Friday, April 30, 2021
Masa Terbaik Beli Emas
Emas Pelindung Dari Inflasi Jangka Panjang
Emas dikatakan asset kalis inflasi. Emas berupaya melindungi
kekayaan anda dari inflasi.
Inflasi secara umumnya bermaksud penurunan kuasa beli duit
kertas dalam jangka masa panjang. Dengan kata lain, kuasa beli matawang kita
semakin susut. Sekiranya kadar inflasi tahun ini adalah 5%, bermakna kuasa beli
duit kita susut sebanyak 10% berbanding tahun sebelumnya.
Sebagai contoh, dengan wang kertas sebanyak RM100 pada tahun
2010, banyak barang dapat dibeli di pasaraya seakan-akan dapat memenuhi satu
troli. Namun pada tahun 2020, dengan wang kertas sebanyak RM100 juga– tidak mampu
untuk memenuhkan barang untuk satu troli di pasaraya.
Dengan
harga barang yang semakin meningkat dari tahun ke tahun, adalah mustahil bagi
jumlah ringgit mengekalkan kuasa pembelian untuk barangan atau servis.
Kurang bijak untuk menyimpan duit tanpa melabur. Ini kerana
inflasi akan mengikis nilai duit anda.
Namun, emas yang disimpan 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun
mempunyai kuasa beli yang sama (konstant). Ini dibuktikan melalui buku Prof. Roy W. Jastram "The Golden
Constant: The English and American Experience, 1560-2007"
Emas terlindung nilainya kerana kuantiti emas tidak boleh ditambah sesuka hati. Ia perlu dicari, dilombong dan ditulenkan. Jadi ia sukar dispekulasikan.
Wednesday, April 28, 2021
Kelebihan Emas
Apa Kelebihan emas ??
Setiap orang mempunyai pandangan tersendiri terhadap emas. Ada yang beli emas sebagai hadiah istimewa
untuk isteri atau anak-anak dan tidak kurang juga yang membeli emas untuk
dijadikan sebagai simpanan jangka panjang.
Ada juga yang membeli emas kerana tertarik dengan rekabentuk
dan kilauan ema situ sendiri. Ada orang yang membeli emas sekadar untuk merasai
feeling sentuh emas (merasai aura emas).
Emas mempunya kelebihannya yang tersendiri. Antaranya ialah
:
1. Emas merupakan Wang
untuk seluruh dunia.
Emas bukan saja boleh diperdagangkan di Malaysia. Ianya
boleh digunakan di seluruh dunia. Emas tiada had sempadan dan boleh dijualbeli
di mana-mana negara di seluruh dunia. Setiap negara mempunyai pembeli atau
penjual emas samada kedai emas, kedai pajak atau pembeli individu.
Anda boleh jual emas di mana-mana sahaja.
Harga emas semasa dunia boleh disemak dengan mudah. Jadi,
memiliki emas ibarat memiliki matawang sedunia. Jika berlaku masalah di negara
anda, tidak menjadi masalah untuk berdagang emas di negara lain.
Penggunaan matawang emas telah wujud semenjak di zaman Nabi
Muhammad s.a.w lagi . Ianya diteruskan oleh para sahabat dan oleh kerajaan
Islam seterusnya. Sejarah kewangan dunia juga telah membuktikan bahawa emas
telah digunakan sebagai matawang tunggal dunia dari tahun 1870 sehingga tahun
1914.
2. Pelindung dari
inflasi dalam jangka masa panjang.
Emas dikatakan asset kalis inflasi. Emas berupaya melindungi
kekayaan anda dari inflasi.
Inflasi secara umumnya bermaksud penurunan kuasa beli duit
kertas dalam jangka masa panjang. Dengan kata lain, kuasa beli matawang kita
semakin susut. Sekiranya kadar inflasi tahun ini adalah 5%, bermakna kuasa beli
duit kita susut sebanyak 10% berbanding tahun sebelumnya.
Sebagai contoh, dengan wang kertas sebanyak RM100 pada tahun
2010, banyak barang dapat dibeli di pasaraya seakan-akan dapat memenuhi satu
troli. Namun pada tahun 2020, dengan wang kertas sebanyak RM100 juga– tidak mampu
untuk memenuhkan barang untuk satu troli di pasaraya.
Dengan
harga barang yang semakin meningkat dari tahun ke tahun, adalah mustahil bagi
jumlah ringgit mengekalkan kuasa pembelian untuk barangan atau servis.
Kurang bijak untuk menyimpan duit tanpa melabur. Ini kerana
inflasi akan mengikis nilai duit anda.
Namun, emas yang disimpan 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun
mempunyai kuasa beli yang sama (konstant). Ini dibuktikan melalui buku Prof. Roy W. Jastram "The Golden
Constant: The English and American Experience, 1560-2007"
Emas terlindung nilainya kerana kuantiti emas tidak boleh
ditambah sesuka hati. Ia perlu dicari, dilombong dan ditulenkan. Jadi ia sukar
dispekulasikan.
