Jika perlukan wang segera untuk tujuan tertentu, emas yang dimilki tidak perlu dijual sebaliknya dipajakkan di Ar - Rahnu bagi mendapatkan pinjaman bercagar dengan kadar segera.
Namun jangan pajak emas tanpa alasan kukuh kerana duit yang diterima hasil pajakan iaitu pinjaman perlu dibayar balik beserta dengan kos upah dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Secara amnya, teknik manipulasi pinjaman emas Ar –
Rahnu hanya sesuai untuk dua situasi sahaja iaitu:
1.Harga emas jatuh mendadak (mungkin melebihi 8%-
10%).
2.Harga emas rendah, kos upah lebih rendah.Pajakan
digunakan pada perkara yang menguntungkan seperti modal pusingan perniagaan
yang mana keuntungan melepasi kos
pajakan 1.15% sebulan.
Pajak di Ar- Rahnu adalah lebih mudah bagi satu item emas untuk satu surat pajak bagi memudahkan kita menebus satu persatu. Jika tiga item emas didaftarkan dalam satu surat pajak, kita terpaksa menebus kesemuanya sekaligus.