Thursday, May 27, 2021

Simpanan Emas Sebagai Tabung Pendidikan Anak

 

Jadikan Simpanan Emas sebagai tabung Pendidikan anak. 

Ibu bapa haruslah mempunyai tabungan pendidikan buat anak-anak sejak dari awal lagi memandangkan kos yuran pengajian tinggi semakin meningkat pada masa hadapan.

Dengan kadar inflasi sebanyak empat peratus setahun , berlaku peningkatan sangat besar di universiti awam dan juga institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Berdasarkan analisis mudah, ini menunjukkan kos pendidikan tinggi dijangka meningkat dan ini sudah pastinya memberikan bebanan kepada keluarga terutama mereka yang tidak membuat perancangan awal dan sistematik.



Terdapat banyak instrument simpanan yang boleh kita gunakan sebagai alternative tabung Pendidikan anak-anak.

Namun perlu diambil kira kadar kenaikan tahunan dan juga risiko untuk setiap instrument. Sekiranya kita hanya menyimpan dalam bentuk wang kertas, ianya tidak mampu untuk mengatasi kadar inflasi tahunan.

Simpanan yang disarankan untuk Tabung Pendidikan Anak adalah dalam bentuk Simpanan Emas. Simpanan emas untuk anak adalah pilihan yang bijak. Ini kerana purata kenaikan harga emas adalah sekitar 10% setahun sejak 20 tahun yang lalu. Ianya dapat mengatasi kadar inflasi tahunan.

Berikut adalah perbandingan kadar kenaikan bagi Tabung Haji, ASB, Emas :



Ini menunjukkan emas boleh dijadikan alternative terbaik sebagai tabung Pendidikan anak-anak.

Sekiranya kita menyimpan 1 gram emas sebulan untuk anak bermula dari kelahirannya, pada umur anak anda 18 tahun, setiap anak akan memiliki sekurang-kurangnya 216 gram (12 bulan x 18 tahun dengan anggaran 1 gram konsisten setiap bulan).  Nilai 216 gram emas pada harga terkini adalah sekitar RM58,752 ( berdasarkan harga semasa RM272 x 216 gram) . Ianya cukup untuk menampung sebahagian besar kos pengajian di universiti tempatan. 

Masih ramai lagi ibubapa yang masih tidak mepunya tabung simpanan Pendidikan untuk anak-anak. Sehinggakan terpaksa untuk berhutang demi menyambung pelajaran di university. Pinjaman Pendidikan boleh menjadi satu beban besar untuk anak-anak. Adalah menjadi tanggungjawab ibubapa untuk menyediakan landasan yang sebaik mungkin untuk kejayaan dan kesenangan anak-anak pada masa depan.

Mulakanlah simpanan emas seawal mungkin sebagai alternative terbaik untuk tabung Pendidikan anak anak.

 Cara terbaik menabung Emas

Cara terbaik untuk membeli emas secara 1 gram sebulan adalah melalui Gold Accumulation Program (GAP). Ia adalah salah satu program yang membenarkan kita untuk membeli emas secara sedikit demi sedikit serendah 1 gram atau RM100.  Ianya adalah patuh shariah yang mana anda membeli Gold dengan memindahkan sejumlah wang ke dalam akaun Public Gold. Akad jual beli termeterai secara sah apabila Public Gold merekod  pembelian gram emas  kedalam penyata online pembeli.



Emas yang terkumpul dalam akaun GAP Public Gold boleh dikeluar kan sebagai gold bar atau dinar emas. Disamping itu emas yang terkumpul dalam akaun GAP, boleh dijual secara online, boleh dipajak secara online atau boleh di pindah ke account PG Mall untuk pembelian barang-barang yang  lain.




Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peluang untuk memulakan simpanan dan pelaburan emas serendah RM100 ringgit sebulan, sila hubungi :

Monday, May 3, 2021

Emas merupakan wang seluruh dunia


Emas bukan saja boleh diperdagangkan di Malaysia. Ianya boleh digunakan di seluruh dunia. Emas tiada had sempadan dan boleh dijualbeli di mana-mana negara di seluruh dunia. Setiap negara mempunyai pembeli atau penjual emas samada kedai emas, kedai pajak atau pembeli individu.