3. Emas menjadi
pelindung kepada aset-aset kewangan yang lain.
Emas boleh jadi pengimbang untuk pelabur aset kewangan seperti saham. Ini kerana emas biasanya berkadaran songsang dengan pasaran saham. Apabila saham jatuh, biasanya pelabur akan lari kepada emas. Emas akan menjadi pengimbang untuk pelabur.
Namun, pasti ada kelemahan disebalik setiap kelebihan yang
ada pada emas. Setiap instrumen pelaburan mempunyai kelebihan dan kekurangannya
yg tersendiri.
Apakah kelemahan emas?
1. Emas tidak
memberikan pulangan berbentuk dividen dan bonus.
Ya, emas juga tidak memberikan pulangan dalam bentuk
compound interest seperti ASB atau tabung haji. Keuntungan emas hanyalah dalam
bentuk kenaikan harga (price appreciation). Jadi bagi pelabur yang sukakan
pulangan berbentuk dividen dan bonus, emas dilihat kurang menarik. “Compound
Interest” mempunyai kelebihan tersendiri bergantung kepada instrument pelaburan
yang dipilih. Namun kadar interest seperti ini biasanya akan terjejas sekiranya
berlaku kegawatan ekonomi,.
2. Terdapat banyak
pilihan produk.
Emas mempunyai pelbagai pilihan. Ada yang bentuk emas
fizikal dan barang kemas, ada juga akaun simpanan emas, ETF, ada stock,
futures, spot gold dan bermacam-macam lagi.
Jika tersalah pilih produk emas, ianya boleh menyebabkan kerugian. Perlu ada pengetahuan mengenai emas bagi mengurangkan risiko kerugian dalam memilih produk emas.
3. Emas fizikal ada
kos penyimpanan.
Jika anda mempunyai banyak emas fizikal, mungkin anda akan
rasa takut dan risau emas anda akan hilang atau dicuri. Anda perlu mempunyai
tempat khas yang selamat untuk menyimpan emas tersebut. Namun sudah pasti ianya
memerlukan kos sama ada dari segi sewa safe deposit box.
Melainkan anda ingin mempunyai peti besi sendiri di rumah
anda. Ianya juga memerlukan kos untuk membeli peti besi tersebut dan ianya bukan
murah.
Secara kesimpulannya, tidak ada satu pun pelaburan yang betul-betul
“Perfect”. Jika ada yang mempromosi pelaburan yang menjamin keuntungan tetap
setiap bulan – ternyata ianya adalah “SCAM”.
Setiap pelaburan
mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Bergantung kepada objektif
pelaburan anda sendiri.
Apa yang bagus dimata seorang individu, mungkin dilihat
tidak bagus dimata individu lain.
Sebagai manusia, kita semua unik. Setiap orang mempunyai citarasa tersendiri.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peluang untuk memulakan simpanan dan pelaburan emas serendah RM100 ringgit sebulan, sila hubungi :
Thursday, April 22, 2021
Emas Kali Inflasi
Adakah Emas Kalis Inflasi ?
Emas dikatakan asset kalis inflasi. Emas berupaya melindungi
kekayaan anda dari inflasi.
Inflasi secara umumnya bermaksud penurunan kuasa beli duit kertas
dalam jangka masa panjang. Dengan kata lain, kuasa beli matawang kita semakin
susut. Sekiranya kadar inflasi tahun ini adalah 5%, bermakna kuasa beli duit
kita susut sebanyak 10% berbanding tahun sebelumnya.
Contohnya, dengan menyimpan RM1 juta di dalam almari selama
10 tahun, apa yang akan berlaku kepada nilai RM1 juta tersebut? Jawapannya: Ia
masih RM1 juta.
Apa yang berbeza adalah kuasa beli RM1 juta tersebut. Kuasa
belinya lebih rendah berbanding RM1 juta 10 tahun yang lalu.
Kurang bijak untuk menyimpan duit tanpa melabur. Sebab
inflasi makan nilai duit anda.
Namun, emas yang disimpan 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun mempunyai
kuasa beli yang sama (constant). Ini dibuktikan melalui buku Prof. Roy W. Jastram "The Golden
Constant: The English and American Experience, 1560-2007"
Pada zaman Nabi S.A.W – pada lebih 1400 tahun dahulu, 1
Dinar boleh membeli seekor kambing. Pada hari ini, dengan 1 Dinar juga, masih
boleh membeli seekor kambing. Ini menunjukkan nilai EMAS terbukti terjamin
dalam jangkamasa panjang. EMAS kalis inflasi dan mampu mengekalkan kuasa beli
berbanding duit kertas.
