      Beli Emas bukan dengan duit pinjaman

-          Beli Emas dengan duit lebihan, bukan dengan duit pinjaman. Tidak kira sama ada pinjam duit kawan, family ataupun dengan membuat pinjaman peribadi.

 

3)      Beli Emas untuk Wealth Protection

-          Belie mas untuk protect duit dari dicuri oleh diri sendiri dan untuk elakkan dari inflasi

 

4)      Pantau Emas bila perlu sahaja

-          Tidak perlu memantau harga emas hari-hari. Apabila harga naik, kita happy. Dan bila harga emas turun, beli lagi. Tak perlu bazirkan emosi bersedih dengan penurunan harga emas kerana ianya bersifat sementara.

 

5)      Melabur sambal berniaga Emas

-          Ambil peluang jadi dealer emas dan tambah ilmu untuk bantu ramai orang melabur dalam emas.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peluang untuk memulakan simpanan dan pelaburan emas serendah RM100 ringgit sebulan, sila hubungi :


Thursday, May 27, 2021

Simpanan Emas Sebagai Tabung Pendidikan Anak

 

Jadikan Simpanan Emas sebagai tabung Pendidikan anak. 

Ibu bapa haruslah mempunyai tabungan pendidikan buat anak-anak sejak dari awal lagi memandangkan kos yuran pengajian tinggi semakin meningkat pada masa hadapan.

Dengan kadar inflasi sebanyak empat peratus setahun , berlaku peningkatan sangat besar di universiti awam dan juga institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Berdasarkan analisis mudah, ini menunjukkan kos pendidikan tinggi dijangka meningkat dan ini sudah pastinya memberikan bebanan kepada keluarga terutama mereka yang tidak membuat perancangan awal dan sistematik.



Terdapat banyak instrument simpanan yang boleh kita gunakan sebagai alternative tabung Pendidikan anak-anak.

Namun perlu diambil kira kadar kenaikan tahunan dan juga risiko untuk setiap instrument. Sekiranya kita hanya menyimpan dalam bentuk wang kertas, ianya tidak mampu untuk mengatasi kadar inflasi tahunan.

Simpanan yang disarankan untuk Tabung Pendidikan Anak adalah dalam bentuk Simpanan Emas. Simpanan emas untuk anak adalah pilihan yang bijak. Ini kerana purata kenaikan harga emas adalah sekitar 10% setahun sejak 20 tahun yang lalu. Ianya dapat mengatasi kadar inflasi tahunan.

Berikut adalah perbandingan kadar kenaikan bagi Tabung Haji, ASB, Emas :



Ini menunjukkan emas boleh dijadikan alternative terbaik sebagai tabung Pendidikan anak-anak.

Sekiranya kita menyimpan 1 gram emas sebulan untuk anak bermula dari kelahirannya, pada umur anak anda 18 tahun, setiap anak akan memiliki sekurang-kurangnya 216 gram (12 bulan x 18 tahun dengan anggaran 1 gram konsisten setiap bulan).  Nilai 216 gram emas pada harga terkini adalah sekitar RM58,752 ( berdasarkan harga semasa RM272 x 216 gram) . Ianya cukup untuk menampung sebahagian besar kos pengajian di universiti tempatan. 

Masih ramai lagi ibubapa yang masih tidak mepunya tabung simpanan Pendidikan untuk anak-anak. Sehinggakan terpaksa untuk berhutang demi menyambung pelajaran di university. Pinjaman Pendidikan boleh menjadi satu beban besar untuk anak-anak. Adalah menjadi tanggungjawab ibubapa untuk menyediakan landasan yang sebaik mungkin untuk kejayaan dan kesenangan anak-anak pada masa depan.

Mulakanlah simpanan emas seawal mungkin sebagai alternative terbaik untuk tabung Pendidikan anak anak.

 Cara terbaik menabung Emas

Cara terbaik untuk membeli emas secara 1 gram sebulan adalah melalui Gold Accumulation Program (GAP). Ia adalah salah satu program yang membenarkan kita untuk membeli emas secara sedikit demi sedikit serendah 1 gram atau RM100.  Ianya adalah patuh shariah yang mana anda membeli Gold dengan memindahkan sejumlah wang ke dalam akaun Public Gold. Akad jual beli termeterai secara sah apabila Public Gold merekod  pembelian gram emas  kedalam penyata online pembeli.



Emas yang terkumpul dalam akaun GAP Public Gold boleh dikeluar kan sebagai gold bar atau dinar emas. Disamping itu emas yang terkumpul dalam akaun GAP, boleh dijual secara online, boleh dipajak secara online atau boleh di pindah ke account PG Mall untuk pembelian barang-barang yang  lain.




Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peluang untuk memulakan simpanan dan pelaburan emas serendah RM100 ringgit sebulan, sila hubungi :

Monday, May 3, 2021

Emas merupakan wang seluruh dunia


Emas bukan saja boleh diperdagangkan di Malaysia. Ianya boleh digunakan di seluruh dunia. Emas tiada had sempadan dan boleh dijualbeli di mana-mana negara di seluruh dunia. Setiap negara mempunyai pembeli atau penjual emas samada kedai emas, kedai pajak atau pembeli individu.

Anda boleh jual emas di mana-mana sahaja.

Harga emas semasa dunia boleh disemak dengan mudah. Jadi, memiliki emas ibarat memiliki matawang sedunia. Jika berlaku masalah di negara anda, tidak menjadi masalah untuk berdagang emas di negara lain.

Penggunaan matawang emas telah wujud semenjak di zaman Nabi Muhammad s.a.w lagi . Ianya diteruskan oleh para sahabat dan oleh kerajaan Islam seterusnya. Sejarah kewangan dunia juga telah membuktikan bahawa emas telah digunakan sebagai matawang tunggal dunia dari tahun 1870 sehingga tahun 1914.



Kenaikan harga emas

  Harga emas sekarang mahal la kan. Ya, Betul. Tapi harga sekarang ni akan lebih murah berbanding beberapa tahun akan datang. Jom mula menab...