1) bila kecemasan - terdesak nak pakai duit
2) untuk jana keuntungan dalam pelaburan lain seperti hartanah atau modal pusingan bisness.
3) BIla dah capai matlamat simpanan seperti pendidikan anak, pergi haji/umrah dan persaraan.
Pesanan Robert T. Kiyosaki’ bukan emas yang menjadikan kita kaya, tetapi ILMU emas itu sendiri. Dalam apa jua cabang pelaburan sekali pun, yang paling penting ialah ilmu. Jika kita hanya mengharapkan nasib, itu bukanlah cabang pelaburan sebenar tetapi perjudian.
Mulakan belian pertama dengan bajet yang kecil. Dapatkan pengalaman pertama membeli emas dan dapatkan feel memiliki emas sendiri. Jangan fikir buat untung lagi. Untung akan datang kemudian apabila sudah ada ilmu dan pengalaman.
Dapatkan rujukan tambahan melalui pembacaan buku penulisan tentang emas kerana setiap penulis mempunyai pengalaman dan perspektif yang berbeza tentang emas. Anda boleh juga follow Mike Maloney untuk mendapatkan ilmu emas dari masa ke semasa.
Jika saranan diatas dilaksanakan dengan baik, saya percaya anda akan dapat manfaatkan maksimum daripada simpanan dan pelaburan emas. Emas ini akan memberi impak positif terhadap kewangan kita asalkan kita berilmu.
Apa khabar simpanan emas anda ?
Apa khabar matlamat simpanan anda ?
Konsisten simpan tak ?
Terus konsisten menyimpan hingga mencapai matlamat masing-masing.
#dinarataugoldbar #emas
#emaspublicgold #publicgold #Tipskewangan #Tipspelaburanemas #FinanceGuru
#jombelajar #emas999 #jongkongemas #akaunemasgap
Secara fakta pelaburan emas hanya ada peningkatan harga emas setiap tahun. Kenaikan harga emas antara 10% sehingga 15 % berbanding dividen tahunan pelaburan yang lain. Emas adalah sangat istimewa, unik dan matawang logam yang pasti bernilai sepanjang hayat.
Emas tidak seperti ASB, Tabung Haji, Unit Trust, KWSP yang memberikan dividen setiap tahun. Jika ada yang tawaran untuk membeli emas dengan pulangan dividen, kemungkinan besar itu adalah scammer emas. Modus operandi scammer biasanya untuk rolling wang kita ke cabang “operasi rahsia” mereka.
Secara jujurnya emas tidak menjanjikan pulangan tahunan berbentuk dividen. Emas secara asasnya bergantung naik turun harga emas. Beli murah, jual harga lebih tinggi. Itu sahaja. Itu cara paling selamat dan lambat kaya, tapi jika berlaku apa pun dalam dunia ini, emas pasti kekal bernilai dan penyelamat ketika gawat.
Mungkin anda pernah nampak pelaburan emas melalui bank kan ? – ada perkara yang perlu kita ketahui mengenai pelaburan emas melalui institusi bank.
Sesetengah bank tidak menawarkan emas fizikal jika melabur di dalam institusi mereka. Pihak bank hanya menyimpan emas yang dibeli dalam bentuk digital. Nilai emas yang disimpan hanya dicetak di dalam buku akaun pelaburan emas tanpa bersandarkan emas fizikal.
Maknanya, hanya boleh melihat angka nilai pelaburan anda dalam bentuk emas kertas (paper gold) tanpa dapat mengeluarkan emas fizikal di tangan. Konsep begini secara amnya adalah tidak patuh Syariah. Simpan emas dapat digit secara digital.
Tidak dinafikan ada jugak bank yang menawarkan emas fizikal. Tetapi tidak semua bank memberikan jaminan beli balik emas jenamanya. Ada juga yang membeli balik emas jenamanya tetapi bersyaratkan tak boleh buka seal, tak boleh kemek atau calar.
Jika anda ingin mencari pelaburan emas yang patuh
syariah dan yang paling mudah, akaun simpanan Gold Accumulation Program (GAP)
di Public Gold adalah yang paling mudah jika dibandingkan dengan akaun
pelaburan emas di bank atau mana-mana pelaburan emas di syarikat emas yang
lain.
Emas di akaun emas GAP disokong oleh simpanan emas fizikal dan disahkan patuh Syariah. Yang best lagi, Public Gold memberikan jaminan pasti beli balik emas jenamanya tak kira emas tersebut patah, kemek atau calar.
Pada zaman Nabi s.a.w dahulu, ada seorang sahabat bernama Urwah diberi satu dinar untuk membeli seekor kambing. Kemudian Urwah membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar. Ketika perjalanan, seorang lelaki menemuinya dan ingin membeli salah seekor kambing daripada beliau. Maka beliau menjual seekor dengan harga satu dinar.
Kejadian ini diberitahu Rasulullah dan mendoakan agar perniagaannya sentiasa diberkati. Kisah ini berlaku beribu-ribu tahun lepas.
Sehingga hari ini satu dinar masih mampu membeli seekor kambing. Satu dinar pada zaman dahulu boleh membeli seekor hari ini masih boleh membeli seekor kambing. Tahun 2017 harga seekor kambing adalah lebih kurang RM800 hari ini seekor kambing lebih kurang RM1,100. Jika dibeli menggunakan wang kertas memerlukan wang yang lebih banyak. Tetapi jika menggunakan satu dinar nilai kuasa belinya tetap berkadar satu dinar.
Hari ini dah ada cara untuk kita membeli kambing bukan hanya seekor malah sekandang kambing. Caranya sangat mudah iaitu menabung di akaun GAP minimun RM 1OO dan keluarkan 1 dinar setelah cukup 4.25gram. Mudah, murah dan selamat bukan?
Jika anda seorang yang boros dan mahu konsisten menabung emas secara konsisten saya sarankan guna kaedah Easy Payment Purchase (Syariah EPP). Kaedah ini salah satu kaedah yang boleh menyelamatkan wang kita dari terus dibelanja habis.
EPP bermaksud kita lock harga hari ini untuk kita bayar bulan dengan harga yang sama pada masa hadapan. Harga emas yang di beli kekal dan tetap tanpa dipengaruhi kenaikkan atau penurunan harga emas selepas membuat belian. EPP boleh dilakukan selama enam bulan. Setelah bayaran habis dilakukan emas boleh diambil dicawangan atau dilakukan GIT dipos ke alamat rumah.
Kaedah ini mempunyai banyak kelebihan terutama bagi penyimpan emas modal rendah atau pekerja yang mendapat gaji secara bulanan. Cara ini dapat paksa diri untuk menabung.
Kita juga boleh membeli emas secara runcit bermula dengan 1 gram gold bar di cawangan Public Gold yang berhampiran untuk simpanan sendiri. Kaedah ini boleh sangat cepat dan segala kos caj telah dimasukan didalam harga runcit tersebut.
Mudah kan? - Disiplinkan diri menggunakan kaedah ini untuk selamatkan wang dari dibelanja. Elak boros!
Harga emas sekarang mahal la kan. Ya, Betul. Tapi harga sekarang ni akan lebih murah berbanding beberapa tahun akan datang. Jom mula menab...