Emas terlindung nilainya sebab kuantiti emas tidak boleh
ditambah sesuka hati. Ia perlu dicari, dilombong dan ditulenkan. Jadi ia sukar
dispekulasikan.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peluang untuk memulakan simpanan dan pelaburan emas serendah RM100 sebulan, sila hubungi :
Wednesday, April 21, 2021
Cara Memiliki Emas
Ingin memiliki Gold Bar? Jom saya bantu!
Terdapat
pelbagai jenis emas di Public Gold. Anda boleh memilikinya sama ada secara
fizikal, ataupun membuka account emas GAP (Gold Accumulation Program).
Anda boleh
memiliki emas melalui 3 cara berikut :
1) Bayaran Penuh
-
Ini
merupakan pembelian cara biasa (outright purchase) yang mana anda boleh membuat
pembelian terus secara online ataupun boleh ambil di cawangan public gold yang
berdekatan. Anda juga boleh menggunakan pos berinsurans untuk penghantaran emas
fizikal.
2) Bayaran Secara Ansuran
-
Anda
boleh membeli emas secara ansuran yang mana Public Gold menawarkan pelan
pembayaran mudah selama 4 Bulan atau pun selama 10 bulan. Ianya adalah patuh
Syariah.
3) Menabung di Akaun Emas GAP
-
Public
gold menawarkan program simpanan emas GAP (Gold Accumulation Program) yang mana anda boleh membuka akaun GAP secara
percuma. Tiada kos simpanan untuk program ini. Anda hanya perlu beli dan simpan
di Public Gold serendah RM100 (minimum). Kumpul sedikit demi sedikit dan
setelah cukup target simpanan , anda boleh keluarkan emas dalam bentuk fizikal
(untuk simpanan sendiri) pada bila-bila masa.
Sebelum
membeli emas, anda perlu tentukan sendiri samada anda ingin simpan sendiri emas
fizikal ataupun boleh simpan di Public Gold secara percuma.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peluang untuk memulakan simpanan dan pelaburan emas serendah RM100 sebulan, sila hubungi :
Monday, April 19, 2021
20 Persoalan mengenai Simpanan dan Pelaburan Emas
Anda boleh membaca ebook yang membincangkan mengenai 20 persoalan mengenai ema simpan dan pelaburan.
Saturday, April 17, 2021
Kekayaan ditentukan oleh Tabiat
Kebanyakkan
pakar kewangan menyarankan kita untuk menyimpan 10% daripada pendapatan kita.
Namun 10% itu adalah permulaan sahaja. Sebaik-baiknya , apabila pendapatan
bertambah, peratusan simpanan juga perlu ditambah untuk anda simpan sendiri.
Ada yang
memberi alasan tidak mampu untuk mulakan simpanan 10% daripada pendapatan setiap
bulan. Sekiranya anda memang tidak mampu memperuntukkan 10% - cuba setkan
berapa nilai yang anda mampu. Tak kisah berapa nilainya. Yang paling penting
adalah anda konsisten menyimpan setiap bulan.
Pernah dengar
kisah Arnab dan Kura-Kura?
Ia ibarat
kisah perlumbnaan arnab dengan kura-kura. Walaupun kura-kura bergerak dengan
sangat perlahan berbanding arnab, akhirnya kura-kura juga yang menang, Bukan
kerana laju tetapi kerana KONSISTEN!!!
Jadikan
ianya sebagai satu tabiat yang mana ianya boleh memberi kekayaan kepada anda
pada masa depan.
Dalam
simpanan emas, mereka yang simpan 1 gram sebulan secara konsiten – ianya ibarat
kura-kura. Memang Nampak perlahan tetapi akhirnya dia akan menang. Sedar sedar
nanti, cukup setahun sudah ada minimum 12 gram.
5 Tip
berkesan simpan emas 1gram 1 bulan.
1. Letak matlamat simpan emas 1 gram
sebulan sebagai simpanan untuk dilupakan.
2. Setiap kali dapat gaji, terus
peruntukkan sebahagian dari gaji untuk beli satu gram emas atau lebih
bergantung kepada kemampuan masing. Jangan tunggu duit lebih kerana sampai
bila-bila tidak aka nada duit lebih. Simpan dahulu baru belanja, bukannya
belanja dulu, selebihnya baru simpan.
3. Jangan tunggu harga terbaik. Takut-takut
nanti bila harga harga rendah, duit pula yang habis
4. Beli emas melalui Akaun emas GAP
(Gold Accumulation Program) yang ditawarkan oleh syarikat pengeluar emas
terbesar di Malaysia buat masa ini iaitu Public Gold. Itu kaedah termudah dan
termurah di Malaysia buat masa ini.
5. Setelah cukup enam gram, keluarkan
gold bar 5 gram sekeping dan simpan dalm dompet. Supaya terasa aura dan
keseronokan simpan emas. Emas mempengaruhi minda separa sedar supaya kumpul
lebih banyak kepingan emas.