Anda boleh jual emas di mana-mana sahaja.

Harga emas semasa dunia boleh disemak dengan mudah. Jadi, memiliki emas ibarat memiliki matawang sedunia. Jika berlaku masalah di negara anda, tidak menjadi masalah untuk berdagang emas di negara lain.

Penggunaan matawang emas telah wujud semenjak di zaman Nabi Muhammad s.a.w lagi . Ianya diteruskan oleh para sahabat dan oleh kerajaan Islam seterusnya. Sejarah kewangan dunia juga telah membuktikan bahawa emas telah digunakan sebagai matawang tunggal dunia dari tahun 1870 sehingga tahun 1914.



Friday, April 30, 2021

Masa Terbaik Beli Emas


Tiada siapa yang boleh tahu dengan tepat bila harga emas akan naik atau turun. Perlu diingatkan bahawa pelaburan emas adalah pelaburan jangka pelaburan jangka masa panjang. Tidak ada istilah beli harini, esok terus dapat untung, melainkan anda mempunyai modal yang sangat besar dan berdagang di pasaran emas dunia dan ianya sangatlah berisiko. Oleh kerana pelaburan emas adalah pelaburan jangka masa panjang , jadi sebaik-baiknya jika ada duit di tangan anda, terus peruntukkan sebahagian untuk simpanan emas (setiap bulan atau setiap minggu) dan tetapkan target yang ianya untuk kegunaan akan datang (untuk jangkamasa panjang). Tidak perlu untuk kita tengok kenaikan/penurunan harga emas setiap hari. Bila mula simpan emas dan anda faham tentang ilmu emas, wang simpanan anda akan bertambah di luar jangkaan. Secara tak langsung, ianya dapat mendisiplinkan kita dan dapat menyelesaikan masalah simpanan kita yang sentiasa “bocor”. Orang dulu-dulu selalu berpesan “ beli emas jika ada duit lebih kerana ia semakin bernilai tinggi dan boleh digadai sekiranya terdesak memerlukan wang”. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peluang untuk memulakan simpanan dan pelaburan emas serendah RM100 ringgit sebulan, sila hubungi :


Emas Pelindung Dari Inflasi Jangka Panjang


Emas dikatakan asset kalis inflasi. Emas berupaya melindungi kekayaan anda dari inflasi.

Inflasi secara umumnya bermaksud penurunan kuasa beli duit kertas dalam jangka masa panjang. Dengan kata lain, kuasa beli matawang kita semakin susut. Sekiranya kadar inflasi tahun ini adalah 5%, bermakna kuasa beli duit kita susut sebanyak 10% berbanding tahun sebelumnya.

Sebagai contoh, dengan wang kertas sebanyak RM100 pada tahun 2010, banyak barang dapat dibeli di pasaraya seakan-akan dapat memenuhi satu troli. Namun pada tahun 2020, dengan wang kertas sebanyak RM100 juga– tidak mampu untuk memenuhkan barang untuk satu troli di pasaraya.

Dengan harga barang yang semakin meningkat dari tahun ke tahun, adalah mustahil bagi jumlah ringgit mengekalkan kuasa pembelian untuk barangan atau servis.



Kurang bijak untuk menyimpan duit tanpa melabur. Ini kerana inflasi akan mengikis nilai duit anda.

Namun, emas yang disimpan 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun mempunyai kuasa beli yang sama (konstant). Ini dibuktikan melalui buku  Prof. Roy W. Jastram "The Golden Constant: The English and American Experience, 1560-2007"

Emas terlindung nilainya kerana kuantiti emas tidak boleh ditambah sesuka hati. Ia perlu dicari, dilombong dan ditulenkan. Jadi ia sukar dispekulasikan.


Wednesday, April 28, 2021

Kelebihan Emas


Apa Kelebihan emas  ??

