Sunday, July 10, 2022
Sejarah Emas, walau serendah manapun ia jatuh harga, ia PASTI kembali ke...
Saturday, July 9, 2022
Simpan emas bermaksud anda simpan duit
Friday, July 8, 2022
Salah faham terbesar tentang emas
Thursday, July 7, 2022
Waktu terbaik JUAL emas
Wednesday, July 6, 2022
Menabung emas bukan tentang harga emas
Tuesday, July 5, 2022
Monday, June 20, 2022
Apa Untungnya Simpan Emas ??
Sunday, June 19, 2022
JANGAN menabung emas jika belum faham tentang emas.
Emas sememangnya logam yang bernilai tinggi sejak berzaman dah. Ramai yang suka emas kerana nilainya. Tetapi Awas, jika tidak cukup ilmu, pelaburan yang disangka akan beri pulangan tinggi mungkin tak menjadi.
1# Melabur ikut-ikutan - tanpa ilmu
Dalam apa-apa pelaburan sekali pun -jika tidak mempunyai ilmu dalam pelaburan tersebut - belum tentu anda akan untung. Dalam pelaburan emas, bukan emas itu yang membuatkan kita kaya, tapi Ilmu tentang Emas itu sendiri.
2# Tunggu harga emas paling rendah baru nak beli
Memang la kalau nak untung, kena beli pada harga paling rendah kan... tapi anda tahu ke bila harga paling rendah ? bila harga dah turun, selalunya kita akan tunggu harga lagi rendah baru nak beli. Bila harga dah naik balik - baru berputih mata.
Kita tak tahu bila harga terendah. Cara yang lebih baik adalah beli dulu dan simpan. baru kita akan tahu bila harga emas murah. Harga emas sentiasa naik dalam jangka panjang.
3# Pinjam duit untuk beli emas
Dalam pelaburan, sepatutnya kita gunakan duit lebihan yang tak digunakan, bukan duit pinjaman. Pelaburan Emas terdedah kepada risiko turun naik dalam jangka masa pendek. Jika anda membuat pembelian menggunakan duit pinjaman bank - anda akan tetap kena bayar interest bank tiap-tiap bulan.
4# Pajak emas tanpa alasan kukuh
Ramai yang rugi berbanding untung dalam memajak emas di Arahnu. Bila kita pajak emas, kita perlu bayar kos upah simpan. Tak dinafikan memang ada cara untuk memanipulasikan teknik Arahnu, tetapi jika kurang ilmu - kemungkinan akan mengalami kerugian.
5# Membeli barang kemas untuk pelaburan
Barang kemas PERHIASAN kurang sesuai untuk PELABURAN. Barang kemas dikeluarkan tujuannya ialah cantik dan menarik sedangkan emas pelaburan dikeluarkan untuk tujuan menjana keuntungan.
Harga emas perhiasan lebih tinggi dari emas pelaburan. Kos upahnya boleh dimanipulasi oleh pekedai emas, dan Spread atau susut nilainya juga tinggi bila nak jual balik, iaitu sekitar 25%. Emas yang sesuai untuk pelaburan adalah emas tulen 999.9 .
Ada banyak lagi yang perlu anda tahu sebelum membeli emas bagi mengelakkan tersungkur. Jika anda berminat untuk mengetahui lebih detail mengenai emas simpanan/pelaburan yang sesuai, Sila hubungi saya atau click link di bawah :..
Whatsapp me .. untuk register Akaun Emas .... (free jer)
http://wasap.my/+60126599945/Akaun_Emas_GAP
https://publicgoldofficial.com/Asya
#turunnaikhargaemas #emas #publicgold #FinanceGuru #jombelajar #emas999 #jongkongemas #akaunemasgap #jongkongemas
Perlu ke menjana wang? Okay ke usia muda dengan hanya satu cabang pendapatan?
Nak Urus Wang Tak Mudah !!!
Ada berbagai cabaran dalam mengurus wang. Bila tiba hujung bulan, ramai yang sering mengalami masalah untuk menguruskan pendapatan. Ada yang sering terlebih belanja. Ada juga yang terguna duit yang sepatutnya untuk komitmen bulanan. Ada yang tak pernah ada simpanan.
Ada juga yang asyik tak cukup duit bulanan. Paling teruk, terpaksa korek duit simpana lain sebab tak cukup duit. Itu kalau ada simpanan la. Inilah yang sering terjadi, jika kita tidak menguruskan pendapatan dengan baik.
Antara tips yang boleh dijadikan panduan dalam mengurus kewangan anda secara berhemah:
1. Dapat jer gaji bulanan,asingkan sejumlah wang sekurang-kurangnya 10% untuk dijadikan simpanan.
2. Utamakan keperluan berbanding kehendak diri. Jelaskan segala komitmen bulanan seperti kereta, rumah dan bil-bil bulanan terlebih dahulu.
3. Belanja ikut kemampuan, elakkan berhutang untuk barang yang bukan menjadi keperluan.
4. Cuba elakkan dari hutang jahat seperti kad kredit, pinjaman peribadi dan seangkatan dengannya. Hutang sebegini hanya akan mengakibatkan anda menanggung beban hutang yang mempunyai kadar faedah yang tinggi.
5. Pastikan anda mempunyai pelan insurans yang mampu melindungi diri anda dan keluarga secara komprehensif. Kita tidak dapat menjangka apa yang akan berlaku pada masa depan. Jadi sebaiknya, mencegah lebih baik daripada mengubati.
6. Wujudkan akaun simpanan yang tidak menggunakan kad ATM supaya mengelakkan anda mengeluarkan wang sesuka hati. Sebagai contoh simpanan ASB atau Simpanan Emas.
Simpanan emas dapat mendisiplinkan diri anda untuk sentiasa menyimpan. Letakkan matlamat untuk setiap tabung simpanan anda.
Amat penting untuk menguruskan wang secara berhemah. Jika gagal menguruskan pendapatan, sampai bila-bila pun masalah duit tak cukup ni akan menyelubungi anda.
Jom mulakan simpanan emas anda Sekarang. Sila hubungi saya atau click link di bawah :..
Whatsapp me .. untuk register Akaun Emas .... (free jer)
http://wasap.my/+60126599945/Akaun_Emas_GAP
https://publicgoldofficial.com/Asya
Kenaikan harga emas
Harga emas sekarang mahal la kan. Ya, Betul. Tapi harga sekarang ni akan lebih murah berbanding beberapa tahun akan datang. Jom mula menab...
-
Jom belajar simpan emas untuk elak dari kebocoran wang dan dari dimakan inflasi... Nak tahu lebih lanjut, tekan link di bawah - kemudian tek...
-
Pengurusan Hutang https://tklofficial.com/AsyaSalleh Antara Kaedah penyelesaian hutang yang kita boleh pertimbangkan adalah: 1.) Kaedah snow...
-
Ingin memiliki Gold Bar? Jom saya bantu! Terdapat pelbagai jenis emas di Public Gold. Anda boleh memilikinya sama ada secara fizikal, atau...