Dinar atau Gold Bar ???
Antara dinar emas dan gold bar yang mana satukah pilihan anda ?
Apakah perbezaan antara dinar dan
gold bar ?
Mana satu yang lebih menguntungkan
?
……………………………………………………………………………………………………………..
Dari segi fizikal, perbezaan antara
dinar dan gold bar adalah hanya pada rupabentuk dan gandaan berat sahaja. Dinar
berbentuk bulat atau macam duit syiling manakala gold bar adalah berbentuk segi
empat tepat. Dinar mepunyai gandaan berat bermula dari ½ dinar = 2.125g, 1 dinar = 4.25g, 5 dinar = 21.25g dan 10 dinar = 42.5g. Untuk gold bar pula, gandaan berat bermula
dari 10g, 20g, 50g dan 100g.
Dari segi harga, ianya bergantung
kepada berat antara setiap jenis dinar dan gold bar yang mana harganya berbeza mengikut berate mas tersebut.
Namun dari segi potensi pelaburan,
dinar dan gold bar mempunyai potensi keuntungan yang sama kerana kedua-dua nya
mempunyai ketulenan yang sama, iaitu emas 999.9, harga per gram pun adalah sama
bersandarkan perubahan harga semasa dunia (rujuk laman web Public Gold untuk
harga terkini), serta susut nilai (spread) untuk kedua-duanya juga adalah sama.
Jika dilihat dari sudut Islamik,
lebih ramai umat islam memilih untuk meiliki set dinar. Ini kerana dinar emas
merupakan sistem matawang yang digunakan dalam jual beli muamalat semasa
pemerintahan islam pada zaman dahulu. Dinar juga selalu digunakan sebagai mas
kahwin (mahar).
Jadi yang manakah pilihan anda ??
Dinar atau Gold Bar? Atau keduanya…Jom simpan emas!
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai emas public gold, sila hubungi saya di link di bawah:
Thursday, April 15, 2021
Emas sebagai Simpanan
Jom jadikan Emas Sebagai Simpanan Anda !!!
Tip Memulakan Simpanan Emas !!!
Perkara yang paling sukar adalah belian yang pertama. Tidak perlu
modal besar untuk mulakan pelaburan emas. Kita perlu set target mulakan dengan
1 gram sebulan. Bila dah mula, anda akan lebih faham mengenai simpanan dan
pelaburan emas, and akan menjadi sukar untuk berhenti and simpanan anda akan menjadi
berkembang.
Mulakan dulu simpanan emas walaupun RM100 ataupun 1 gram. Anda
hanya perlu tukar duit kepada emas, dan anggap ianya sebagai process untuk
belajar. Biar sedikit, yang penting konsisten dalam menyimpan emas. Lama
kelamaan anda akan dapati simpanan emas anda akan berkembang.
Asas membina kekayaan ialah dengan menyimpan sebahagian pendapatan
secara berdisiplin setiap bulan. Sesiapa yang tidak menyimpan, sampai bila-bila
puna dia tidak akan kaya. Emas boleh dijadikan salah satu cara berkesan untuk
mendisiplinkan diri untuk menyimpan. Dan
mengelakkan simpanan itu daripada bocor dibelanjakan dengan mudah. Emas bukan
sekadar kalis inflasi, ianya adalah kalis boros.
Jom ambik aura emas 999 ni, mulakan 1g dahulu letak
dalam dompet. Cara paling mudah
dan murah membeli emas 1 gram ialah dengan melalui akaun GAP. Kaedah ini lebih
murah berbanding membeli secara retail (harga runcit). Anda boleh kumpul emas
dalam akaun GAP serendah RM100 sahaja, tiada upah simpan dikenankan. Rasa nak pegang
emas sendiri, boleh keluarkan emas tersebut dari akaun…1g ke, 1dinar ke, 10g
ke, 100 gram pun boleh!
Untuk mengetahui lebih lanjut
mengenai emas public gold, sila hubungi saya di link di bawah:
Kenaikan harga emas
Harga emas sekarang mahal la kan. Ya, Betul. Tapi harga sekarang ni akan lebih murah berbanding beberapa tahun akan datang. Jom mula menab...
-
Jom belajar simpan emas untuk elak dari kebocoran wang dan dari dimakan inflasi... Nak tahu lebih lanjut, tekan link di bawah - kemudian tek...
-
Ingin memiliki Gold Bar? Jom saya bantu! Terdapat pelbagai jenis emas di Public Gold. Anda boleh memilikinya sama ada secara fizikal, atau...
-
“Jangan..jangan simpan emas jika anda belum ada cash savings……kerana emas adalah simpanan jangka masa panjang (minimum 2 tahun) “ Siapa ...