Setiap orang mempunyai pandangan tersendiri terhadap emas.  Ada yang beli emas sebagai hadiah istimewa untuk isteri atau anak-anak dan tidak kurang juga yang membeli emas untuk dijadikan sebagai simpanan jangka panjang.

Ada juga yang membeli emas kerana tertarik dengan rekabentuk dan kilauan ema situ sendiri. Ada orang yang membeli emas sekadar untuk merasai feeling sentuh emas (merasai aura emas).

Emas mempunya kelebihannya yang tersendiri. Antaranya ialah :

1. Emas merupakan Wang untuk seluruh dunia.

Emas bukan saja boleh diperdagangkan di Malaysia. Ianya boleh digunakan di seluruh dunia. Emas tiada had sempadan dan boleh dijualbeli di mana-mana negara di seluruh dunia. Setiap negara mempunyai pembeli atau penjual emas samada kedai emas, kedai pajak atau pembeli individu.

Anda boleh jual emas di mana-mana sahaja.

Harga emas semasa dunia boleh disemak dengan mudah. Jadi, memiliki emas ibarat memiliki matawang sedunia. Jika berlaku masalah di negara anda, tidak menjadi masalah untuk berdagang emas di negara lain.

Penggunaan matawang emas telah wujud semenjak di zaman Nabi Muhammad s.a.w lagi . Ianya diteruskan oleh para sahabat dan oleh kerajaan Islam seterusnya. Sejarah kewangan dunia juga telah membuktikan bahawa emas telah digunakan sebagai matawang tunggal dunia dari tahun 1870 sehingga tahun 1914.

2. Pelindung dari inflasi dalam jangka masa panjang.

Emas dikatakan asset kalis inflasi. Emas berupaya melindungi kekayaan anda dari inflasi.

Inflasi secara umumnya bermaksud penurunan kuasa beli duit kertas dalam jangka masa panjang. Dengan kata lain, kuasa beli matawang kita semakin susut. Sekiranya kadar inflasi tahun ini adalah 5%, bermakna kuasa beli duit kita susut sebanyak 10% berbanding tahun sebelumnya.

Sebagai contoh, dengan wang kertas sebanyak RM100 pada tahun 2010, banyak barang dapat dibeli di pasaraya seakan-akan dapat memenuhi satu troli. Namun pada tahun 2020, dengan wang kertas sebanyak RM100 juga– tidak mampu untuk memenuhkan barang untuk satu troli di pasaraya.

Dengan harga barang yang semakin meningkat dari tahun ke tahun, adalah mustahil bagi jumlah ringgit mengekalkan kuasa pembelian untuk barangan atau servis.

Kurang bijak untuk menyimpan duit tanpa melabur. Ini kerana inflasi akan mengikis nilai duit anda.

Namun, emas yang disimpan 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun mempunyai kuasa beli yang sama (konstant). Ini dibuktikan melalui buku  Prof. Roy W. Jastram "The Golden Constant: The English and American Experience, 1560-2007"

Emas terlindung nilainya kerana kuantiti emas tidak boleh ditambah sesuka hati. Ia perlu dicari, dilombong dan ditulenkan. Jadi ia sukar dispekulasikan.

3. Emas menjadi pelindung kepada aset-aset kewangan yang lain.

Emas boleh jadi pengimbang untuk pelabur aset kewangan seperti saham. Ini kerana emas biasanya berkadaran songsang dengan pasaran saham. Apabila saham jatuh, biasanya pelabur akan lari kepada emas. Emas akan menjadi pengimbang untuk pelabur.               

Namun, pasti ada kelemahan disebalik setiap kelebihan yang ada pada emas. Setiap instrumen pelaburan mempunyai kelebihan dan kekurangannya yg tersendiri.

Apakah kelemahan emas? 

