Pakar sejarah mata wang Michael Maloney berkata, emas dan perak merupakan satu-satunya aset kewangan yang tidak berada di dalam sistem kewangan. Pendek kata tiada siapa yang tahu berapa banyak kekayaan kita ada kalau disimpan dalam bentuk emas. Kecuali kita sendiri yang beritahu.
Begitu juga bagi seseorang yang disahkan bankrap, hartanya dalam bentuk emas itu (Jika ada) tidak boleh dibekukan oleh kerajaan kerana emas tidak terikat dengan sistem kewangan. Sebab itulah, dengan adanya simpanan emas, hampir mustahil untuk menjadi sehelai sepinggan jika diisytiharkan bankrap sekalipun.
Menyimpan emas tidak memerlukan geran atau surat pemilikan yang disahkan daripada mana-mana institusi. Ini adalah fakta. Emas hanya terikat dengan ketulenan dan beratnya.
Secara amnya, emas berfungsi sebagai pelindung kekayaan. Emas adalah talian hayat terakhir bukan sahaja apabila keruntuhan sistem kewangan dunia, tetapi boleh dijadikan talian hayat jika berlaku perubahan besar seperti perubahan kerajaan, kegawatan ekonomi, penurunan nilai matawang, penularan wabak penyakit dan sebagainya.
Sekarang ini kita memiliki platform yang patuh Syariah, ringkas dan mudah untuk menabung emas. Menabung sahaja serendah 1g pertama hingga capai matlamat simpanan anda.