1. Emas tidak memberikan pulangan berbentuk dividen dan bonus.

Ya, emas juga tidak memberikan pulangan dalam bentuk compound interest seperti ASB atau tabung haji. Keuntungan emas hanyalah dalam bentuk kenaikan harga (price appreciation). Jadi bagi pelabur yang sukakan pulangan berbentuk dividen dan bonus, emas dilihat kurang menarik. “Compound Interest” mempunyai kelebihan tersendiri bergantung kepada instrument pelaburan yang dipilih. Namun kadar interest seperti ini biasanya akan terjejas sekiranya berlaku kegawatan ekonomi,.

2. Terdapat banyak pilihan produk.

Emas mempunyai pelbagai pilihan. Ada yang bentuk emas fizikal dan barang kemas, ada juga akaun simpanan emas, ETF, ada stock, futures, spot gold dan bermacam-macam lagi.

Jika tersalah pilih produk emas, ianya boleh menyebabkan kerugian. Perlu ada pengetahuan mengenai emas bagi mengurangkan risiko kerugian dalam memilih produk emas.

3. Emas fizikal ada kos penyimpanan.

Jika anda mempunyai banyak emas fizikal, mungkin anda akan rasa takut dan risau emas anda akan hilang atau dicuri. Anda perlu mempunyai tempat khas yang selamat untuk menyimpan emas tersebut. Namun sudah pasti ianya memerlukan kos sama ada dari segi sewa safe deposit box.

Melainkan anda ingin mempunyai peti besi sendiri di rumah anda. Ianya juga memerlukan kos untuk membeli peti besi tersebut dan ianya bukan murah.

Secara kesimpulannya, tidak ada satu pun pelaburan yang betul-betul “Perfect”. Jika ada yang mempromosi pelaburan yang menjamin keuntungan tetap setiap bulan – ternyata ianya adalah “SCAM”.

 Setiap pelaburan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Bergantung kepada objektif pelaburan anda sendiri.

Apa yang bagus dimata seorang individu, mungkin dilihat tidak bagus dimata individu lain.

Sebagai manusia, kita semua unik. Setiap orang mempunyai citarasa tersendiri. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peluang untuk memulakan simpanan dan pelaburan emas serendah RM100 ringgit sebulan, sila hubungi :

Thursday, April 22, 2021

Emas Kali Inflasi


Adakah Emas Kalis Inflasi ?

Emas dikatakan asset kalis inflasi. Emas berupaya melindungi kekayaan anda dari inflasi.

Inflasi secara umumnya bermaksud penurunan kuasa beli duit kertas dalam jangka masa panjang. Dengan kata lain, kuasa beli matawang kita semakin susut. Sekiranya kadar inflasi tahun ini adalah 5%, bermakna kuasa beli duit kita susut sebanyak 10% berbanding tahun sebelumnya.

Contohnya, dengan menyimpan RM1 juta di dalam almari selama 10 tahun, apa yang akan berlaku kepada nilai RM1 juta tersebut? Jawapannya: Ia masih RM1 juta.

Apa yang berbeza adalah kuasa beli RM1 juta tersebut. Kuasa belinya lebih rendah berbanding RM1 juta 10 tahun yang lalu.

Kurang bijak untuk menyimpan duit tanpa melabur. Sebab inflasi makan nilai duit anda.

Namun, emas yang disimpan 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun mempunyai kuasa beli yang sama (constant). Ini dibuktikan melalui buku  Prof. Roy W. Jastram "The Golden Constant: The English and American Experience, 1560-2007"

Pada zaman Nabi S.A.W – pada lebih 1400 tahun dahulu, 1 Dinar boleh membeli seekor kambing. Pada hari ini, dengan 1 Dinar juga, masih boleh membeli seekor kambing. Ini menunjukkan nilai EMAS terbukti terjamin dalam jangkamasa panjang. EMAS kalis inflasi dan mampu mengekalkan kuasa beli berbanding duit kertas.

Emas terlindung nilainya sebab kuantiti emas tidak boleh ditambah sesuka hati. Ia perlu dicari, dilombong dan ditulenkan. Jadi ia sukar dispekulasikan.

 Masa itu emas, jadi jom mula sekarang. Tukarkan simpanan wang ringgit anda kepada emas keran terbukti emas nilainya terjamin dalam jangka masa panjang. Jadikan emas sebagai pelindung kekayaan anda. Sekarang masa untuk emas…bermulalah….

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peluang untuk memulakan simpanan dan pelaburan emas serendah RM100 sebulan, sila hubungi :

Wednesday, April 21, 2021

Cara Memiliki Emas


Ingin memiliki Gold Bar? Jom saya bantu!

Terdapat pelbagai jenis emas di Public Gold. Anda boleh memilikinya sama ada secara fizikal, ataupun membuka account emas GAP (Gold Accumulation Program).

Anda boleh memiliki emas melalui 3 cara berikut :

1)     Bayaran Penuh

-          Ini merupakan pembelian cara biasa (outright purchase) yang mana anda boleh membuat pembelian terus secara online ataupun boleh ambil di cawangan public gold yang berdekatan. Anda juga boleh menggunakan pos berinsurans untuk penghantaran emas fizikal.

 

2)        Bayaran Secara Ansuran

-          Anda boleh membeli emas secara ansuran yang mana Public Gold menawarkan pelan pembayaran mudah selama 4 Bulan atau pun selama 10 bulan. Ianya adalah patuh Syariah.

 

3)        Menabung di Akaun Emas GAP

-          Public gold menawarkan program simpanan emas GAP (Gold Accumulation Program)  yang mana anda boleh membuka akaun GAP secara percuma. Tiada kos simpanan untuk program ini. Anda hanya perlu beli dan simpan di Public Gold serendah RM100 (minimum). Kumpul sedikit demi sedikit dan setelah cukup target simpanan , anda boleh keluarkan emas dalam bentuk fizikal (untuk simpanan sendiri) pada bila-bila masa.

Sebelum membeli emas, anda perlu tentukan sendiri samada anda ingin simpan sendiri emas fizikal ataupun boleh simpan di Public Gold secara percuma.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peluang untuk memulakan simpanan dan pelaburan emas serendah RM100 sebulan, sila hubungi :

Monday, April 19, 2021

20 Persoalan mengenai Simpanan dan Pelaburan Emas

 Anda boleh membaca ebook yang membincangkan mengenai 20 persoalan mengenai ema simpan dan pelaburan. 



Ebook ini akan membantu anda untuk memahami tentang asas simpanan emas dari zero kepada hero.


Antara persoalan yang selalu ditanya mengenai simpanan emas adalah:
- ASB, Tabung Haji dan Emas ?
- Harga Emas akan sentiasa naik ?
- Bajet paling minimum beli emas ?
- Apa untung simpan emas ?
- Harga semasa emas ?
- Jenama emas paling baik ?
- tempat terbaik jual emas ?
- Beli emas guna duit pinjaman ?
- Barang kemas untuk pelaburan ?
- Cara buat untung dengan emas ?
- zakat emas macam mana ?
- Beli emas ada income bulanan ?
- Tempat simpan emas terbaik ?
- Akaun emas atau emas fizikal ?
- Gold Bar atau Dinar ?

Anda akan mendapat jawapan untuk persoalan diatas di dalam ebook ini. terdapat juga beberapa tip yang dikongsikan mengenai simpanan dan pelaburan emas.



Saturday, April 17, 2021

Kekayaan ditentukan oleh Tabiat


Kebanyakkan pakar kewangan menyarankan kita untuk menyimpan 10% daripada pendapatan kita. Namun 10% itu adalah permulaan sahaja. Sebaik-baiknya , apabila pendapatan bertambah, peratusan simpanan juga perlu ditambah untuk anda simpan sendiri.

Ada yang memberi alasan tidak mampu untuk mulakan simpanan 10% daripada pendapatan setiap bulan. Sekiranya anda memang tidak mampu memperuntukkan 10% - cuba setkan berapa nilai yang anda mampu. Tak kisah berapa nilainya. Yang paling penting adalah anda konsisten menyimpan setiap bulan.

Pernah dengar kisah Arnab dan Kura-Kura?

Ia ibarat kisah perlumbnaan arnab dengan kura-kura. Walaupun kura-kura bergerak dengan sangat perlahan berbanding arnab, akhirnya kura-kura juga yang menang, Bukan kerana laju tetapi kerana KONSISTEN!!!

Jadikan ianya sebagai satu tabiat yang mana ianya boleh memberi kekayaan kepada anda pada masa depan.

Dalam simpanan emas, mereka yang simpan 1 gram sebulan secara konsiten – ianya ibarat kura-kura. Memang Nampak perlahan tetapi akhirnya dia akan menang. Sedar sedar nanti, cukup setahun sudah ada minimum 12 gram.

5 Tip berkesan simpan emas 1gram 1 bulan.

1.       Letak matlamat simpan emas 1 gram sebulan sebagai simpanan untuk dilupakan.

2.       Setiap kali dapat gaji, terus peruntukkan sebahagian dari gaji untuk beli satu gram emas atau lebih bergantung kepada kemampuan masing. Jangan tunggu duit lebih kerana sampai bila-bila tidak aka nada duit lebih. Simpan dahulu baru belanja, bukannya belanja dulu, selebihnya baru simpan.

3.       Jangan tunggu harga terbaik. Takut-takut nanti bila harga harga rendah, duit pula yang habis

4.       Beli emas melalui Akaun emas GAP (Gold Accumulation Program) yang ditawarkan oleh syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia buat masa ini iaitu Public Gold. Itu kaedah termudah dan termurah di Malaysia buat masa ini.

5.       Setelah cukup enam gram, keluarkan gold bar 5 gram sekeping dan simpan dalm dompet. Supaya terasa aura dan keseronokan simpan emas. Emas mempengaruhi minda separa sedar supaya kumpul lebih banyak kepingan emas.

 Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai emas public gold, sila hubungi saya di link di bawah:

Dinar atau Gold Bar ???



Antara dinar emas dan gold bar yang mana satukah pilihan anda ?

Apakah perbezaan antara dinar dan gold bar ?

Mana satu yang lebih menguntungkan ?

……………………………………………………………………………………………………………..

Dari segi fizikal, perbezaan antara dinar dan gold bar adalah hanya pada rupabentuk dan gandaan berat sahaja. Dinar berbentuk bulat atau macam duit syiling manakala gold bar adalah berbentuk segi empat tepat. Dinar mepunyai gandaan berat bermula dari ½  dinar = 2.125g,  1 dinar = 4.25g, 5 dinar =  21.25g dan 10 dinar = 42.5g.  Untuk gold bar pula, gandaan berat bermula dari 10g, 20g, 50g dan 100g.

Dari segi harga, ianya bergantung kepada berat antara setiap jenis dinar dan gold bar yang mana harganya berbeza  mengikut berate mas tersebut.

Namun dari segi potensi pelaburan, dinar dan gold bar mempunyai potensi keuntungan yang sama kerana kedua-dua nya mempunyai ketulenan yang sama, iaitu emas 999.9, harga per gram pun adalah sama bersandarkan perubahan harga semasa dunia (rujuk laman web Public Gold untuk harga terkini), serta susut nilai (spread) untuk kedua-duanya juga adalah sama.


Jika dilihat dari sudut Islamik, lebih ramai umat islam memilih untuk meiliki set dinar. Ini kerana dinar emas merupakan sistem matawang yang digunakan dalam jual beli muamalat semasa pemerintahan islam pada zaman dahulu. Dinar juga selalu digunakan sebagai mas kahwin (mahar).

Jadi yang manakah pilihan anda ?? Dinar atau Gold Bar? Atau keduanya…Jom simpan emas!

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai emas public gold, sila hubungi saya di link di bawah:

Kenaikan harga emas

  Harga emas sekarang mahal la kan. Ya, Betul. Tapi harga sekarang ni akan lebih murah berbanding beberapa tahun akan datang. Jom mula menab...